Pages

Saturday 10 September 2011

Fly-ing Season Where Flies Fly Freely


In Southern Seberang Perai right now, it's kind of fly-ing season. I know that this region is of one of the main suppliers for several kinds of meats and fleshes, be it of chicken or tonyok one. But to say that the flies come so far from that places just to land on other tidier ones like Econsave and my house is too much a statement. It cannot make sense at all.

Last time, we used to get lidis; the backbone of a coconut leaf and put the sticky dark brown thing with weird smell around it. Once a fly lands, its feet will stick to the lidi forever. Lo and behold, never ever get yourselves stick to it, especially when there is a platoon of flies die a martyr. What more when your precious clothes are getting involved.

Anyway, the flies keep coming and I don't possess any device to stop them. Except:
(i) Getting leaves of 'karepuley' (I try to spell it as close as we here pronounce it) or 'daun kari', and place them at strategic locations in my house; such as on dining table, kitchen cabinets, bed rooms and other appropriates we can think of.

(ii) Light candles and put them also at strategic locations.

I just cross my fingers and hope those methods will work!

Diapers for Our Baby: Of Mamy Poko's and Huggies

Just now my housemate and I went to a baby shop nearby. Its name

is Winsome Baby World. The purpose is of course to buy my baby's necessities.

Actually, the shop has opened for about two years. That's according to the owner (from my observation), a Chinese 40-something lady who manned the cash-register machine and looked naturally customer-friendly. She even came out from his counter territory just to serve me with a pamphlet for  free health-checkup by somebody from a health products company. I did notice her effort at first, but I didn't think the pamphlet is for me.


We asked her about Mamy Poko' diapers, since we experienced several times though at some places the price is relatively cheap but the diapers are so thin. So thin that it can't hold my baby's 'produced' long-time enough. We can't distinguished which is which is the original or piracy. According to the sister (auntie is too old, I guess), sometimes the diapers might be from Thailand which of lower quality. But she assured us that the products she sold are bought directly from certain party, but not wholesalers.

We bought Huggies Dry Pants just to give it a try, in hope that our baby will suit easily to it, compared with current conventional diapers which our baby always give us a run for our money just to put it on her. However, just in case there is no chemistry, we also bought her usual hard to wear Mamy Poko's diapers.

The other hidden agend to visit the shop is to see for ourselves if there is any opportunity to set up another baby shop in my hometown. Viewing the shopped shop, we felt we are able to set up better baby shop in terms of products varieties, arrangement and customer comfortability. But we do bear in mind that setting up that 'simple' shop itself already cost the company hundreds thousands of ringgit. So please calculate for yourself how much will it cost for a bigger shop of more than two shophouses units operating both levels.

Friday 9 September 2011

Belek-Belek Buku: 50 Peribahasa Cina

Kalau Karam Singh Walia mendapat ilmu pengetahuan berhubung peribahasa Melayu melalui sebuah buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang ia jumpai (dalam tong sampah?), aku pula mengetahui serba-sedikit peribahasa Cina melalui sebuah buku kulit nipis yang dibelikan sewaktu sekolah rendah. Waktu itu ada satu pameran buku di Komtar, dan buku itu ralit ku baca.

