Pages

Saturday, 24 September 2011

Antara Drama Islami Yang Mengelirukan dan Filem Hindi Yang Mengesankan

Kadang-kadang dalam dunia hiburan, menyampaikan kisah yang menyentuh perasaan tak perlu pun guna skrip yang kompleks sangat. Misalnya, memetik hadis yang tidak diterangkan kelasnya; sahih ke, hasan ke, dhaif ke, untuk menjustifikasikan keengkaran watak isteri kepada arahan watak suami. Sebagai contoh, dalam sebuah drama bersiri dipaparkan watak suami merangkap ustaz terkenal di kampung tersebut menyatakan Fatimah, anakanda Nabi, mengelilingi suaminya, Ali sebanyak 72 kali untuk memohon maaf. Kalau ya pun hadis tersebut sahih, patutnya carilah dalil lain yang tak mengundang fitnah. Bayangkan kalau orang awam atau yang bukan Islam menonton drama tersebut. Tidakkah dirasakan tuntutan watak suami terhadap isterinya dalam memohon maaf agak keterlaluan. Walhal ada penjelasan lain di sebalik perkara tersebut yang lebih meyakinkan. Masalahnya, orang yang bukan ilmuan manalah mampu berfikir lebih daripada itu. Kalau mereka terima bulat-bulat macam mana? Siapa nak tanggung tu?

Satu lagi, dalam dialog yang sama, dikatakan juga oleh watak tersebut bahawa apabila Fatimah mengadu kepada Nabi akan perkara tersebut, Nabi bersabda bahawa jika Fatimah meninggal dunia tanpa diampunkan kesalahannya oleh Ali, maka Nabi tak akan sembahyangkan jenazah Fatimah. Apa punya tak cermatlah skrip ini, watak ustaz tersebut nak menjustifikasikan penolakan watak isteri terhadap kemahuannya dengan kisah Fatimah dengan Nabi, padahal watak ustaz itu sendiri yang, maaf cakap, kurang cerdik, memaksa watak si isteri yang penat menurut kehendaknya. Perkara tersebut jelas tidak selari dengan Islam, namun apabila dialog menyandarkan perlakuan watak ustaz dengan hadis Nabi, maka fitnahnya besar sekali. Seolah-olah Islam ini tidak rasional. Buruk lagi imej Islam. Tapi tidaklah menghairankan apabila diteliti rekod drama arahan / terbitan pelakon berkenaan yang tafsirannya terhadap imej Islam dan dakwah sangat merimaskan dan mengelirukan.

Petang tadi, sebuah filem Hindi yang pada pengamatanku sekitar 70-an, para pelakonnya aku tak kenal kecuali seorang, yang berperanan sebagai bapa kepada heroin dalam filem Bobby. Ceritanya ringkas, tak mengelirukan tapi cukup menyentuh perasaan. Seorang bapa mempunyai anak lelaki yang tidak boleh bercakap. Suatu malam sebelum pembedahan, si bapa bertanya kepada anaknya, kalau boleh bercakap semula nama siapa yang akan disebutnya terlebih dahulu. Bapa, tunjuk anaknya. Lalu si bapa pun mengajari anaknya sebuah lagu sambil menggesek biola. Lirik lagu disalin anaknya.

Pembedahan berakhir, doktor menyimpulkan sebagai berjaya. Namun si bapa belum boleh berjumpa anaknya, bimbang luka pembedahan belum sembuh. Tergendala lagi hasrat si bapa untuk mendengar si anak menyebut namanya. Esoknya, si bapa datang lagi. Doktor menasihati sebagai orang tua, katanya anak yang teruja pasti menjerit nama bapanya apabila kedua-dua mereka bersua. Bimbang menjejaskan kesembuhan luka pembedahan, doktor meminta si bapa bersabar, kalau kamu boleh menunggu 1 setengah tahun untuk mendengar suara si anak memanggilmu bapa, apa salahnya tunggu sehari lagi.

Malangnya, si bapa kemalangan di kilang, terjatuh dari tangga. Cedera parah di kepala. Si anak seolah-olah mendapat mimpi akan kecelakaan yang menimpa. Datang seorang pak cik yang dikenalinya, bapamu menghadiri ‘perbicaraan’ di ‘Mahkamah Agung’, walhal si bapa sedang bertarung nyawa. Bapamu tahu kamu sudah boleh bercakap, tetapi dia terlalu gembira sehingga tidak ‘sedar’. Si anak yang naif mengakui, iya, kalau bapa sedar sudah tentu dia tidak akan pergi menghadiri perbicaraan di New Delhi.

