Pages

Friday, 7 October 2011

Apa Khabar Jomo K.S.?

Apabila bercakap tentang Belanjawan Alternatif oleh pihak pembangkang, satu nama yang sering terngiang-ngiang di mindaku ialah Jomo Kwame Sundaram atau Jomo K.S. Malaysia ada ramai anak kandungnya yang tersohor dan ilmuan, tetapi atas sebab-sebab tertentu selain imbuhan kewangan, antaranya kebebasan menyuarakan pendapat dan pandangan bertentangan, mereka akhirnya memilih untuk mencurahkan kepakaran di bumi asing. Tahun 1999, semasa Barisan Alternatif ditubuhkan secara longgar bagi menentang Barisan Nasional, itulah kali pertama sepanjang hidupku aku mendengar bahawa parti-parti pembangkang juga berupaya mengemukakan saranan perancangan kewangan negara. Satu usaha yang pada pandanganku perlu dialu-alukan dalam menyuburkan demokrasi sesebuah negara. Satu daripada amalan yang telah lama dipraktikkan oleh negara-negara maju dunia.

Oleh sebab itu, apabila ada suara-suara memperlekeh Belanjawan Alternatif sedemikian, ternyata hujah yang mereka kemukakan merupakan hujah yang dangkal. Sesiapa juga pun tahu bahawa pakatan parti pembangkang tidak dapat melaksanakan Belanjawan Alternatif yang mereka cadangkan. Sudah tentu. Sebab itulah gunanya kerajaan. Proses, sumber dan liputan bagi penyediaan Belanjawan Alternatif juga mana mungkin dibandingkan dengan Belanjawan rasmi negara. Bagi menyediakan Belanjawan rasmi negara seluruh jabatan dan kementerian yang ada digembeleng inputnya. Pakatan Rakyat tak ada input dalaman ini semua. Takkan dapat pun. Berasaskan input yang diterima daripada semua jabatan dan kementerian yang mencakupi segenap aspek kehidupan masyarakat, maka Belanjawan rasmi negara dapat menyentuh keperluan setiap kelompok tertentu masyarakat secara langsung dan lebih menyeluruh, dan bukannya di atas permukaan sahaja.

Apabila parti-parti pembangkang berdemonstrasi di jalan raya atau membuat hora atau salakan kosong di Parlimen, mereka ditempelak sebagai tidak menyumbang idea bernas demi pembangunan negara. Apabila mereka kemukakan cadangan yang membina, mereka masih dihentam sebagai hanya pandai menabur janji. Aku terfikir juga, bagaimanalah agaknya sekiranya hujah tahap begitu diketengahkan di negara-negara maju. Kena gelak kah kah kah kah barangkali. Alamatnya lambat lagilah kita nak bergelar negara maju, yang salah satu piawaian standardnya ialah parti-parti yang ingin berkuasa akan mempersembahkan perancangan masing-masing untuk dinilai oleh rakyat, serta diperdebatkan secara sihat dan matang, bukan dengan hujah kedai kopi.  
Berdasarkan suasana keilmuan yang sama, nescaya dalam masa terdekat Jomo K.S. tak akan kembali ke bumi bertuah ini. Lebih seronok bertugas di PBB.

Thursday, 6 October 2011

Thanks for a Jobs Well Done


Rest in peace, Steve.

Thanks a lot for the memories since 1980’s.

You indeed changed the world stylishly and peacefully,

long before those who chant reformasi and transformasi.

Why Children Draw The Same Old Drawings

Dr. L used to share this story last semester. Two days ago he repeated the same story, with a slight twist. If in the last semester he told about his niece, this time in an undergraduate class, he asked the students to draw something which they remembered the most since they were children. Several minutes passed, the drawings completed. True to his hunch, basically all the drawings had these features: two hills / mountains with the sun rises / sets between them, a paddy-field, a rural road, and a hut. I guess all children in South East Asia have walked down the same memory lane, except maybe Singapore.

Anyways, what Dr. L would like to stress in his lecture was how the government constructs the people’s minds, even since they were at such tender ages, to ensure they possess certain intended paradigms. With blocked minds, they are unable to act or think about anything beyond. He later on suggested Herbert Marcuse’s One-Dimensional Man: Studies in the Ideology of Advanced Industrial Society for us to understand better.