Buku itu telah kehilangan kulitnya. Sebenarnya tertanggal, ku temui semula di tepi sisa-sisa makanan di  rumah yang hendak diberi kepada ayam. Memandangkan aku tak sanggup membasuh kulit buku itu yang pada pandanganku baru hendak berjinak-jinak dengan tempekan dan tompokan sisa-sisa makanan, aku biarkan. Namun demikian, helaian yang menjadi isi kandungan buku masih ada lagi di perpustakaan rumahku di kampung.
Mungkin ada yang bertanya, macam mana aku boleh membaca buku peribahasa Cina? Aku bersekolah di sekolah Cina ke? Jawabnya memang tak la. Walaupun buku  ini buku peribahasa Cina, tetapi teksnya dalam bahasa Melayu.
Satu perkara yang aku dapat tangkap menerusi pembacaan itu adalah, tidak seperti peribahasa Melayu  yang kita tidak tahu susur-galur asal-usulnya kecuali apa yang dimaksudkan dengan peribahasa tersebut, peribahasa Cina pula sebaliknya. Peribahasa Cina terhasil berikutan peristiwa sejarah yang berlaku di negara China pada zaman lampau. Biasanya melibatkan tokoh-tokoh penting yang menjadi maharaja, pembesar negeri, panglima perang dan filsuf.
Sesekali, ada juga peribahasa Cina yang bersumberkan kejadian yang berlaku kepada rakyat biasa yang tidak ternama, serta haiwan ternakan, haiwan liar juga hidupan lain. Misalnya, "berkik dan kima bergaduh, nelayan yang untung", "kambing menyamar sebagai harimau", "memainkan alat muzik di hadapan lembu" dan "serigala meminjam kekuatan harimau".
Kadang-kadang, sesuatu peristiwa berlaku secara rentetan, dan sebagai rumusan dijadikan peribahasa. Contohnya, "orang tua kehilangan kudanya, entah akan membawa tuah", perihal untung nasib seseorang kesan kuda peliharaannya yang dinilai secara zahir oleh orang ramai sebagai tuah atau petaka padahal Tuhan juga Maha Mengetahui.
Peribahasa Cina  tidak dapat lari dari strategi ketenteraan, tipu-muslihat dan sebagainya, sesuai dengan latar zaman Kerajaan Tiga Negara atau Romance of Three Kingdom atau San Guo Yan Yik. Umpamanya, "kesabaran dan semangat patriotisme" mengisahkan kesabaran Liu Bei berdepan sikap acuh tak acuh Zhu Geliang semasa ingin mendapatkan khidmat nasihat bagi mengalahkan musuh dalam peperangan. Begitu juga "orang muda yang mudah dilentur", perihal menteri bernama Zhang Liang pada zaman dinasti Han Timur yang terpaksa bersembunyi selepas tidak berjaya menggulingkan Maharaja Qin. Beliau juga berdepan situasi menduga kesabaran dengan kerenah seorang tua yang tidak pun dikenalinya tetapi mahukan Zhang Liang berjumpanya dalam beberapa siri berselang lima hari. Setelah beberapa kali cuba hadir lebih awal berbanding orang tua itu, barulah Zhang Liang diberi sebuah buku bertajuk "Taktik-taktik Berperang Jiang Tai Gong". Orang tua itu pula ialah Huang Shigong yang cukup terkenal. 
Ada peribahasa yang melucukan dan pandir, misalnya "meninggikan anak padi" yang menyindir fe'el pesawah yang ingin padinya cepat tumbuh padahal menempa kerugian. Samalah juga dengan "membuat tanda pangkah di sampan untuk mencari pedang yang hilang", kisah seseorang menaiki sampan tapi pedangnya terjatuh ke dalam sungai. Niatnya dengan membuat tanda pada perahu, sebaik tiba di tebing pedang dapat ditemui semula di gigi air berhampiran.
Tak kurang peribahasa Cina memberi motivasi seperti "orang tua bodoh meratakan gunung" dan "mengasah antan besi menjadi jarum". Dalam kedua-dua peribahasa, seorang watak seorang rakyat marhaen biasa dipertemukan dengan watak yang kununnya lebih pintar. Walhal, ketekunan rakyat marhaen biasa itu pada hakikatnya jauh lebih berwawasan dan bijaksana daripada apa yang disangkakan.
Beberapa ketika, kita akan menyedari bahawa terdapat persamaan mesej dari peribahasa Cina tersebut dengan peribahasa budaya lain. Sebagai contoh, "sebilah anak panah dua ekor helang" sama maksudnya dengan "killing two birds with one stone" iaitu peribahasa Inggeris. Begitu juga "katak dalam perigi" sama maksudnya dengan "katak di bawah tempurung" bagi peribahasa Melayu.
Apapun, semua peribahasa Cina, seperti mana peribahasa dalam kebudayaan lain, memiliki nilai falsafah tinggi dan tersendiri. Terima kasih kepada mak dan ayah aku yang membelikan buku ini. Terima kasih juga kepada Longman Malaysia yang menerbitkan buku "50 Peribahasa Cina" susunan Ho Nee Yong dan Chin Kee Men hasil ilustrasi David Cheah.

Thursday 8 September 2011

Asal-Usul Bisnes Syarikat Terkenal Dunia

1.     3M

-          Ditubuhkan 1902
-          Singkatan kepada Minnesota Mining and Manufacturing Company
-          Produk Asal: Bahan galian, dijual kepada pembuat roda pengisar

2.     Abercrombie & Fitch

-          Ditubuhkan 1892 oleh David Abercrombie and Ezra H. Fitch
-          Produk Asal: Barangan dan pakaian sukan

3.     Avon
-          Ditubuhkan 1886 oleh David H. McConnell
-          Produk Asal: Jualan langsung buku

4.     Colgate
-          Ditubuhkan 1806 oleh William Colgate
-          Produk Asal: Sabun, lilin, starch

5.     Flickr

-        Ditubuhkan 2004
-        Produk Asal: Ruangan chatting sambil berkongsi foto untuk permainan komputer berbilang pemain yang berasaskan laman web, Game Neverending.

