Dalam hidup ini, ada orang yang selesa dengan keadaan sedia ada. Ada orang yang cuba mengubah nasib diri ke arah yang lebih baik. Bagi aku, secara zahir dan reputasinya kehidupan aku nampak dan dianggap orang lain sebagai selesa. Tapi pada hakikatnya aku mengushar-ngushar juga peluang untuk beroleh kehidupan yang lebih baik dari keadaan sedia ada.
Aku tak boleh bayangkan, sekiranya panjang umur dan berusia 50-an, aku masih terpaksa bergelut pagi-pagi buta, memakai long sleeves, seluar slack, bertali leher, berstokin dan berkasut kulit, kemudian start kereta dan berjejal-jejal di jalan raya dengan orang lain yang nak masuk ofis pukul 8.30 pagi. Bayangkan pada usia itu, masuk ofis yang silap-silap rakan sepangkat atau silap-silap bos merupakan pegawai junior dari segi umur dan usia perkhidmatannya. Itu belum dikira lagi maki-hamun bos dan orang-orang atasan baik di luar mahupun semasa mesyuarat. Meeting yang kadang-kadang berjam-jam, sampai waktu sembahyang pun tak tentu hala, waktu makan dan pulang kerja apatah lagi terbabas dibuatnya. Ada masa waktu malam pun dibuat meeting juga, walhal minda dah letih seharian menangani kerenah yang bermacam-macam. Tak cukup dengan itu, silap-silap kena stay back sebab ada urusan perlu dibereskan segera dan dikemukakan awal-awal pagi kepada sesiapa yang berkenaan. Hari cuti pula belum tentu free, retreat dan seumpama dengannya boleh sahaja menanti.
Keadaan diburukkan lagi apabila menyambung pelajaran menggunakan biaya sendiri. Setahun dua semester, bermakna dua kali bayar yuran diri sendiri dan isteri. Hujung tahun pula bayar road-tax untuk dua mobil. Nak harapkan loan rumah, banyak pula masalahnya sampai sekarang tak masuk-masuk lagi. Kalau ada bernafas legalah sedikit. Apakan daya, duit loan rumah yang tak kesampaian merencatkan perancangan untuk melabur misalnya dalam emas Public Gold waktu jauh lebih murah berbanding sekarang. Tuhan punya perancangan tersendiri, time ada peluang cantik punya, kedudukan kewangan pula tak mengizinkan. Bukannya tak ada plan untuk buat pinjaman peribadi Islamik dengan CIMB buat membeli sekilo emas, cuma bila dicongak-congak balik risikonya amat tinggi kalau ada keperluan belanja luar jangka sebab dengan pinjaman tersebut gaji akan semakin susut buat membayar pinjaman setiap bulan.
Lalu bermulalah advencerku melihat peluang-peluang perniagaan yang lain.
1 comment:
Alhamdulillah, kerana tuan bersedia keluar dari comfort zone untuk bina comfort zone yang lebih baru dan lebih besar..
Post a Comment