Caution: Baca boleh, percaya jangan! Investment Inquiry I am Miss. Salamatu Gaddafi, one of the daughters of the embattled president of Libya, I am currently residing in one of the African Countries, unfortunately as a refugee. At the meantime, my family is the target of Western nations led by Nato who wants to destroy my father at all costs. Our investments and bank accounts in several countries are their targets to freeze. I have been commissioned to contact an interested foreign investor/partner who will be able to take absolute control of part of the vast cash available to private account with my late brother who was killed by NATO air strike, for a possible investment in your country. If this transaction interest you, you don’t have to disclose it to any body because of what is going with my entire family, if the united nation happens to know this account, they will freezing it as they freeze others so keep this transaction for yourself only until we finalize it. I want to transfer this money into your account immediately for onward investment in your country because I don’t want the united nation to know about this account. Therefore if you are capable of running an establishment and can maintain the high level of secrecy required in this project, kindly respond with the following information for details of the project. 1. Your full names and address 2. Your private telephone and fax numbers 3. Your private email address 4. Age and profession Best Regard, Miss.Salamatu Ayesha Gaddafi |
Wednesday, 23 November 2011
Scam: "Investment Inquiry" from a Daughter of Gaddafi
Pembangunan Mapan dan Keberkesanan Langkah-Langkah Kerajaan: Episod 4
2.3 Dasar Pengurusan Sisa Pepejal (DPSP)
DPSP membuka lembaran baru dalam pengurusan sisa pepejal secara sistematik dan mesra alam. Perbincangan selanjutnya akan tertumpu kepada dua daripada enam teras DPSP iaitu Teras 1 dan Teras 3.
2.3.1 Teras 1 : Pengurangan Sisa Pepejal Melalui 3R (Reduce, Reuse, Recycle)
3R (Reduce, Reuse, Recycle) terkandung dalam Kempen Program Kitar Semula Peringkat Kebangsaan yang dilancarkan pada 2 Disember 2000. Reduce bermaksud “memilih bahan yang digunakan dengan bijak bagi mengurangkan jumlah sampah yang dihasilkan.” Reuse termasuklah “aktiviti menggunakan semula semua atau sebahagian daripada bahan yang masih boleh digunakan lagi.” Recycle pula membawa maksud “penggunaan barang-barang terpakai tersebut sebagai satu sumber bahan mentah.”
Pelaksanaan 3R didorong oleh statistik bahawa setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) membelanjakan antara 40 peratus hingga 70 peratus perbelanjaan tahunannya untuk mengutip dan melupuskan sampah. Sekiranya tapak pelupusan sampah yang bersesuaian tidak dapat diperolehi, tahap kesihatan penduduk dan kualiti alam sekitar akan terancam akibat pembuangan sampah-sarap yang tidak terkawal.
Bagi menjayakan 3R, KPKT telah menempatkan 15 ribu tong kitar semula dan 700 pusat pengumpulan di lokasi-lokasi strategik di seluruh negara seperti sekolah, stesen minyak, kawasan perumahan dan pejabat-pejabat kerajaan. Tiga jenis tong dengan warna-warna tertentu disediakan berdasarkan jenis sampah seperti berikut :
i. Biru – kertas
ii. Jingga – tin aluminium, tin keluli, plastik
iii. Coklat – kaca
Barangan kitar semula dari tong kitar semula dan pusat kitar semula akan diasingkan, dibersihkan, dihantar dan dijual kepada kilang-kilang yang dapat memproses barangan tersebut menjadi produk yang sama atau produk yang berlainan.
Pembangunan Mapan dan Keberkesanan Langkah-Langkah Kerajaan: Episod 3
2.2 Rancangan Fizikal Negara (RFN)
RFN diwujudkan susulan daripada keputusan MPFN pada 26 April 2005. RFN dilaksanakan melalui kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan agensi Kerajaan Persekutuan khususnya melibatkan pembangunan guna tanah. KPKT dipertanggungjawabkan memantau pelaksanaan RFN dan mengadakan penilaian semula setiap lima tahun. Kemajuan yang dicapai perlu dilaporkan secara berkala kepada MPFN.
Salah satu daripada empat objektif utama RFN ialah “mengoptimumkan penggunaan tanah dan sumber asli untuk pembangunan mampan.” Selaras dengan objektif ini, beberapa pendekatan telah diambil, dan pendekatan yang berhubung kait secara langsung dengan pengurusan sisa pepejal ialah Perancangan Prasarana Yang Bersesuaian. Menerusi pendekatan ini, RFN mencadangkan agar prasarana dan perkhidmatan berkualiti membabitkan bekalan air, elektrik, telekomunikasi, pembetungan dan sistem pelupusan sisa pepejal disediakan menggunakan teknologi yang sesuai dengan tapak dan keperluan pembangunan.
Pembangunan Mapan dan Keberkesanan Langkah-Langkah Kerajaan: Episod 2
2.0 LANGKAH-LANGKAH KERAJAAN MENERUSI KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT)
2.1 Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN)
MPFN ditubuhkan mengikut Seksyen 2A(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2001 (Akta A1129) bagi menyelaras semua dasar dan aktiviti berkaitan perancangan bandar dan desa untuk memastikan penggunaan sumber dan pembangunan yang lebih seimbang dan mampan.
MPFN dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri. Salah seorang ahli MPFN ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) bertindak selaku Setiausaha. MPFN diurus setiakan oleh JPBD dan bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga kali setahun iaitu setiap empat bulan. Hasil mesyuarat pertama MPFN pada 23 Jun 2003, Jawatankuasa Kerja Majlis Perancang Fizikal Negara (JKK MPFN) diwujudkan.
2.1.1 Jawatankuasa Kerja Majlis Perancang Fizikal Negara (JKK MPFN)
JKK MPFN berperanan membantu menyelaras dan meneliti semua perkara di bawah bidang kuasa MPFN. Ahli jawatankuasa JKK MPFN akan membincangkan dan membuat pengesyoran sebelum dibawa untuk pertimbangan dan keputusan oleh MPFN.
Menerusi penubuhan JKK MPFN, Ketua Setiausaha KPKT dilantik sebagai Pengerusi manakala Ketua Pengarah JPBD sebagai Setiausaha. Ahli-ahli lain terdiri daripada Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian yang menganggotai MPFN dan semua Setiausaha Kerajaan Negeri di Semenanjung Malaysia.
Labels:
episod 2,
Jawatankuasa Kerja MPFN,
Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN),
pembangunan mampan
Pembangunan Mapan dan Keberkesanan Langkah-Langkah Kerajaan: Episod 1
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Definisi dan Konsep “Pembangunan Mampan”
Mapan bererti, “tidak berubah-ubah (sudah diterima umum)” dan “tidak goyah (sudah stabil, teguh, dikenali dsb)”. Mampan pula bermaksud, “mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik (berkenaan ekonomi, pembangunan dsb)” (Kamus Dewan, 2005). Justeru, tajuk perbincangan lebih wajar diselaraskan sebagai “pembangunan mampan” bagi menggantikan frasa “pembangunan mapan”.
Konsep “pembangunan mampan” bersusur-galur daripada Resolusi 38/161, "Process of Preparation of the Environmental Perspective to the Year 2000 and Beyond" yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Perhimpunan Agung PBB) pada 19 Disember 1983. Bertitik-tolak daripada resolusi tersebut, sebuah suruhanjaya iaitu Brundtland Commission ditubuhkan.
Matlamat Brundtland Commission adalah mengutarakan kebimbangan tentang kemerosotan mendadak persekitaran manusia dan sumber asli serta kesannya terhadap pembangunan ekonomi dan sosial. Menerusi penubuhan suruhanjaya berkenaan, Perhimpunan Agung PBB mengiktiraf masalah alam sekitar sebagai masalah sejagat. Justeru, demi kemaslahatan bersama, dasar pembangunan mampan perlu diwujudkan.
Laporan Brundtland Commission bertajuk “Our Common Future” dibentangkan semasa Perhimpunan Agung PBB melalui Resolusi 42/187, “Report of the World Commission on Environment and Development” bertarikh 11 Disember 1987. Laporan berkenaan membincangkan pembangunan mampan dan keperluan perubahan politik bagi menjayakannya. Menerusi laporan tersebut, istilah “pembangunan mampan” didefinisikan sebagai “...pembangunan yang memenuhi ‘keperluan’ semasa tanpa mengabaikan kemampuan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka.”
Secara ringkas, konsep “pembangunan mampan” ialah pembangunan yang menyeimbangkan pembangunan ekonomi dengan keperluan-keperluan sosial dan alam sekitar.
1.2 Skop Perbincangan
Perbincangan akan tertumpu kepada usaha-usaha merealisasikan pembangunan mampan melibatkan peranan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) secara langsung dalam aspek pemeliharaan alam sekitar. Skop alam sekitar juga dikecilkan lagi kepada pengurusan sisa pepejal. Pendekatan ini diambil kerana skop pembangunan mampan terlalu luas, bukan sahaja melibatkan aspek alam sekitar bahkan turut mencakupi aspek sosial dan ekonomi. Melalui tumpuan yang lebih spesifik, langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan menerusi KPKT dan tahap keberkesanannya dapat diperincikan seterusnya mencadangkan penambahbaikan yang wajar.
