Jelas Dr. L, ramai sarjana berpendapat bahawa buku Huntington itu merupakan buku teori. Manakala terdapat juga sarjana yang kritis, antaranya Pierre Bourdue dari Perancis (ejaan berdasar pendengaran) dan Hassan Hanafi (ejaan berdasar pendengaran), seorang pemikir Islam kiri mengatakan bahawa buku berkenaan bersifat propaganda terhadap negara yang taksub kepada ilmu Barat.
Sebuah lagi buku, “The Israel Lobby and U.S. Foreign Policy” oleh John J. Mearsheimer dan Stephen M. Walt disorot kulit depannya di skrin. Buku yang penting dalam subjek ini, kata Dr. L. Di samping itu, dipaparkan juga “Orientalism” oleh Edward Said.
Beberapa soalan dikemukakan oleh si dosen.
- Mengapakah negara pasca kolonial majoritinya bersifat autokratik?
- Sejauh manakah peranan IDoL mempengaruhi ketempangan pembangunan?
- Faktor apakah yang paling berperanan dalam menentukan kemajuan suatu negara?
- Mengapakah agama kerap menjadi bahan pertembungan politik yang tidak pernah ada akhirnya?
- Seberapa besarkah peranan perempuan dalam politik negara?
IDoL menurut Dr. L adalah apabila negara-negara 2 musim boleh melaksanakan aktiviti pertanian selama 12 bulan penuh manakala negara-negara 4 musim tidak dapat menjalankan aktiviti pertanian selama 4 bulan dalam setahun. Ertinya, negara-negara 4 musim tidak dapat berbuat apa-apa selama 4 bulan dan aktiviti pertanian mereka terjejas. Kata Ricardo, harus dibuat division supaya tak berlaku ketempangan. Makanya, industri pertanian dikembangkan. Akibatnya, negara-negara jauh dari Khatulistiwa di Utara dan Selatan menjalankan industri berat.
No comments:
Post a Comment