Penulis: Francis Fukuyama
Penerbit: Free Press (New York, Amerika Syarikat)
Tahun Penerbitan: 1992Bab 2: Zaman Tua Manusia
- Mengandungi 8 bab kecil.
- Setiap bab kecil mempunyai beberapa persoalan berkaitan demokrasi liberal yang dibahaskan oleh Fukuyama dari pelbagai sudut seperti sejarah, ekonomi, alam semula jadi dan sains teknologi.
- Membincangkan kelebihan demokrasi liberal berbanding ideologi lain dengan mengambil kira latar belakang sejarah seawal zaman Yunani sehingga era Perang Dingin, dan falsafah serta hasil penulisan oleh ramai sarjana seawal Pluto dan Socrates sehingga sarjana abad ke-20.
- Bagi tujuan pembentangan selama 10 minit, hanya beberapa persoalan tertentu dalam bab kecil tertentu sahaja akan dan mampu disentuh.
Bab Kecil 1
- Dalam tradisi Barat, sejarah pertama yang benar-benar sejagat ialah sejarah Kristian.
o Konsep sejarah yang ada penghujung masa, bermula dengan penciptaan manusia oleh Tuhan dan berakhir dengan pentaubatannya.
o Bagi penganut Kristian, penyudah sejarah di dunia dilambangkan oleh hari kiamat yang akan memulakan alam baqa, dan ketika ini bumi dan peristiwa duniawi betul-betul tidak lagi wujud.
- Usaha paling serius untuk menulis Sejarah Sejagat (Universal History)= Immanuel Kant.
o Esei “An Idea for a Universal History from a Cosmopolitan Point of View” (1784), 16 muka surat.
o Mencadangkan bahawa sejarah mesti mempunyai “matlamat akhir” -> kebebasan manusia.
3. Selepas kematian Kant, usaha menulis Sejarah Sejagat diteruskan oleh Georg Wilhelm Friedrich Hegel.
o Rangkuman kebebasan manusia ialah negara berperlembagaan moden a.k.a. demokrasi liberal.
o Sejarah sudah berakhir selepas Perang Jena di Jerman (Perancis vs. Prussia; Perancis menang) 1806.
§ Prinsip kebebasan dan kesamaan yang mendasari negara liberal moden telah ditemui dan dilaksanakan di negara paling maju.
§ Tidak ada prinsip atau bentuk organisasi sosial dan politik lain yang lebih tinggi berbanding liberalisme.
4. Kritikan terhadap Hegel:
o Karl Marx:
§ Negara liberal tidak mewakili kesejagatan kebebasan tetapi hanya kemenangan kebebasan bagi kelas tertentu iaitu kelas borjuis.
§ Penamat sejarah hanya berlaku apabila “kelas sejagat” iaitu proletariat, menang.
No comments:
Post a Comment