6.     Microsoft
-        Ditubuhkan 1968 oleh Bill Gates dan Paul Allen
-        Produk Asal: Berkhidmat dengan sebuah syarikat komputer untuk mengesan pepijat dan mencari kelemahan dalam system komputer syarikat berkenaan

7.     Nintendo
-          Ditubuhkan 1889 oleh Fusajiro Yamauchi
-          Produk Asal: Kad permainan, Hanafuda

8.     Nokia
-          Ditubuhkan 1865 oleh Frederick Idestam
-          Produk Asal: Kilang kertas

9.     Twitter
-          Ditubuhkan oleh Jack Dorsey dan syarikat podcasting, Odeo
-          Produk Asal: Perkhidmatan SMS atas talian untuk perhubungan dalam kumpulan kecil

10.    Wrigley
-          Ditubuhkan 1891
-          Produk Asal: Sabun dan serbuk penaik


Sumber: Retire@21.com

Jalan-Jalan Cari Kenangan

Apabila melalui jalan-jalan kampung, aku akan segera teringatkan kisah di sebalik pembinaan jalan-jalan tersebut. Ada skop jalan kampung yang pembinaannya sekadar memerlukan izin lalu daripada tuan-tuan rumah yang terlibat. Ada skop jalan yang lebih besar membolehkan tuan-tuan tanah mendapat sejumlah pampasan.

Walau bagaimanapun, bukan itu persoalannya yang bermain di benakku sekian lama. Persoalan utama ialah tentang gejala merempit sama ada di kalangan para penunggang motosikal mahupun yang bermotokar. Jarang sangat aku lihat pengguna jalan raya ini berhemah semasa di jalan raya. Sama jarangnya aku melihat penunggang dan pembonceng motosikal memakai helmet apabila menggunakan jalan raya di kawasan kampung dan luar bandar. Aku tidak fikir kebenaran dan keredhaan tuan-tuan rumah dan tanah mengizinkan tanah di hadapan rumah mereka dijadikan jalan raya termasuk juga kebenaran dan keredhaan untuk mat-mat dan minah-minah motor dan motokar merempit sampai tak fikirkan ketenteraman awam. Entah ka tuan rumah tu warga emas ka, sakit ka, kanak-kanak nak tidur ka. Orang dah berbudi, takkan tak reti-reti berbahasa. Perbuatan tak semenggah begini menjadi kelaziman sama ada kutu berahak, mak cik-mak cik bertudung, hatta sesiapa sahaja yang boleh transform dirinya menjadi drifter sebaik berada di atas tar. Semuanya jenis tak reti bersabar. Bahu jalan pun boleh buat memotong juga. Datanglah Ops Sikap ke-278 sekalipun, memang punca utama kemalangan maut ialah sikap tak reti bersabar dan berhemah di jalan raya.

Sebab itulah agaknya seorang tuan tanah yang terkenal di Kelantan tidak membenarkan tanahnya dibina jalan raya; dia nak bina stesen minyak. Katanyalah. Barangkali dia terfikir, kalau aku dengan anak-beranak aku sampai tak boleh hidup aman dek bunyi ekzos kenderaan, baik awal-awal aku sekat buang. Tak gitu? Ke guane?

Apabila Kuliah Tiada Pensyarah

Alkisahnya di sebuah IPT, para pensyarahnya terpaksa membuat kerja-kerja pentadbiran. Akibatnya, semester yang akan dibuka ini menyaksikan ada subjek yang tidak dapat ditawarkan kerana ketiadaan pensyarah. Ini kang kalau ada yang mengesyorkan supaya PTD masuk alamatnya terjadilah konflik, isu, polemik dan sebagainya. Tapi kalau pensyarah yang tugas hakiki mereka memberi kuliah disuruh buat kerja lain, apaketutnya semua ini. Yang rugi student juga. Ada student yang dalam dilema sebab subjek tertentu tidak ditawarkan. Silap-silap terpaksa extend semester sebab tak cukup kredit untuk grad. Alternatif yang dicadangkan adalah daftar dahulu untuk buat tesis semester ini. Itupun belum tentu semester depan subjek yang tidak ditawarkan pada semester ini (in fact dah 2 semester tiada lecturer untuk mengajar) akan kembali ditawarkan. Sama ada student itu fresh graduate, ataupun golongan lebih dewasa yang sebelum ini bekerja dan sekarang belajar sepenuh atau separuh masa, mereka akan suffer dengan situasi tak menentu semacam ini. Appa punya turrr.