Pembedahan si bapa berjaya. Kepalanya masih berbalut. Apabila doktor memberitahu kesembuhan anaknya, dia mengadu mengapa hanya mulut doktor terkumat-kamit, mana suaranya. Sikunya terkena talam ubat di atas meja tepi katil. Gelas terhempas ke lantai, tapi bunyi kaca pecah berderai gagal didengarinya. Dia membuka balutan yang menutup kedua-dua belah telinganya. Ayahnya, ibunya, kawan, saudara mara semua menjerit kepadanya, dengan harapan suara mereka dapat didengar. Kata doktor, luka parah terjatuh tangga mengakibatkan si bapa hilang deria pendengaran.

Di suatu babak, si bapa sangat kecewa dengan realiti yang dihadapinya. Tanpa disedari, si anak sudah berdiri di pintu. Lalu si bapa dengan esak-tangisnya meminta anaknya menyanyikan lagu yang pernah diajarnya pada malam pembedahan. Puas memujuk, si anak akhirnya setuju. Baru sebaris, si bapa bertanya bait-bait apakah dinyanyikan anaknya. Dikeluarkan oleh si anak kertas yang dicatatnya lirik dan diberikan kepada si bapa. Dengan kertas itulah si bapa menghayati nyanyian anaknya.

Kisah hidup yang ironi, tatkala si bapa mampu mendengar, anaknya pula tak mampu bersuara. Tatkala anaknya sudah mampu bersuara, si bapa pula tak mampu mendengar. Alangkah.

Friday, 23 September 2011

A Meeting With Andrew Harding at Nilai Springs

It has been more than a year, since I last wore formal office attire. Today, after more than a year long hiatus, after Friday prayer, I once again put on the long sleeves, tucked into black slacks, along with Valentino Rudy from heel to toe, and three-button coat courtesy of The Lord’s Tailor. Skema isn’t it? Not really, if someone was going to attend a talk which will be attended mostly by lawyers.
The rendezvous was Nilai Spring, and the VVIP was no lower than a king of a state. The programme supposed to start at 3.30 p.m., at 3.00 p.m. we were still on the highway, great thanks to series of lost-and-miss-directions. We managed to arrived approximately at 4.00 p.m. Better late than never, didn’t you think so?
So, what did Mr. Harding talk about? Errr, we guessed there were technical glitches with the sound system, so we didn't hear much. Errr, actually we ended up shopping at Nilai 3. That's why.   

Thursday, 22 September 2011

Online Scam: The So-Called Local Banks Want Details To Be Verified

In this mortal world, there are many opportunists who want to be rich without hesitating to use illegal methods. What more when the world becomes flatter, thanks to Vint Cerf and Bob Kahn who created the Internet, and later Tim Berners-Lee who introduced Word Wide Web [Thomas L. Friedman, The World Is Flat, 59-60], the scammers see it as modern El Dorado to mine money. One of the most popular scam involves online banking.

The modus operandi among others is to send e-mails requiring the potential victims to verify their bank accounts information. I myself have received lately such e-mails from so-called local banks, namely Bank Islam, Public Bank and CIMB. Although the content of such e-mails are quite convincing, I already know in the first place that they ‘kantoi’ big time. How did I know? Well, I never, for life, have any bank accounts for 2 out of 3 banks concerned. If the e-mails are for the real clients, for sure they will not send randomly to any Ramli (the first Malaysian to play for Man U, hahaha!), Ah Seng and Muthu. Unless they have their very own agenda of deception. Never mind if the contents look some sort of copy-and paste.

So, dear friends, whenever you receive such e-mails, you know the ‘DELETE’ button is always available.



Wednesday, 21 September 2011

Harimau Muda lawan Samurai Muda Biru: Siapa Menang?

Semua rakyat Malaysia, sama ada profesor atau bukan, yang menyepakati fakta sejarah bahawa Jepun pernah menjajah dan bukan menaungi Malaysia, sudah tentu mengharapkan Malaysia menang dalam perlawanan menentang Jepun pukul 8 malam waktu Tosu, Saga Prefecture.

