Kuasa merupakan sihir dalam kelas tersendiri. Datanglah sesiapa pun; sekularis, ilmuan, tokoh korporat, politikus hatta orang alim atau ulama sekalipun, kalau sekali sudah berasa nikmat berkuasa, sangat sukar untuk melepaskannya. Kuasa adalah suatu ketagihan bagi sesiapa yang sudah merasainya; ibarat rokok, candu, minuman keras barangkali. Sebab itu akan sentiasa ada seribu satu alasan dan justifikasi mengapa seseorang yang sedang berkuasa perlu terus mempertahankan kuasanya. Tak percaya, cuba tengok dalam PRU-13 nanti. Kalau dalam PRU sebelumnya alasan yang diguna untuk meraih undi ialah "Cuba try test tengok bagi kami perintah sepenggal, lepas tu kalau tak puas hati ubahlah semula". Apabila rakyat beri peluang memerintah dan dirasakan mereka tidak perform, mereka akan kona kepada alasan lain pula. "Berilah kami peluang sekali saja lagi, banyak lagi perancangan jangka panjang yang belum sempat kami laksanakan." Lupa pula mereka bahawa dulu mereka pernah berjanji bahawa rakyat boleh sepak mereka keluar bila-bila masa kalau tak suka. Dah sampai masa lain pula cerita.
Memetik kata-kata Joceline Tan dalam kolum
Analysis The Star semalam,
"Power is such a seductive thing and those who have tasted it cling to it like they would to a lover."
No comments:
Post a Comment