Baru sebentar tadi baru balik dari berjumpa KawanKu dan CikBi, tapi aku yang terpaksa membelanjai dia. Yuran semester baru untuk dua orang dekat-dekat RM3 ribu, ansuran kereta dekat RM1 ribu, sewa rumah pun hampir-hampir RM1 ribu (nanti kalau aku jadi beli tiap-tiap bulan kena bayar sipi-sipi RM2 ribu pula). Hujung tahun insurans + road tax dua kereta mahu 3-4 ribu juga. Best giler kan hidup macam ni (baca nada synical)?
Sebab itu aku bercita-cita untuk menjadi jutawan. Bukan untuk bermegah-megah dengan memandu kereta besar yang akan ku buang apabila bercalar. Bukan untuk beli penthouse di Mont Kiara. Kalau aku jadi jutawan aku tetap hidup sederhana dengan apa yang ada sekarang seadanya. Menjadi jutawan bagiku untuk benda-benda macam di atas itulah. Jadi jutawan memampukan aku melangsaikan sekaligus zasss semua hutang-piutang. Kemudian hidup secara lebih berkualiti tanpa perlu ke ofis lagi setiap pagi.
Walau bagaimanapun, bagi membolehkan perancangan aku berjalan lancar sebagaimana dikehendaki, RM1 juta tidak mencukupi. Aku perlukan at least RM3 juta. Aku tunjukkan bagaimana perancangan aku.
Perancangan aku senang sahaja. Dengan duit RM3 juta itu, aku akan bayar tunai segala hutang-piutang yang ada, sama ada hutang aku, orang serumah, kaum keluarga, adik-beradik. Jumlahnya aku anggarkan mahu mencecah RM1 juta. Sebab itu aku perlukan at least RM3 juta, kalau setakat RM1 juta hutang memang langsai tapi aku still kena masuk ofis hari-hari macam aku dok buat hampir sedekad sekarang, nampak tak? Oleh sebab amaun asal RM3 juta, apabila ditolak RM1 juta masih tinggal RM2 juta untuk langkah seterusnya. RM2 juta itu akan ku simpan dalam Tabung Haji. Sampai masa dapat dividen, puratanya 5 peratus setahun. Kalau RM2 juta kali 5 peratus, ertinya untung RM100 ribu. RM100 ribu itulah aku gunakan untuk setiap bulan bagi tahun akan datang. RM100 ribu bahagi 12 bulan dapat juga sebulan RM8 ribu lebih. Barang harus diingat, RM8 ribu lebih itu bersih tanpa komitmen pembayaran hutang (zakat & income tax tetaplah kena bayar, itu lain kira). Bukankah bahagia namanya tu? Kalau bandingkan dengan gaji aku sekarang pun makan berapa tahun pun tak tau kalau nak cecah RM8 ribu, itu pun setengah habis buat bayar hutang, kerenah di ofis belum ambil kira lagi tu. Mengambil kira kadar inflasi setiap tahun, RM8 ribu lebih memang tak banyak menjelang Wawasan 2020. Namun demikian, dengan keuntungan dividen Tabung Haji sudah tentu aku pelbagaikan pelaburan untuk menambahkan pendapatan bersih bulanan.
Cuma seperti usahawan berjaya yang lain, di mana dan bagaimanakah akan ku temui RM3 juta nan itu?
No comments:
Post a Comment