Pages

Showing posts with label Huntington. Show all posts
Showing posts with label Huntington. Show all posts

Wednesday, 16 November 2011

The Clash of Civilizations and the Remaking of World Order: Nasib China Baik Walaupun Berlaku Tragedi Tiananmen

Seusai rakan-rakan sekuliah membentangkan ulasan bab yang terkandung di dalam buku "The Clash of Civilizations and the Remaking of World Order" oleh Samuel P. Huntington, sebelum kelas ditamatkan, Dr. L membuka kesempatan untuk pertanyaan. Aku mengambil peluang itu untuk mengemukakan satu persoalan.
"Dr., saya ada satu kemusykilan. Menerusi pembentangan oleh rakan-rakan pembentang tadi, dinyatakan bahawa China merupakan salah satu pesaing utama Amerika Syarikat. Mengapa Amerika Syarikat tidak mengambil kesempatan daripada peristiwa Medan Tiananmen untuk membenam tentangan China sedari awal sebaliknya membiarkan China berkembang pesat sehingga hari ini? Kalaupun tidak mengambil tindakan ketenteraan, sekurang-kurangya sekatan ekonomi seperti dikenakan ke atas Korea Utara dan Iran.".

Pertanyaanku mulai dijawab oleh Dr. L dalam nada bertanya, "Bilakah peristiwa di Medan Tiananmen?"

Dijawab oleh sebahagian ahli kuliah, "1989".

Sambil mengingatkan semula tentang imej anak muda yang berhadapan dengan kereta kebal sambil meregang lastik, Dr. L menyatakan bahawa Perang Dingin hanya berakhir pada 1991. Sehubungan itu, Amerika Syarikat keberatan untuk mengambil tindakan sama ada berbentuk ketenteraan atau sekatan ekonomi. Sebab pada ketika itu, sekiranya tindakan tersebut diteruskan, Amerika Syarikat perlu berhadapan bukan sahaja China bahkan negara-negara Blok Timur lain yang turut mengandungi, selain Soviet Union, negara-negara sekutu seperti Poland dan sebagainya.

Pada hematku, ada lagi penjelasan (atau perkiraan) yang lain, seperti mana mungkin tindakan diambil ke atas salah sebuah negara yang memegang kuasa veto di Majlis Keselamatan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Tapi pepatah ada menyebut, "dengan bertanya orang belajar". Mendengar versi jawapan daripada mulut mahaguru sendiri juga satu kepuasan peribadi, supaya tidak lagi berteka-teki tentang sesuatu yang tak pasti.

Wednesday, 14 September 2011

Kuliah Teori Sains Politik: Minggu 1, Episod 2


Jelas Dr. L, ramai sarjana berpendapat bahawa buku Huntington itu merupakan buku teori. Manakala terdapat juga sarjana yang kritis, antaranya Pierre Bourdue dari Perancis (ejaan berdasar pendengaran) dan Hassan Hanafi (ejaan berdasar pendengaran), seorang pemikir Islam kiri mengatakan bahawa buku berkenaan bersifat propaganda terhadap negara yang taksub kepada ilmu Barat.
Hegel and the Infinite: Religion, Politics, and Dialectic (Insurrections: Critical Studies in Religion, Politics, and Culture)Dr. L seterusnya memperincikan latar belakang penulis buku tersebut. Diterbitkan pertengahan 1990-an ketika Perang Dingin telah berakhir. Pemikir Barat taksub kepada pendekatan Hegel iaitu sintesis akan muncul apabila ada tesis dan antitesis. “Balance of Power”; negara akan maju apabila mempunyai pesaing. Misalnya, persaingan ke angkasa lepas dan bulan hasil persaingan di antara Amerika Syarikat dengan Soviet Union. Huntington, ujar Dr. L lagi mengidentifikasikan 7 tamadun yang menjadi antitesis kepada Amerika Syarikat, antaranya China, Islam, Afrika dan sebagainya. Keupayaan ketenteraan China jauh lebih tinggi, selain kekuatan lain seperti ekonomi dan sebaganya. Rekomendasi Huntington oleh Amerika Syarikat dan diagihkan kepada jabatan-jabatan berkaitan hubungan antarabangsa seperti CIA yang mengapi-apikan China sebagai pesaing.
OrientalismThe Israel Lobby and U.S. Foreign PolicySambil mempromosi kulit depan buku “Islam, Secularism & Liberal Democracy” oleh Nader Hashem di slaid, Dr. L menambah bahawa selepas peristiwa 9/11, Amerika Syarikat mengubah paradigma bukan kepada melawan China tetapi terrorisme. Tamadun lain yang perlu diawasi ialah Islam sebab bilangan penduduk Islam semakin bertambah dan menjadi ancaman.
Sebuah lagi buku, “The Israel Lobby and U.S. Foreign Policy” oleh John J. Mearsheimer dan Stephen M. Walt disorot kulit depannya di skrin. Buku yang penting dalam subjek ini, kata Dr. L. Di samping itu, dipaparkan juga “Orientalism” oleh Edward Said.
Beberapa soalan dikemukakan oleh si dosen.
  1. Mengapakah negara pasca kolonial majoritinya bersifat autokratik?
  2. Sejauh manakah peranan IDoL mempengaruhi ketempangan pembangunan?
  3. Faktor apakah yang paling berperanan dalam menentukan kemajuan suatu negara?
  4. Mengapakah agama kerap menjadi bahan pertembungan politik yang tidak pernah ada akhirnya?
  5. Seberapa besarkah peranan perempuan dalam politik negara?
Principles of Political Economy and TaxationDua lagi judul buku dipaparkan juga disebut; “Occidentalism” karya Hassan Hanafi (ejaan berdasar pendengaran) dan “Competitive Advantage” oleh David  Ricardo.
IDoL menurut Dr. L adalah apabila negara-negara 2 musim boleh melaksanakan aktiviti pertanian selama 12 bulan penuh manakala negara-negara 4 musim tidak dapat menjalankan aktiviti pertanian selama 4 bulan dalam setahun. Ertinya, negara-negara 4 musim tidak dapat berbuat apa-apa selama 4 bulan dan aktiviti pertanian mereka terjejas. Kata Ricardo, harus dibuat division supaya tak berlaku ketempangan. Makanya, industri pertanian dikembangkan. Akibatnya, negara-negara jauh dari Khatulistiwa di Utara dan Selatan menjalankan industri berat.

Tuesday, 13 September 2011

Kuliah Teori Sains Politik: Minggu 1, Episod 1

Permulaan kuliah pukul 4 petang. Si pensyarah, yang telah ku kenali sedari semester lalu masuk ketika sudah ada hampir 10 orang pelajar di dalam kelas. Seorang pelajar duduk di lokasi berbeza dengan orang lain. Di kala orang lain duduk sejajar di kiri kanan meja panjang yang dicantum-cantum menjadi bujur, ada seorang mamat duduk di bucu kiri meja di bahagian belakang. Siapa lagi kalau bukan aku. Dah senior2 ni malas aku nak duduk depan, sesuatu yang memang aku tak biasakan sejak semester pertama lagi. Tambahan, member2 kamceng dah tiada (ada yang benar-benar dijemput menghadap Ilahi), duduk depan dekat-dekat lecturer kalu memang mati kutu.
The Cold War: A New History
Cukup sikit-sikit tentang perkara-perkara bukan ilmiah. Ni kita masuk kepada bab yang membicarakan intipati kuliah.

The Clash of Civilizations and the Remaking of World OrderMenurut Dr. L, si pensyarah, garis panduan kursus merangkumi teori-teori sains politik yang muncul pasca-Perang Dingin. Ada kontradiksi katanya, di antara teori sains politik pasca-Perang Dingin dengan teori yang muncul lebih awal sekitar 1940-an dan1950-an. Memohon untuk mundur dari berkuliah, hasil perbincangan dengan Ketua Program, kata sepakat dicapai untuk membincangkan teori yang muncul lebih awal sejak Perang Dunia Kedua.

Untuk memahami teori pasca-Perang Dingin, Dr. L mencadangkan supaya dirujuk buku The Clash of Civilisations and the Remaking of World Order karya Samuel P. Huntington.