
Sekarang ini hampir semua orang ada telefon bimbit. Tapi setakat ada telefon bimbit untuk buat panggilan keluar, terima panggilan masuk dan hantar SMS belum cukup. Telefon bimbit sekarang lebih daripada itu. Walaupun telefon bimbitku tidak secokia mana dari segi rupa bentuk dan aplikasinya, apabila di tempat tertentu di samping kawan-kawan, telefon bimbitku jarang-jarang aku keluarkan. Apa taknya, orang lain dengan BlackBerry dan touch screens serta segala macam, tentulah kita jadi segan. Untungnya telefon aku terlebih awal aku diamkan, jadinya jarang-jarang berbunyi di tengah-tengah pemasaan yang kurang bertepatan.
Dek kepesatan teknologi, yang pada hemat aku belum ada tanda-tanda untuk berhenti, persoalan yang timbul ialah setakat mana kita ingin mengejarnya supaya dilihat tidak ketinggalan zaman berbanding kawan-kawan sekuliah atau sekerja. Setiap perkara perlu ada hadnya, lainlah kalau kita merupakan golongan berada. Maklumlah, teknologi ini akan jadi usang dengan pantas. Melainkan kita tidak kisah dengan susut nilai gajet-gajet berkenaan berbanding harga asal pembelian, ya silakan.