Pages

Friday, 21 October 2011

Scam: Cintai Holidays (Malaysia) Sdn Bhd

Aku bukan salah seorang mangsa scam ini, tapi aku terpanggil untuk bersuara.
Situasinya begini. Ada seorang mangsa yang ditipu menggunakan modus operandi yang sama; terima panggilan dan dimaklumkan bahawa kad sedia ada telah dinaik taraf kepada Platinum tanpa diminta pun olehnya. Mangsa dikehendaki membayar kepada syarikat berkenaan, kalau tak bayar tetap akan dicaj tahunan RM500 yang perlu dibayar kepada syarikat lain yang entah mana entah. Mangsa kununnya tak boleh keluar dari status keahlian seumur hidup. Nasib baik mangsa tidak lagi menggunakan kad kredit yang sama. Apabila diugut untuk membuat laporan polis, si wakil syarikat tu siap perli suruh buat report kat balai polis depan ofis depa. Apa mesej yang dia cuba sampaikan tu? Mesejnya seolah-olah polis ni corrupt.

Inilah masalah dengan sistem dan jabatan / agensi penguatkuasaan di Malaysia, hingga scammers yang menyusahkan hidup orang ramai ini bermaharajalela. Siap tanpa segan silu petik ayat yang ramai di kalangan polis sendiri menjadi pelanggan depa. Tu apa niat dia tu? Niat dia nak haba’ bagi ialah depa seduit pun tak takut sebab polis pun geng depa. Betapa cokianya imej polis di mata depa. Gerun pun tidak, hormat apatah lagi. Kalau sampai tegha tu pun Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM dan lain-lain yang berkaitan buleh  buat derk juga lagi memang nampak sangat tak ada perasaan. Tak tau la orang ramai nak harapkan siapa lagi. Kalau semua nak tunggu tuntut di akhirat apa guna ada undang-undang di dunia.

Kepada jabatan / agensi berkenaan, takkan semuanya nak tunggu orang buat laporan baru nak bertindak. Cubalah luangkan masa teliti keluh-kesah dan rungutan orang ramai di forum-forum Internet, tu kira maklumat dah la tu. Lepas tu ambil la tindakan, under cover ke hapa. Kalau masalahnya dari segi bidang kuasa, pakat-pakat la duduk berbincang, selaraskan bidang kuasa masing-masing supaya gerak kerja jadi bersepadu. Tau apa persepsi orang ramai dengan kerenah birokrasi yang keterlaluan dalam kes-kes macam ni? Orang ramai frust la nak haba’ mai. Pasai seolah-olah buat kerja sekerat-sekerat, walhal perkara sebenarnya ialah banyak jabatan / agensi yang terlibat dan masing-masing ada batasan kuasa tertentu. Aku faham, tapi orang ramai yang tertipu dah cukup keletihan dari segi emosi dan mental. Depa akan jadi bertambah letih apabila setiap kali dirujuk setiap kali itulah jabatan / agensi berkenaan bagi maklum balas stereotype, oh ini bukan bidang kuasa kami, oh kuasa kami setakat ini sahaja. Kalau semua pakat tolak pi tolak mai, habis yang mangsa ni macam mana? Apa yang depa nak tengok ialah keadilan ditegakkan, dan penyamun tarbus semua ni dikenakan hukuman yang paling maksimum.

PDRM antara polis paling cekap di dunia dalam menyelesaikan sesuatu kes. Atas semangat tidak ingin PDRM terus-terusan dihina sehingga ke tahap dipandang lekeh oleh penjenayah durjana, tolong bertindak segera. Mangsa-mangsa ni semua bukan high-profilers, tapi depa juga rakyat Malaysia. Tolong.

9 comments:

Anonymous said...

hi everyone…
i'm facing a same problem...
recently (i think last week) i have made a report to tribunal pengguna malaysia through online…
and suddenly today morning one staff from cintai holiday claimed that it is scam which done by their own people…...weird huh???
so, i said to her that they should give me an official letter so that i can withhdraw my report to tribunal…
she promised by today her manager will issue out an official letter to state that any payment of upgrading member card not required since I’ve already paid once I registered (which is 5 years ago)….
so guys…you have to act same thing or else they will charge your credit card without your permission…

Adam Ghedodin said...

I wonder if the management ever lodged a police report regarding this scam, if it is actually involves their own staff. Or published any media statement to state that they have nothing to do with this scam. If only they are really serious.

Anonymous said...

saya menggunakan kad cintai holidays 5 tahun dulu, saya difahamkan perbualan dirakamkan.. tahun pertama dia cakap bayar sekali saja seumur hidup, tahun kedua naik taraf gold.. seumur hidup juga, tahun ketiga nak naik taraf platinum nak kena bayar rm 599.. saya tutup kad kredit saya. sejak itu saya selalu mendapat panggilan telefon dari cintai holidays kononnya nak saman dan ambil tidakan sebab mereka tak dapat potong dari kad kredit saya. dalam seminggu 2-3 kalimereka call. rasanya no telefon pun nak kena tukar...

Anonymous said...

Saya juga ada masalah sedemikian, sampai di pejabat saya dicari diugut utk membuat pembayaran. Katanya saya boleh disaman krn mengikut perjanjian yg telah dipersetujui entah berapa tahun yg lalu, saya kena bayar rm 599 utk menghentikan keahlian. Saya bingung dan menjadi takut utk menyambut telefon, di manakah saya boleh membuat aduan?

Anonymous said...

ramai yang terkena.. boleh baca panjang cerita cerita dari mangsa sendiri kat sini:

http://www.lawyerment.com.my/boards/article-Malaysia_Business_Law-378.htm

https://forum.lowyat.net/topic/1971987/all

deal said...

Memang kurang ajar punyer syarikat cintai holiday b*b*
Memang asyik menipu orang je. Harap2 korang akan dapat pembalasan yg setimpal...Amin

deal said...

Memang kurang ajar punyer syarikat cintai holiday b*b*
Memang asyik menipu orang je. Harap2 korang akan dapat pembalasan yg setimpal...Amin

deal said...

Cintai Holiday Penipu!!!
Jangan Terpedaya

Anonymous said...

saya pun baru saja ditelefon kononnya dari lawyer kamarul yg mewakili syarikat cintai travel. ada saman rm32000, kalau taknak, kena buat pembatalan member bayar rm 1000 lebih. saya minta fax surat dan notis arahan bayaran mereka cakap kena bayar dulu baru proceed surat. no a/c pun mereka nak bg pakai sms saja. sy bgtau sy takde duit banyak tu nak bayar, jadi dia cakap dia akan hantar saman. sy dah tak ingat pasal kad ni sebab dah terlalu lama dari 2004 kalau tak silap, sy ingat sy pernah mintak meereka cancel member sbb sy tak mampu nak travelling sbb sakit tp takde respond.