Pages

Tuesday 25 October 2011

Ringkasan Bab 2, The End of History and the Last Man - Episod 2


Bab Kecil 2
1.      Bagaimana sains semula jadi moden menghasilkan perubahan sejarah yang berarah & sejagat?
(i)                 Persaingan tentera
§  Sains semula jadi moden memberikan kelebihan tentera yang muktamad kepada masyarakat yang boleh membangunkan, menghasilkan, & mengaturkan teknologi dalam cara paling berkesan.
§  Kelebihan relatif yang diberi oleh teknologi kian bertambah apabila kadar perubahan teknologi semakin pantas.
§  Abad ke-18 & 19, Eropah takluk Dunia Ketiga hasil penguasaan sains, & Dunia Ketiga memperoleh sebahagian kedaulatannya pada abad ke-20 hasil perebakan sains dari Eropah.
§  Kemungkinan tercetusnya perang mendorong negara merasionalkan pembentukan masyarakat, & mencipta struktur sosial yang seragam merentasi budaya. Antara tindakan yang perlu diambil oleh negara:
·         Meleraikan pelbagai bentuk ikatan kedaerahan, agama & kekeluargaan yang mungkin menghalang perpaduan kebangsaan.
·         Meningkatkan tahap pendidikan untuk melahirkan golongan elit yang mampu menerapkan teknologi.
§  Contoh “pemodenan pertahanan” iaitu apabila negara terpaksa berubah akibat ancaman tentera:
·         Kerajaan Louis XII di Perancis dan Philip II di Sepanyol (abad ke-16 & 17) - pemerintahan beraja terpusat cuba menggabungkan kuasa di seluruh wilayah untuk menjamin hasil pendapatan banyak bagi tujuan berperang.
·         Empayar Uthmaniyyah – susulan serangan Perancis pada 1798 di Mesir, Sultan Mahmud II memansuhkan Janisari (kor elit pegawai istana), membuka sekolah sekular & meningkatkan kuasa birokrasi Uthmaniyyah pusat.
·         Jepun – kekuatan angkatan tentera laut Komodor Perry memaksa reformasi dalam negara; sistem sekolah kuil lama -> sistem pendidikan wajib di bawah pentadbiran negara, samurai digantikan askar petani, memantapkan sistem pencukaian, perbankan dan mata wang.
·         Soviet Union – ancaman Inisiatif Pertahanan Strategik (Strategic Defence Initiative) oleh pentadbiran Ronald Reagan mendorong perestroika.

(ii)               Pembangunan ekonomi
§  Kemajuan teknologi seperti dalam bidang pengangkutan & komunikasi membolehkan saiz pasaran diperluas -> memudahkan pencapaian ekonomi skala menerusi perasionalan organisasi buruh.
§  Keperluan terhadap organisasi buruh yang rasional menuntut perubahan secara konsisten dan besar-besaran dalam struktur sosial. Contoh: masyarakat perindustrian mesti lebih banyak di kawasan perbandaran kerana bekalan buruh mahir, prasarana & perkhidmatan mencukupi.

No comments: