Ironinya, negara-negara berdekatan Khatulistiwa hancur ekonominya berbanding negara yang sebaliknya. Persoalannya, adakah situasi ini dipengaruhi oleh “division of labour” dan bagaimana? Dalam “Competitive Advantage”, Ricardo berhujah bahawa:
(i) Negara-negara Khatulistiwa mengambil manfaat dari keluaran negara-negara bukan Khatulistiwa.
(ii) Negara-negara berdekatan Khatulistiwa menubuhkan pertubuhan-pertubuhan yang berfungsi untuk berhutang dengan negara-negara bukan Khatulistiwa.
Berkenaan persoalan utama yang ke-3, iaitu faktor yang paling berperanan dalam menentukan kemajuan suatu negara, terdapat dua faktor iaitu Internal dan External. Faktor Internal menurut McLachlan (ejaan berdasar pendengaran) menerusi Teori yang aku tak sempat tangkap, orang Timur tiada kehendak untuk maju. Dengan peringatan Dr. L bahawa kebanyakan buku teori berbentuk propaganda, kata beliau Robert Gerorbe (ejaan berdasar pendengaran) menghujahkan ilmu pengetahuan tumbuh di Timur tetapi perang media Barat mempengaruhi Timur sehingga mereka hanyut. Faktor External pula disandarkan kepada Teori Dorongan Besar (Push Factor Theory) iaitu dorongan luar dalam bentuk hutang. Malangnya, wang hutang tidak diguna untuk kepentingan rakyat tetapi kroni.
Sepintas lalu kisah Adolf Hitler semasa kecil, asalnya dari Austria dan mahu memasuki sekolah seni, ingin melukis tetapi diseksa oleh bapanya. Pernah membakar kandang ayam bapanya dan diseksa juga sebagai hukuman oleh bapanya. Kemudian memasuki tentera dan menjadi penghantar surat, menyeksa anjingnya sebagai melepas geram. Ringkasnya, Adolf kecil memahami komunikasi secara kekerasan supaya orang tunduk kepadanya.
Persoalan-persoalan lain:
(i) Sampai tahap manakah ‘negara’ boleh ikut campur dalam ruang awam?
(ii) Mungkinkah ideologi demokrasi digantikan dengan ideologi lainnya?
(iii) Adakah pertautan antara demokrasi dengan ajaran Islam?
No comments:
Post a Comment