Tapi sebagaimana kata Ong Kim Swee, coach skuad Harimau Muda, walaupun nak menang pada masa yang sama kena realistik. Pada jangkaan seorang  pemerhati bola sepak negara (aku la tu), Malaysia akan berdepan masalah kalau hantaran bola entah ke mana, lambat buat keputusan dan bertindak, kawalan bola tidak kemas dan penyudah tumpul. Sebab Jepun seperti diketahui umum dengan reputasi tidak pernah gagal ke pusingan akhir Sukan Olimpik sejak had umur bawah-23 diperkenalkan di Atlanta 1996 akan bermain dengan sangat laju, dengan hantaran-hantaran pendek dan lintang yang tepat serta penyerang yang tangkas menghidu peluang dan mengambil kesempatan. Lepa sedikit, alamatnya bakal dihukum seperti terjadi dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia FIFA 2014.

Gamba Osaka, Kashiwa Reysol dan Yokohama F Marinos merupakan 3 kelab teratas dalam carta liga Divisyen 1 J League. Namun di kalangan ketiga-tiga kelab berkenaan, hanya Kashiwa Reysol sahaja yang mampu mengirim wakil ke skuad Olimpik Jepun bertemu Malaysia menerusi Hiroki Sakai. Apa sebab kelab yang macam tu punya power pun pemain mereka tak menarik perhatian coach? Sedangkan kelab Venforet Kofu yang sekadar di tangga ke-16 dalam liga 18 pasukan pun ada juga wakilnya, Yutaka Yoshida. Kena tanya sama itu Takashi Sekizuka. Mungkin tak cukup bagus pada pengamatan coach, seperti nasib yang menimpa pemain dari pasukan Kelantan dan Terengganu untuk skuad senior negara, walhal team depa power dalam Liga M. Bezanya, dalam kes Jepun pemain dari kelab-kelab yang power itu langsung tak dipanggil.
Tugas Malaysia memang sukar, namun kalau terfikir nak bermain bola tinggi untuk memerangkap Jepun, ada baiknya fikirkan berkali-kali. Silap-silap Malaysia yang terperangkap. Sebagai makluman, 10 daripada 22 pemain dalam skuad Jepun berketinggian melebihi 6 kaki. Malaysia bukannya tak ada pemain-pemain yang tinggi tegha tu, masalahnya tak cukup ramai untuk cukup mengancam.

Ketiga-tiga penjaga gol dalam skuad Jepun berketinggian lebih 180 cm. Mereka dijangka menurunkan Shuichi Gonda (187 cm) yang bermain untuk FC Tokyo manakala pasukan Malaysia sudah pasti menurunkan Khairul Fahmi Che Mat (172 cm).

Di benteng pertahanan, 4 daripada 7 pemain berketinggian lebih 180 cm iaitu Daisuke Suzuki (181 cm), Hiroki Sakai (183 cm), Mizuki Hamada (185 cm) dan Shohei Takahashi (180 cm); satu-satunya pemain dari kelab Divisyen 2 J League, Tokyo Verdy yang terpilih menganggotai skuad 22 pemain ini.

Di bahagian tengah, Jepun mempertaruhkan 2 daripada 7 pemain yang berketinggian melebihi 180 cm iaitu Kazuya Yamamura (184 cm), seorang mahasiswa Ryutsu Keizai University dan Takahiro Ogihara (184 cm).

Di bahagian serangan pula, pemain yang paling tinggi ialah Yuya Osako (182 cm) dari kelab Kashima Antlers.
Apapun, kalau kena cara Malaysia boleh buat kejutan, sebab Nadeshiko yang rendah tu pun boleh kalahkan The Yanks. Dan kemarau 40 tahun untuk layak bermain di Sukan Olimpik sepatutnya lebih daripada cukup menjadi motivasi tahap maksimum buat skuad Malaysia, sebagaimana Jepun menjadikan tragedi tsunami yang menimpa warga senegara mereka sebagai pembakar semangat untuk berjaya.
Akhirul kalam, agak-agaknyalah siapa yang menang?

Kemaskini: Setakat separuh masa pertama, Jepun 1, Malaysia 0. Serangan Jepun terus bertali-arus. Penat la si Apek, macam selalu.
 
RUJUKAN:

Tuesday, 20 September 2011

Mendayai Wanita Dalam Kekangan Budaya

Menurut Dr. L dalam kuliah sore tadi, budaya juga memainkan peranan dalam menentukan maju mundurnya sesebuah masyarakat. Terdapat budaya di sesetengah kelompok masyarakat yang tidak memberi peluang kepada wanita terlibat lebih aktif dalam memajukan diri sendiri. Contohnya, di Swaziland si isteri tidak boleh tidur selagi suami belum tidur. Kalau suami lambat tidur alamat lambatlah si isteri tidur. Sudah si suami tidur, si isteri perlu pula mengipas-ngipas si suami supaya dapat tidur lebih nyaman dan lena. Di kalangan masyarakat Sunda, terdapat istilah 3 UR khas untuk wanita merangkap isteri merangkap suri rumah tangga; SUMUR, DAPUR dan KASUR. Apapun kata-kata dosen tak boleh ditelan bulat-bulat. Semakan dan rujukan silang mustahak. 