Wednesday 7 September 2011

Mendaki Ranking Alexa - Perjalanan Masih Jauh

Hari pertama blog ini diusahakan, ranking Alexa adalah dalam 20 juta lebih, sikit lagi nak cecah 21 juta.

Hari ini, masuk hari keempat, adalah juga cecah 15 juta lebih sikit. Harap-harapnya, cecah bawah 10 juta dalam masa sehari dua lagi.

Insya-Allah.

p/s: Dahulu aku menulis tanpa apa-apa sasaran; sama ada menambah pendapatan mahupun ranking. Tapi berbuat sesuatu tanpa arah tuju macam perayau tanpa destinasi. Sekurang-kurangnya dengan ada matlamat begini, meriah sikit hidup ini.

Janji Palsu Seorang Ahli Parlimen

Satu perkara yang sering ditegaskan oleh ramai YB Ahli Parlimen ialah tugas mereka bukan berkenaan urusan parit longkang, kenduri-kendara, sakit demam, kematian dan sebagainya. Itu tugas PBT, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah, yada yada yada. Tugas mereka adalah menggubal undang-undang di Parlimen. Cantik dan bertaraf Ahli Parlimen kelas pertama. Bunyinya.

Tapi semasa berkempen dahulu bukan main lagi. Boleh pula bersalam dengan setiap orang dalam kawasan Parlimen yang ditandingi. Kadang-kadang taman yang sama, market yang sama, kampung yang sama boleh dok ulang pi sampai beberapa kali. Dah menang lain pula cerita.

Patutnya, kalau memang tak mau turun ke kawasan sebab dirasakan itu bukan kerja hakiki, semasa kempen dahulu bagitau siap-siap. "Bahawasanya saya, selepas kemenangan dalam pilihan raya bagi kawasan Parlimen ini, berikrar, akan menumpukan sepenuh tenaga saya untuk menggubal undang-undang di Parlimen. Oleh yang demikian, kepada tuan-tuan, puan-puan, pakcik-pakcik, makcik-makcik, adik-adik, abang-abang, kakak-kakak sekalian, janganlah berharap saya akan membantu menyelesaikan masalah kebajikan anda sekalian. Jika memerlukan bantuan, silalah berjumpa dengan Tuan DO, Pengarah Welfare, YDP Majlis Daerah dan sebagainya. Kerana benda-benda kebajikan ini semua, bukan kerja saya, tapi kerja mereka."

Tidaklah orang kampung dan bakal pengundi rasa tertipu kalau lepas menang pilihan raya YB Ahli Parlimen yang menang itu tidak lagi dapat ditemui, buat-buat sibuk, atau buat-buat lupa dengan alasan bantuan yang diminta di luar bidang kuasanya. Dan senang jugalah untuk pengundi memilih Ahli Parlimen yang memang akan berkhidmat sepenuh tenaga dan masa untuk mereka, bukan mereka-reka alasan yang bernada malas sebenarnya.

Tuesday 6 September 2011

Kegilaan Kepada Kuasa

Kuasa merupakan sihir dalam kelas tersendiri. Datanglah sesiapa pun; sekularis, ilmuan, tokoh korporat, politikus hatta orang alim atau ulama sekalipun, kalau sekali sudah berasa nikmat berkuasa, sangat sukar untuk melepaskannya. Kuasa adalah suatu ketagihan bagi sesiapa yang sudah merasainya; ibarat rokok, candu, minuman keras barangkali. Sebab itu akan sentiasa ada seribu satu alasan dan justifikasi mengapa seseorang yang sedang berkuasa perlu terus mempertahankan kuasanya. Tak percaya, cuba tengok dalam PRU-13 nanti. Kalau dalam PRU sebelumnya alasan yang diguna untuk meraih undi ialah "Cuba try test tengok bagi kami perintah sepenggal, lepas tu kalau tak puas hati ubahlah semula". Apabila rakyat beri peluang memerintah dan dirasakan mereka tidak perform, mereka akan kona kepada alasan lain pula. "Berilah kami peluang sekali saja lagi,  banyak lagi perancangan jangka panjang yang belum sempat kami laksanakan." Lupa pula mereka bahawa dulu mereka pernah berjanji bahawa rakyat boleh sepak mereka keluar bila-bila masa kalau tak suka. Dah sampai masa lain pula cerita.

Memetik kata-kata Joceline Tan dalam kolum Analysis The Star semalam,
"Power is such a seductive thing and those who have tasted it cling to it like they would to a lover."

