Bagi orang yang sentiasa berusaha mematuhi peraturan jalan raya, aku selalu terganggu angkara durjana pengguna jalan raya lain yang memandu atau menunggang sesuka hati depa. Apatah lagi mereka merupakan pemandu kenderaan awam.
Tadi pun sama. Di suatu seksyen di Bangi, kawasan deretan rumah kedai merangkumi hospital swasta, ada sekoq teksi yang pemandunya ketegaq ya amat. Kot ya pun undur la bagi laluan, dah la hang tu menyongsang arus one way. Ada kot dekat seminit buleh buat bodo tak bergerak, dah aku suruh berundur pun tak mau. Kereta-kereta kat belakang pun dah bersusun. Kenderaan yang diletak di kiri-kanan jalan sehala itu juga memustahilkan lebih dari satu kenderaan lalu pada satu masa. Bila turun bagitau buleh buat tak faham, disuruhnya aku masuk ketepi. Apaketooootnya, dah la tadi masa belok naik bukit tu tayar terlanggar curb, menjelaskan betapa sempitnya ruang yang ada. Last2 pandai pulak dia yang masuk ke parking lot tepi curb tu menunggu giliran untuk turun bukit ke jalan besar.
Tu satu kajian kes perangai pemandu teksi dalam topik jalan sehala. Entah macam mana buleh dapat lesen pun tak tau. Ada lagi kes yang sama mengarut dan mencekik darahnya iaitu kenakan tambang tak pakai meter. Antaranya di Stesen Komuter UKM dan Hentian Kajang. Seorang anak penakan ni sanggup tunggu mak penakan dia sebab drebar teksi di Hentian Kajang kenakan tambang RM25 ke kawasan perumahan sebelum UKM, padahal jarak dalam 5-6 kilometer saja pun. Kes satu lagi pula, tambang biasa standard tanpa meter dari Stesen Komuter UKM ke UKM dibantainya dekat RM10, padahal perjalanan dalam 5 minit lebih saja.
Kalau pihak penguatkuasan di kejiranan Bangi / Kajang ini hendak menyanggah persepsi umum bahawa mereka dilihat tidak berfungsi, kes-kes dan lokasi-lokasi yang dikemukakan ini sudah lebih daripada tip-off. Malah kalau tak sebut pun depa sudah sedia tahu. Tapi kalau tak kisah, terpulanglah. Gaji jalan jugak. Dok gitu? Hanyasanya doa orang yang teraniaya ni kita sukar tentukan radius kawasan liputannya.