Labels:
Brundtland Commission,
episod 1,
pembangunan mampan
Monday, 21 November 2011
Harimau Muda di Tengah Gelora: Musuhnya Habis Binasa!
Aku akan menonton menerusi TV3. Sebabnya aku sukakan kelainan dari segi ulasan secara langsung. Setelah sekian lama mendengar ulasan legenda pengulas sukan RTM, Dato' Hasbullah Awang (DHA), kini tiba masanya mendengar ulasan gaya tersendiri Abu Bakar Atan (ABA) pula, yang julung-julung kali kembali mengulas perlawanan bola sepak. "Mungkin nota terakhir" dan "jalan berliku", antara kata-kata hikmat beliau setakat ini. Barangkali nostalgia bekerja di ofis lama di Jalan Liku, Bangsar masih bermain di ingatan. Apapun, aku memang terhibur dengan intonasinya, serta komentar yang sering mengisi hampir setiap saat perlawanan berlangsung, macam ulasan selari pengulas dulu-dulu. Kedengaran seperti mendengar ulasan dari corong radio pun ada juga. Kontra dengan nada DHA yang kedengaran "controlled" sedikit, a la Zainal Din Zainal sewaktu menjadi juruhebah Radio 3 Ibu Kota pada suatu ketika. Paling bersemangat mendengar ABA menjerit gol. Semangat giler.
Siaran Buletin Utama menyemarakkan mood aku, dan ramai lagi penyokong Malaysia malam ini. Heh, ketinggalan lagi RTM nampak gayanya. Pembaca berita TV3, kedua-duanya otai, Nasaruddin Tajuddin dan gandingan wanitanya tampil mengujakan dengan jersi kuning hitam belang-belang Harimau Malaya. Salut! RTM tetap dengan pakaian konvensionalnya; suit, tali leher dan lencana 1Malaysia. 1 TV3, 0 RTM, hehehe.
Sedikit selingan, di kuliah tadi seorang kawan lewat masuk. Ku pelawa duduk di kerusi sebelahku yang memang tiada orang menghuninya. Kalau di Indonesia aku tak tahulah bagaimana mahasiswa Malaysia di sana, entah-entah takut hendak hadir kuliah. Di Malaysia kawanku itu tidak pula menerima hostile reception, walaupun ada juga jenaka-jenaka dari kawan-kawan lelaki lain yang sahih penyokong tegar Malaysia. Aku pun tumpang sekaki, kataku kalau dia ingin menonton jangan ke kedai mamak, lebih selamat di Wong Solo. Nasihat ikhlas, kalau dia pergi juga pun takkan dibantai penyokong Malaysia, melainkan terang-terang memprovokasi, kalau tak apa ada hal tengoklah sama-sama. Sebelum bersurai, ku tanya padanya, "Malam ini nonton di mana?". "Di rumah saja jawabnya". Esok petang waktu yang sama, aku dan kawan-kawan sekuliah yang lain akan menghadap si dosen pula, seperti kawan yang tadi juga dari Indonesia.
Kemas Kini (1):
Kedengaran lebuh raya di sekitar ibu kota seperti di Sungai Besi sesak teruk, semua berebut nak balik tengok tivi.
Kedudukan terikat 1-1. Malaysia belum pernah ketinggalan, tapi kalau terbukti mampu bangkit semula, alamat malapetaka tahap merah untuk Indonesia. Cuma jangan terbawa-bawa dengan emosi, kalau 11 lawan 11 harapan cerah untuk Malaysia skor gol berikutnya. Jangan lupa juga cover inspiring Captain Malaysia, Baddrol Bakhtiar, Indonesia nak patahkan kaki dia.
Kemas Kini (2):
Malaysia sepatutnya tamatkan perlawanan ini pada masa sepatutnya dengan peluang-peluang terhidang. Tapi pada masa itulah juga nak tergelincir, teragak-agak nak pusing badan dan meledak volley, berebut nak skor padahal keeper Indonesia dah terpaku dan sebagainya. Lazimnya kalau sesuatu yang tak diingini berlaku, kesempatan-kesempatan keemasan begitu akan sangat-sangat dikesali. Harap-harap Malaysia berangkat pulang dan tidur lena dengan senyuman. Dan aku pun akan sangat bersemangat hadir ke kuliah esok.