Monday 5 September 2011

Menjadi Jutawan Yang Hidup Sederhana

Baru sebentar tadi baru balik dari berjumpa KawanKu dan CikBi, tapi aku yang terpaksa membelanjai dia. Yuran semester baru untuk dua orang dekat-dekat RM3 ribu, ansuran kereta dekat RM1 ribu, sewa rumah pun hampir-hampir RM1 ribu (nanti kalau aku jadi beli tiap-tiap bulan kena bayar sipi-sipi RM2 ribu pula). Hujung tahun insurans + road tax dua kereta mahu 3-4 ribu juga. Best giler kan hidup macam ni (baca nada synical)?

Sebab itu aku bercita-cita untuk menjadi jutawan. Bukan untuk bermegah-megah dengan memandu kereta besar yang akan ku buang apabila bercalar. Bukan untuk beli penthouse di Mont Kiara. Kalau aku jadi jutawan aku tetap hidup sederhana dengan apa yang ada sekarang seadanya. Menjadi jutawan bagiku untuk benda-benda macam di atas itulah. Jadi jutawan memampukan aku melangsaikan sekaligus zasss semua hutang-piutang. Kemudian hidup secara lebih berkualiti tanpa perlu ke ofis lagi setiap pagi. 

Walau bagaimanapun, bagi membolehkan perancangan aku berjalan lancar sebagaimana dikehendaki, RM1 juta tidak mencukupi. Aku perlukan at least RM3 juta. Aku tunjukkan bagaimana perancangan aku.

Perancangan aku senang sahaja. Dengan duit RM3 juta itu, aku akan bayar tunai segala hutang-piutang yang ada, sama ada hutang aku, orang serumah, kaum keluarga, adik-beradik. Jumlahnya aku anggarkan mahu mencecah RM1 juta. Sebab itu aku perlukan at least RM3 juta, kalau setakat RM1 juta hutang memang langsai tapi aku still kena masuk ofis hari-hari macam aku dok buat hampir sedekad sekarang, nampak tak? Oleh sebab amaun asal RM3 juta, apabila ditolak RM1 juta masih tinggal RM2 juta untuk langkah seterusnya. RM2 juta itu akan ku simpan dalam Tabung Haji. Sampai masa dapat dividen, puratanya 5 peratus setahun. Kalau RM2 juta kali 5 peratus, ertinya untung RM100 ribu. RM100 ribu itulah aku gunakan untuk setiap bulan bagi tahun akan datang. RM100 ribu bahagi 12 bulan dapat juga sebulan RM8 ribu lebih. Barang harus diingat, RM8 ribu lebih itu bersih tanpa komitmen pembayaran hutang (zakat & income tax tetaplah kena bayar, itu lain kira). Bukankah bahagia namanya tu? Kalau bandingkan dengan gaji aku sekarang pun makan berapa tahun pun tak tau kalau nak cecah RM8 ribu, itu pun setengah habis buat bayar hutang, kerenah di ofis belum ambil kira lagi tu. Mengambil kira kadar inflasi setiap tahun, RM8 ribu lebih memang tak banyak menjelang Wawasan 2020. Namun demikian, dengan keuntungan dividen Tabung Haji sudah tentu aku pelbagaikan pelaburan untuk menambahkan pendapatan bersih bulanan.

Cuma seperti usahawan berjaya yang lain, di mana dan bagaimanakah akan ku temui RM3 juta nan itu?

Ingin Hidup Selesa Tanpa Hutang 2

Aku pernah cuba meneroka peluang untuk menulis buku bagi mendapatkan royalti. Tapi dunia penulisan buku di Malaysia ini sedikit rigid, misalnya dibandingkan dengan Indonesia. Aku juga pernah terbaca bahawa pasaran untuk bahan bacaan berbahasa Melayu hanya terhad kepada Indonesia, Singapura dan Brunei selain Malaysia. Lalu aku memutuskan untuk cuba menulis dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