Puisi Seorang Temenggung, Seorang Marhaen

Temenggung nan seorang
bersama sanak kaum famili
menaiki heli
ke rumah terbuka Aidil Fitri
Majlis yang murni
rakyat menanti
Temenggung belum sampai-sampai lagi
(seharusnya siapa aula dirai?)
Di pertengahan angkasa
berlaku gencatan rupanya
arakian polisi bertiga negeri
dihubungi
Berkat doa sekalian nan ada
Temenggung sekeluarga
selamat tiba
diiringi polisi berkereta peronda

Marhaen ini juga bersyukur
Temenggung dan famili dipanjang umur
Hanyasanya ia tertanya-tanya
heli itu siapa empunya
duit minyak siapa membayarnya
kereta peronda apa perlunya
majlis itu apa sifatnya
adakah urusan rasmi negara 

Similac LF: Probably The Answer For Our Almost 9-Months Old Baby

My baby is not feeling well lately. When consulted a paediatrician at a clinic nearby, he said it might be due to food or formula milk. He suggested a soy-based formula milk, Melilea. Have a try for a week or two, just to soothe the inner parts of the infant’s stomach. Then revert to formula milk once again.

Before giving my baby the Melilea, her mother checked first the info regarding the milk thru Internet. What a surprise! The milk is manufactured in China! Well, the doctor told us before to be careful about whence formula milks were coming from. Because in Europe, if the mills are situated in countries nearby Chernobyl, chances are fat that the radioactive effects still there and will harm babies and infants who consume the milks. The same goes with Japan-originated formula milks, the doctor uttered. With that in mind, known that China throws their spanner into works surely didn’t help either. The soys are farmed there, that's the key point. So many things played in minds. What more with stinky smell every time we concoct the milk for the little one. Sniffing the cleaned bottle alone after using the milk is of much terrible, try imagine drinking it like my baby did several times. So, we decided to look for other brands. After all, Dutch Lady’s still giving her the usual dhiarrea, while almost other brands we tried during her early months failed miserably, even S26 Gold, the most expensive one.
The search brought us to a branch of Allcare Pharmahealth at Section 9, Bangi. The friendly and helpful woman in tudung-clad pharmacist, I guessed the owner suggested us Similac LF (LF = Lactose-Free). Some babies are not comfortable with lactose, she added. Apart from that, she proposed to give my baby probiotic, good bacteria for there are in sachets or capsules. We later chose the later type to mix with the baby’s concocted milk.

Hope in 2 to 3 days time every thing will be back to normal for our child.