Kemas Kini (3):
Jersi kuning no. 13 nyaris-nyaris menjadi from zero to hero to zero, again. Serius aku di rumah ini pun gementar, jantung duk-dak-duk-dak dengan detik-detik cemas, terutama apabila dia sepak terlalu lemah. Sudahlah sebelum itu yang ambil penalty kick untuk Malaysia semuanya defenders, memang hebatlah walaupun defenders tapi bab penalty kick pandai placing. Aku jangkakan bola tinggi melepasi palang dah setiap kali depa sepak, bayangan Roberto Baggio USA 1994 terbayang. Nampaknya pemain Malaysia ada nilai tambah, kebanyakannya utility players yang boleh digunakan mengikut kesesuaian keadaan e.g. kecederaan pemain utama.
Satu perkara yang aku rakamkan ialah sepanjang temasya sukan ini tuan rumah selalu menyelubunginya dengan kontroversi demi kontroversi tahap sentul. Bukan sahaja Malaysia terkena, tapi juga negara-negara ASEAN lain. Semua orang mahu menang, tapi biarlah dengan cara penuh semangat kesukanan. Malam ini, sepakan Captain Malaysia menutup semua kesentulan yang disajikan oleh Indonesia dengan sepakan penalti yang dikira masuk dengan cara sentul tahap maksimum, lebih membengkekkan hati pada malam penutup bagi semua acara Sukan SEA 2011. Sakit hati, kan?
Tabah Syazwan mengulas sebaik tamat perlawanan begitu lancar tanpa terikat skrip seperti selalu, menderu-deru seperti air terjun meluncur laju. Wajahnya nampak merah, barangkali perasaan yang bercampur-baur, antara makan-minum tak menentu dan kerenah penganjur yang bukan-bukan serta caci maki kejian terhadap Malaysia meliputi wartawan juga seakan-akan diluahkan sepuas hati.
Salut Harimau Muda!
Kemas Kini (4):
Buat julung-julung kali dalam masa beberapa tahun ini, kami bertiga termasuk anakku yang baru nak masuk setahun bulan Disember ini, berdiri di depan kaca tivi dan menyanyikan Negaraku bersama-sama pasukan Malaysia di Gelora Bung Karno, dengan perasaan terharu tapi megah! Menyanyi lagu kebangsaan sambil melihat bendera kebanggaan setiap warganegara dinaikkan. Perasaan itu sukar diungkapkan. Hampir-hampir terasa meremang dan terkelua' aya' mata.
Negaraku dan Jalur Gemilang akhirnya mendapat penghormatan selayaknya!
Sunday, 20 November 2011
Artis Wanita X Akhirnya Berhijrah dan Menutup Aurat
Alkisah, seorang artis wanita ternama yang selalu berpakaian mencolok mata (ya, 'mencolok', bukan menjolok mata, demikian kata Awang Sariyan suatu ketika) ditanya oleh wartawan hiburan, "Sekarang dah ramai artis wanita berhijrah, bertudung dan sebagainya. Tak teringin ke nak berhijrah dan bertudung sama?"
Lalu dijawab oleh artis tersebut, "Nantilah, bila sampai seru". Jawapan yang dibaca oleh khalayak sebagai, "Jangan haraplah".
Masa berlalu. Suatu hari heboh di kalangan dunia hiburan bahawa artis wanita berkenaan bukan sahaja bertudung, bahkan telah menutup aurat dalam erti kata sebenarnya. Pendek kata, artis wanita tersebut kini sudah betul-betul berhirah. Maka berpusu-pusulah orang ramai dan wartawan hiburan yang seakan-akan kurang percaya menerjah ke rumahnya untuk satu kepastian.
Ternyata bukan desas-desus atau gosip liar lagi. Artis wanita berkenaan memang benar-benar telah bertudung dan menutup aurat seperti dikehendaki oleh syarak. Dia memang benar-benar sudah berhijrah...
Lalu dijawab oleh artis tersebut, "Nantilah, bila sampai seru". Jawapan yang dibaca oleh khalayak sebagai, "Jangan haraplah".
Masa berlalu. Suatu hari heboh di kalangan dunia hiburan bahawa artis wanita berkenaan bukan sahaja bertudung, bahkan telah menutup aurat dalam erti kata sebenarnya. Pendek kata, artis wanita tersebut kini sudah betul-betul berhirah. Maka berpusu-pusulah orang ramai dan wartawan hiburan yang seakan-akan kurang percaya menerjah ke rumahnya untuk satu kepastian.
Ternyata bukan desas-desus atau gosip liar lagi. Artis wanita berkenaan memang benar-benar telah bertudung dan menutup aurat seperti dikehendaki oleh syarak. Dia memang benar-benar sudah berhijrah...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
...ke alam baqa dengan sepersalinan kain kafan.
Labels:
artis wanita,
bertudung,
hijrah,
menutup aurat
Subscribe to:
Posts (Atom)