Antara penulis yang menjadi inspirasi aku ialah J.K. Rowling. Namun apabila meneliti beberapa pengalaman penulis baru yang berurusan dengan syarikat penerbitan, tak semua berjaya menempa nama seperti J.K. Rowling. Kerenah birokrasi (ketidakpedulian editor sebenarnya) sangat keterlaluan. Manuskrip yang dihantar kepada beratus-ratus syarikat penerbitan belum tentu mendapat perhatian. Perhatian dalam erti kata sesetengah syarikat malah langsung tidak menjawab, jadi ke, tidak ke, apa pun tak ada. Keadaan itu berlaku walaupun sampul surat beralamat sendiri disertakan, tapi jangan harap manuskrip akan pasti dikembalikan. Semuanya bergantung kepada nasib, sama seperti nasib J.K. Rowling yang manuskripnya dijumpai oleh orang lain sebelum dipanjangkan untuk perhatian orang atasan syarikat penerbitan berkenaan. Bayangkan kos sampul surat, kurier (sesetengah pendapat menasihatkan guna FedEx supaya nampak profesional) dan yada yada yada. Seorang penulis terkenal di Britain pernah membuktikan betapa kroniknya ketidakpedulian para editor ini terhadap penulis baru. Penulis ini menggunakan nama samaran yang lain tetapi menghantar manuskrip sama ditulis beliau dan memenangi anugerah penulisan sebelum itu. Berbulan-bulan dia menunggu, haram tak ada sepatah respons pun dari sejumlah syarikat penerbitan yang dihantarkan manuskripnya. Padahal kalau mereka membaca sekadar sepintas lalu sekali pun, pasti mereka akan terperasan betapa tinggi mutu manuskrip tersebut. Masalahnya jangan kata baca, sentuh pun tidak. Lalu manuskrip yang dihantar pun terbiar berhabuk berdebu berbulan bertahun lamanya.

Katakanlah manuskrip akhirnya berjaya juga mendapat perhatian. Belum tentu penulis dapat mengaut keuntungan hasil jualan buku. Banyak kira-kiranya yang sudah tentu mengutamakan keuntungan syarikat penerbitan. Itu belum dikira lagi komisen untuk literary agent yang melobi manuskrip dan merundingkan terma-terma pembayaran royalti dan sebagainya. Kos promosi juga akan mengurangkan amaun royalti yang bakal diterima. Buku juga perlu terjual dalam kuantiti minimum tertentu yang ditetapkan oleh syarikat. Memanglah syarikat ada memberi wang pendahuluan, tetapi wang pendahuluan itu silap-silap perlu dibayar kembali kepada syarikat kalau jualan buku tidak mencapai sasaran; cover cost senang cerita. Royalti tidak dibayar setiap masa, sebaliknya hanya setahun dua kali. Royalti juga semakin rendah kalau penulis itu penulis baru.   

Oleh yang demikian, aku cuba mengalih arah kepada syarikat penerbitan buku sendiri; Author House antaranya. Tapi syarikat penerbitan buku sendiri ini, walaupun hampir pasti buku kita dapat diterbitkan dalam jangka masa jauh lebih singkat berbanding syarikat penerbitan komersial, mengenakan pakej bayaran bagi setiap khidmat yang penulis ingin gunakan. Nak proof read ada bayarannya, nak promosi ada bayarannya, nak buku dipamerkan di kedai buku tertentu ada bayarannya. Pendek kata, belum jual buku lagi banyak duit sudah kena keluar. Sebab itu syarikat penerbitan jenis itu tak kisah berapa peratus royalti yang penulis mahukan. Sebab mereka sudah untung banyak atas serba-serbi perkara yang dicajnya, sebijik macam Air Asia.

Perabih duit demi menantikan keuntungan yang belum pasti ibarat mendengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan. Bukan satu percaturan yang bijak bagiku. Oleh sebab itu, aku mengorak langkah mencari cabang pelaburan atau perniagaan yang baru.

Sunday 4 September 2011

Ingin Hidup Selesa Tanpa Hutang 1

Dalam hidup ini, ada orang yang selesa dengan keadaan sedia ada. Ada orang yang cuba mengubah nasib diri ke arah yang lebih baik. Bagi aku, secara zahir dan reputasinya kehidupan aku nampak dan dianggap orang lain sebagai selesa. Tapi pada hakikatnya aku mengushar-ngushar juga peluang untuk beroleh kehidupan yang lebih baik dari keadaan sedia ada.

Aku tak boleh bayangkan, sekiranya panjang umur dan berusia 50-an, aku masih terpaksa bergelut pagi-pagi buta, memakai long sleeves, seluar slack, bertali leher, berstokin dan berkasut kulit, kemudian start kereta dan berjejal-jejal di jalan raya dengan orang lain yang nak masuk ofis pukul 8.30 pagi. Bayangkan pada usia itu, masuk ofis yang silap-silap rakan sepangkat atau silap-silap bos merupakan pegawai junior dari segi umur dan usia perkhidmatannya. Itu belum dikira lagi maki-hamun bos dan orang-orang atasan baik di luar mahupun semasa mesyuarat. Meeting yang kadang-kadang berjam-jam, sampai waktu sembahyang pun tak tentu hala, waktu makan dan pulang kerja apatah lagi terbabas dibuatnya. Ada masa waktu malam pun dibuat meeting juga, walhal minda dah letih seharian menangani kerenah yang bermacam-macam. Tak cukup dengan itu, silap-silap kena stay back sebab ada urusan perlu dibereskan segera dan dikemukakan awal-awal pagi kepada sesiapa yang berkenaan. Hari cuti pula belum tentu free, retreat dan seumpama dengannya boleh sahaja menanti.