Monday, 19 September 2011

Imitos: Mentol Lampu Kurang Berjenama Tapi Bermutu

Lampu di aras bawah rumah sewa yang dalam proses pembelian ini telah lama rosak mentol-mentolnya. Jadi aku ke kedai untuk membeli bulb-bulb baru. Seratus lebih jugalah kosnya memandangkan lampu jenis hiasan dan bukan kalimantang. Kebanyakan setiap satu lampu hiasan itu memerlukan 4 mentol. Justeru bayangkan berapa biji mentol yang perlu diganti melainkan 2 lampu yang hanya perlu ditukar masing-masing 1 mentolnya.
Seperti juga teknologi maklumat yang bertukar-ganti sepantas kilat setiap hari, teknologi mentol lampu juga mengalami evolusi tersendiri. Rupa-rupanya, bahagian kaki mentol iaitu kawasan pemasangan sudah lama meninggalkan teknologi 2 pin sebaliknya menggunakan teknologi relang yang lebih mudah dipasang. Bagi memudahkan pemahaman, teknologi 2 pin yang aku maksudkan ialah sepertimana yang digunakan pada lampu kalimantang, apabila kita memasangnya kita perlu pastikan pin itu tersangkut kemas pada ruangnya, barulah lampu tidak longgar dan terjatuh.
Sebuah kedai menjual lampu di Seksyen 8 Bangi tidak lagi menjual mentol 2 pin berkenaan. Jadi aku membeli mentol jenis itu jenama Super Top penjimat tenaga (18 watt sebiji mentol didakwa = 90 watt kuasa mentol biasa) sebanyak 3 biji di sebuah kedai lain di seksyen lain. Sebii RM10, 3 biji dah RM30. Kalau isi minyak Kancil dah dekat-dekat penuh.
Yang karutnya, sebiji mentol dapatlah aku pasang dengan cantiknya. Dua biji mentol lagi apabila ku pasang patah satu-satu kedua-dua belah pinnya itu. Apa punya meniaga macam itu. Aku tak salahkan peniaga kedai hardware Bumiputera itu sangat walaupun sepatutnya dia ambil inisiatif dengan menguji terlebih dahulu kualiti mentol sebelum menjualnya. Aku salahkan pengeluar mentol lampu itu. Pin-pin yang mudah sangat tanggal itu seolah-olah digam dengan gam murah yang selalu diguna dalam aktiviti murid sekolah rendah. Tahulah bukan jenama terkenal seperti Phillips, tapi takkan cokia sangat sampai tegha tu.
Sat-sat tadi ku beli pula mentol baru jenis sama sebagai ganti, jenama imitos (20 watt sebiji mentol = 100 watt mentol biasa). Separuh branded, kata taukeh kedai entah bangsa Cina atau Myanmar tetapi mesra pelanggan yang kedai hardwarenya selalu ku kunjungi sama seperti kedai hardware Bumiputera tadi. Ku tanyakan tentang pin mentol yang pernah ku beli tetapi tercabut. Jawapannya menyenangkan hati, boleh tukar di sini sebab dia pun boleh maklumkan kepada pengeluar tentang kualiti. Sebagai peniaga yang professional, dia siap menguji mentol pada papan ujian di dinding berhampiran kaunter bayaran. Kan ka baguih lagu tu.
Ternyata, meski separa branded sekalipun mentol imitos ini, apabila ku pasang sekembalinya di rumah tidaklah pin-pin itu tercabut. Maknanya, walaupun mahal sedikit, RM12 sebiji tetap berkualiti.

Liga Perdana Inggeris 2011/1012 vs Piala Malaysia 2011

AMARAN: Berjudi haram di sisi Islam.
Ada satu teka-teki. Dua ekor ayam jantan bersabung, ayam jantan manakah yang menang? Jawabnya, tengoklah warna ayam jantan itu. Kalau warna merah memang buang karan saja bersabung. Tak padan dengan kos perubatan yang nak ditanggung. Baka ayam jantan terbaik saat ini ialah yang berwarna hitam dan putih.
Tanah Pemutus Hubungan Persaudaraan (mangsa terbaru ialah Mat Gyan) memberi inspirasi kepada skuad bola sepak Olimpik Malaysia, bahawasanya kekemetotan tidak menjadi soal, asalkan kena teknik dan taktik permainan. Atas sebab itu Bandaraya Marak yang rakyat jelatanya renjong belaka macam galah pun boleh kalah. Tapi kalau dok main bola tinggi lagi alamat memang menempa masalah.
Teori perancangan bandar ada menyebut, sekaya mana pun sesebuah Bandaraya, tak akan mampu mengalahkan bandaraya yang tak berapa nak kaya tapi Bersatu. Itulah yang berlaku. Walaupun tetap tak kalah, tetaplah kurang berSERI.

Setan Merah juga bergelak ketawa hahahaha! (Nama pun syaitan, kerjanya tentulah ketawa). Walaupun singa jantan seberat 50 juta pound akhirnya mengeluarkan kuku, tapi cedera parah dibuatnya dek Setan Merah, maka menangislah haiwan Boas itu sambil mengalunkan lagu-lagu Blues.

Kedah? Huh, Kedah dalam saingan Piala Malaysia pun menunggu masa untuk terima nasib seumpama Selangor; juara yang tersungkur.

Buat Safee Sali, perjuangan berterusan walau sebahagian telah dimenangi, terima kasih kepada pemegang saham tertinggi.

Sunday, 18 September 2011

The Shameful Highways of The East Coast

Just arrived home after almost 10 hours journey from the Land of Faith. Rain cats and dogs along the east coast high ways. Musim tengkujuh is coming, proved by a snippet from local radio station featured an officer from Welfare Department who said they are on stand-by mode (freezing annual leaves, setting-up relocation centres, stocking-up foods and clothes for potential victims etc.).

 
 
A long stretch of highway definitely no match to PLUS highways. Bumpy roads every where, flooded with water at certain points, jeorpadising lives of drivers and bikers. Living proof of substandard works though handsomely paid. Lack of enforcement at early stages, irresposible and negligence of whomsoever parties involved, which only bring whatever corruption look-alike connotation we the public can ever think of.

What a waste of rakyat's money!