Nonetheless, from my point of view and experience, we should not hold the government responsible at all times. Such classic and conventional type of drawing for ages might originated from the directives of teachers, who during my time not necessarily the qualified Arts Education teachers. Things might have changed now, but at my time the teachers just simply asked the pupils to draw a village’s scenery. As such, the students only drew what they thought their teachers expected from them, and what characteristics of a “kampung” they could relate to, of course according to their culture. Try asking their buddies in North America or Europe for instance, surely we will not get the same type of drawings.

Tuesday, 4 October 2011

Menu: Makanan Cina Muslim dan Nasi Arab

Di daerah kediaman aku ini, kalau dibuat pemantauan dari segi kedai makan ada 2 trend yang nyata. Satu kedai makanan Cina Muslim, dua kedai Nasi Arab. Bila dah banyak-banyak macam tu, tak dapat  tidak aku kena buat perbandingan hat mana sedap hat mana dak, dan apa kriteria lain yang menarik minat aku untuk terus berkunjung ke sana. Secara terus-terang, dalam banyak-banyak kedai yang menjual dua jenis makanan tersebut, hampir semua sebenarnya, maaf cakap, hampeh.
Kedai makanan Cina Muslim yang rasanya paling o.k. ialah Red Wok. Ada rasa la kata orang. Saiz hidangan dia pun banyak, walaupun kita order saiz hidangan paling kecil. Secara mudahnya satu jenis lauk bersaiz hidangan kecil boleh dimakan oleh dua orang yang yang slim macam aku dan kawan serumah. Harga pun berpatutan dan masih ekonomi berbanding kedai makanan Cina Muslim lain, walaupun kedai makanan Melayu sudah tentu jauh lebih murah. Cuma yang slack, takat semua kedai makanan Cina Muslim yang aku pi pelayan wanita atau tukang masak wanitanya tak tutup aurat dalam erti kata sederhana sekalipun. Satu lagi yang slack, kali ini merujuk kepada Red Wok, ialah sebab pelayan dia suka berlonggok sambil sembang-sembangkat kawasan meja seperti kaunter tu, makanya bila ada pelanggan angkat tangan untuk pesan makanan selalu depa tak pandang pun. Selalu juga aku lambat dapat buat pesanan. Walaupun begitu, ada ketelusan dari segi kiraan harga makanan. Petugas di kaunter akan cetak dulu resit dan minta pelanggan sahkan jenis makanan yang dimakan. Dah puas hati baru bayar.
Ada satu kedai Nasi Arab kat Seksyen 7 ni, baru sat-sat tadi lepas makan. Dah la tak terus-terang kata kalau order Nasi Arab tapi nasi setengah dia kira satu set penuh, terkejut aku dan kawan serumah bila tiba waktu membayar, dah tu suka-suki dia saja letak harga semua sekali RM50. Padahal kalau nak kira juga Nasi Arab yang dimakan oleh kawan serumahku, yang nasinya setengah sebagai satu set, jumlah yang dimakan baru 2 set, dah tu horlick panas 1, the hijau 1. Aku buat-buat tanya Nasi Arab tu 1 set berapa? Cey, selamba dengan tak dak rasa kira tak betul dijawabnya RM14. Dah lama baru dia terasa nak kira balik, pandai pulak harga tu jadi RM35 lebih. Dengan ada semut gatal yang halus tu kat pinggan dan bawah pinggan tadi, walaupun nasi dia sedap, sungguhpun aku rasa macam nasi tomato saja pun, memang sah aku takkan pi makan lagi kat kedai tu, sepertimana kedai-kedai makan lain yang hampeh makanan dan layanannya.
Ada pula satu kedai Nasi Arab ni, satu deret dengan kedai perabot di kawasan taman perumahan sebelah Hentian Kajang. Kalau nak kira aku dan kawan serumah dah memang regular customer dah sebab selalu sangat makan atau suruh bungkus. Tapi setiap kali datang setiap kali itulah dibuatnya macam tu la kali pertama masuk kedai tu. Brader, atau menghampiri usia pakcik, yang sepatutnya menjadi pemudah cara kat kedai yang kebanyakannya orang Arab tu lambat saja mai ambil pesanan. Aku tau la ralit tengok tivi, atau lapar dan baru nak isi perut, tapi prihatin dan waspada la sikit dengan kehadiran pelanggan, terutama pelanggan tetap. Kali terakhir aku pi sana yang boleh harap sikit pun bila ada pelayan-pelayan baru yang lebih rajin sikit. Teh tarik dia memang sedap, lain daripada teh tarik tempat lain hatta kedai mamak, tapi Nasi Arab dia tak tegha mana pun, kalau lauk kambing tu lemak dekat setengah.   
Apa yang aku dapat dari buat review macam ni? Aku tak dapat apa-apa imbuhan materialistik pun hatta makan free macam hos dan tetamu Jalan-Jalan Cari Makan. Aku buat untuk kepuasan diri sendiri. Selera manusia, sayugia diingatkan, berbeza-beza.

Sunday, 2 October 2011

Sorry Seems To Be The Hardest Word

I watched Buletin Utama just now. The brouhaha regarding GE’s bad-mouthing continues. The opposite party’s leaders when interviewed in their “respected” state now demand the Chief Minister of Pulau Pinang to apologise to their party. One of them is the one who shamelessly insulted the Bumiputera of Pulau Pinang not too long ago as if the Tanjong Tokong villagers are sting garden dwellers, ignoring the fact that those Bumiputera have lived there for centuries. Yeah sure GE did offer his apology after intense pressure, but one thing for sure is he did apologise. What about the Chairman of UDA? Did he ever apologise? I heard none, instead he reiterated his earlier misleading remarks. This is double-standard of the highest echelon; you did feel hurt when somebody insults you and your state, but when you insult others and their hometown you pretend as if nothing ever happens, then you claim you fight for your own race when in actuality you oust them from their very own soil. Bravo, bravo!
 
 
REFERENCES:
Please read here, here, here, here and here.

Memorable Moments: Past Captured, Present Absurd

When I was a boy, my father brought me to somewhere around Pulau Pinang’s town area, Georgetown maybe. He gave me an opportunity to choose whichever camera I liked, as a present for 4As in UPSR. Finally, I chose one, with tripod. I have forgotten the brand, but if memory serves me right, the price tag would be somewhere in the range of hundreds. At that time digital camera was yet to hit the market, but even the not so slim and sophisticated type powered by 36-exposure Kodak (or may simply be Fuji) film would not come cheap.

Fast forward to the day of today. Wani has just officially proclaimed as an undergraduate while only several hours ago Dilah received her scroll as a graduate, both from different universities in the northern Peninsular of Malaysia.

So the question is, what should I reward them? DSLR each? Well, quite far beyond my affordability. The basic 8GB Samsung or Olympus branded ones already cost almost 2k.

I am still pondering.

Suatu Hujung Minggu Nan Menusuk Kalbu

Di Nu-In tadi, sambil bersarapan hujung minggu, kafe memasang lagu-lagu nasyid. Sedang menyuap makanan dengan sudu, serasa-rasa sayu pula mendengar senikata lagu.

“Sekeping hati dibawa berlari jauh melalui jalanan sepi jalan kebenaran luas terbentang di depan matamu para pejuang tapi jalan kebenaran tidak akan selamanya sunyi ada ujian yang datang melanda ada perangkap menunggu mangsa…” ~ Saujana (lagu asal The Zikr).
“Sekian lama hidup di kegelapan teraba-raba tanpa tujuan akal dan budi seakan tak berfungsi ke manakah diri apa diturut kehendak yang meronta menyiksa badan membakar jiwa syaitan dan nafsu meracun dalam diri renungkanlah ini kita sekadar di persinggahan pasti kembali pada yang menciptakan ombak dan badai lumrah kehidupan insani…” ~ Zahran.

Juga lagu-lagu kumpulan Mawaddah yang lebih terus-terang dalam kritikan sosial.  Terkadang lucu juga bila dikenang salah satu melodi lagunya mirip lagu filem Hindi, “Chori chori sapno me ata hai koi sari sari ra teja gata hai koi…”. Dulu ada gerai Mawaddah di food court BESTA, Presint D, Putrajaya. Yang berjualan gadis-gadis sunti dengan penampilan muslimah solehah (insya-Allah), sekurang-kurangya berbanding petugas wanita gerai lain. Berjubah seluar warna seragam. Sering terpasang lagu-lagu dari album Mawaddah juga, besar kebarangkalian ahli kumpulannya orang yang berbeza dengan yang menjaga gerai. Ada seorang muka seiras Wani, sewaktu aku membeli makanan seperti balik kampung jumpa adik sendiri. Aku tahu Mawaddah dinaungi Rufaqa’, sekarang Global Ikhwan, penjenamaan semula Al-Arqam, tapi bagi aku depa pun sama-sama Islam juga.