Membayangkan semua kemungkinan itu yang membuatkan aku cuba-cuba meneroka kot-kot ada peluang baru. Aku bukannya impikan jadi tycoon seperti Tony Fernandes misalnya. Tak minat aku nak beli QPR dan pasukan-pasukan sukan lainnya. Yang aku impikan hanyalah mempunyai sejumlah wang yang dapat melangsaikan semua hutang-piutang; setidak-tidaknya kepunyaan diri sendiri, kalau tidak pun orang serumah, kaum keluarga, adik-beradik dan sanak-saudara terdekat. Hidup tanpa hutang, alangkah bahagianya. Ini tidak, gaji yang tak seberapa lebih daripada setengah daripadanya habis begitu sahaja buat membayar hutang. Yang baki seciput itulah buat belanja makan-minum, elaun orang rumah, sewa rumah, belanja diapers dan susu anak, belanja kesihatan, balik kampung, duit minyak kereta, serta belanja-belanja lain yang ada kalanya diperlukan bagi tujuan emergency.

Keadaan diburukkan lagi apabila menyambung pelajaran menggunakan biaya sendiri. Setahun dua semester, bermakna dua kali bayar yuran diri sendiri dan isteri. Hujung tahun pula bayar road-tax untuk dua mobil. Nak harapkan loan rumah, banyak pula masalahnya sampai sekarang tak masuk-masuk lagi. Kalau ada bernafas legalah sedikit. Apakan daya, duit loan rumah yang tak kesampaian merencatkan perancangan untuk melabur misalnya dalam emas Public Gold waktu jauh lebih murah berbanding sekarang. Tuhan punya perancangan tersendiri, time ada peluang cantik punya, kedudukan kewangan pula tak mengizinkan. Bukannya tak ada plan untuk buat pinjaman peribadi Islamik dengan CIMB buat membeli sekilo emas, cuma bila dicongak-congak balik risikonya amat tinggi kalau ada keperluan belanja luar jangka sebab dengan pinjaman tersebut gaji akan semakin susut buat membayar pinjaman setiap bulan.

Lalu bermulalah advencerku melihat peluang-peluang perniagaan yang lain.

Pasukan Bersenjata Komunis Bukan Pejuang Kemerdekaan

"Sejarah ditulis oleh pihak yang menang". Kenyataan tersebut, entah oleh siapa, sukar dinafikan. Aku boleh bersetuju bahawa perjuangan golongan kiri menuntut kemerdekaan juga wajar dikenang, tapi perjuangan bersenjata pihak komunis, sukar untuk diwajarkan sebarang penghargaan.

Semasa pahlawan Melayu dan pejuang kemerdekaan melawan penjajah Britain pada penghujung 1800-an dan awal 1900-an dahulu, ada beberapa peristiwa yang melibatkan pembunuhan anggota polis berbangsa Melayu yang berkhidmat di bawah pentadbiran penjajah Britain. Beberapa balai polis juga ada ditawan. Penjajah Britain selaku pihak yang berkuasa ketika itu mempotretkan pejuang seperti Tok Janggut dan Abdul Rahman Limbong sebagai penderhaka dan dihukum bunuh dengan tragisnya, diperangi atau dibuang negeri. Sejarah kemudiannya ditulis semula secara lebih adil sesudah negara merdeka. Ahli-ahli akademik yang bersemangat kebangsaan mengangkat martabat para pejuang kemerdekaan lampau dan memutihkan semula contengan arangan yang dipalit oleh penjajah. Walau bagaimanapun, ada beberapa persoalan yang belum terjawab sehingga kini. Semasa belajar Sejarah sewaktu bersekolah dahulu, aku sudah terfikir beberapa perkara yang tidak tertanyakan pada cikgu yang mengajar. Misalnya, adakah anggota keselamatan berbangsa Melayu yang dibunuh oleh para pejuang kemerdekaan tersebut pengkhianat dan mereka mati sia-sia? Aku pernah bersetuju, namun soalan itu masih boleh diwacanakan dan ditajamkan sisi-sisi yang kabur. Tetapi tidak bagi peristiwa Bukit Kepong. Peristiwa Bukit Kepong ialah peristiwa yang jelas.

