Esok dan lusa adalah hari kelepasan bekerja bagi penjawat awam. Tapi esok dan lusa, pagi-pagi buta lagi aku akan menghantar housemate untuk mengendalikan urusan seri paduka baginda. Dua hari berturut-turut, pergi berhantar balik berambil memandangkan tempat letak kereta khusus untuk petugas tidak disediakan di blok berkenaan. Oh, beliau tidak menerima elaun kerja lebih masa. Cuti gantian? Melihat kepada bahasa badan dan bahasa lisan boss beliau, besar kemungkinan eloklah kiranya harapan itu dilupakan.
Sapa kata kheja gomen senang haba' mai sat?