Seminggu dua ini riuh-rendah dengan bangkangan, kutukan orang sama ada secara individu mahupun berjemaah terhadap sedutan ucapan seorang timbalan presiden sebuah parti siasah. Ada yang jujur menempelak atas dasar kesedaran sendiri dan pengalaman peribadi, tak kurang pula yang berlebih-lebihan beremosi dengan premis hujah balas yang semberono di samping seperti biasa pernyataan dan tindakan meraih kelebihan dan sokongan politik. Seperti biasa, aku ada pandangan yang bersifat objektif, tanpa cuba bersikap memihak melulu. Sebelum berbicara lebih lanjut, tidak syak lagi Mat Sabu telah kantoi big time. Sama ada fakta yang dikemukakan benar atau salah itu kemudian cerita, tapi dari segi strategi politik di kala PRU-13 bila-bila masa, ternyata kenyataan tersebut "politically incorrect".

Ketika sokongan orang Melayu terhadap PR sangat sedikit, huha-huha sedemikian akan tambah menjauhkan sokongan orang Melayu. Nak harap sokongan orang Melayu pro-BN yang itu sudah boleh tutup buku. Orang Melayu atas pagar akan semakin jauh. Bahkan orang Melayu pro-PR yang mempunyai saudara-mara, kaum keluarga malah mereka sendiri sebagai bekas anggota keselamatan yang berjuang menentang komunis pun akan fikir banyak kali dan berkemungkinan perasaan terguris akan diterjemahkan sebagai undi protes. In a simple word, unless there is miracle in the near future, PR can kiss goodbye and good-riddance, not even to Putrajaya but to the states they are governing, except Penang and Kelantan.

Zaman Bukit Kepong itu memang zaman Tanah Melayu di bawah penjajahan Britain. Demikian kalau tentangan pihak komunis terhadap pegawai Britain  secara langsung bolehlah juga diterima akal sebagai perjuangan menuntut kemerdekaan. Seperti peristiwa serangan hendap terhadap Henry Gurney, itupun  ada pegawai polis berbangsa Melayu yang terbunuh sama. Tetapi dalam peristiwa Bukit Kepong tidak ada seorang pun pegawai warga Britain di balai polis berkenaan. Pihak komunis pula membantai pihak polis dan anggota keluarga mereka yang merupakan pribumi Tanah Melayu. Macam mana logik akal nak menerima bahawa pihak yang dikatakan berjuang menuntut  kemerdekaan menggunakan kaedah membunuh warga pribuminya sendiri. Seperkara lagi, adakah terkorbannya sekalian nyawa pihak polis di Bukit Kepong adalah kematian yang sia-sia, sedangkan dari perspektif Islam pun mati dalam mempertahankan nyawa sendiri dan kaum keluarga dikira mati syahid. Barang harus diingat, pihak polis mempertahankan balai tersebut dan nyawa mereka, bukan mereka yang mula menyerang. Dan tindakan kejam pihak komunis itu bukan perkara baru, sebab semasa tempoh peralihan pemerintahan Jepun kepada pemerintahan Britain pun pihak komunis telah bermaharajalela membunuh ramai orang Melayu biasa yang tidak pun menjadi mata-mata Jepun sebelumnya. Ingat-ingat sama, semasa lawan Jepun dahulu bukankah pihak komunis berganding bahu bersama-sama Force 136, dan bekalan senjata siapa yang beri kalau bukan Britain. Masa itu tak kisah pula sama ada Britain itu penjajah atau tidak. Matlamat menghalalkan cara, seiring peredaran masa barangkali.

Melihat dari sudut sejarah lebih awal dari itu, kalau mengikut aliran hujah Mat Sabu, bermakna Leftenan Adnan Saidi juga terkorban sia-sialah kerana semasa mempertahankan kubu terakhir di Bukit Candu beliau merupakan anggota pasukan tentera di bawah penjajah Britain. Seperti dalam peristiwa Bukit Kepong juga, bendera yang berkibar di negara kita dalam peristiwa Bukit Candu ialah Union Jack. Adakah kesimpulannya bererti, sama seperti pihak komunis, pihak tentera Jepun yang membunuh Adnan Saidi layak diiktiraf pejuang kemerdekaan?   

Ucapan Kartu Lebaran

Sempena Syawal 1432 H ini, aku ungkap kembali kata-kata seorang kenalan, Nonik Oktia Wirastiana namanya, bekas mahasiswa Universitas Muhammadiyah, Yogyakarta dalam jurusan Hubungan Antarabangsa, menerusi kad ucapan selamat hari raya bertarikh 13 Disember 2005. Dengar khabar ia sudah berkeluarga dan barangkali sudah menimang cahaya mata jua.