Pages

Monday, 19 September 2011

Imitos: Mentol Lampu Kurang Berjenama Tapi Bermutu

Lampu di aras bawah rumah sewa yang dalam proses pembelian ini telah lama rosak mentol-mentolnya. Jadi aku ke kedai untuk membeli bulb-bulb baru. Seratus lebih jugalah kosnya memandangkan lampu jenis hiasan dan bukan kalimantang. Kebanyakan setiap satu lampu hiasan itu memerlukan 4 mentol. Justeru bayangkan berapa biji mentol yang perlu diganti melainkan 2 lampu yang hanya perlu ditukar masing-masing 1 mentolnya.
Seperti juga teknologi maklumat yang bertukar-ganti sepantas kilat setiap hari, teknologi mentol lampu juga mengalami evolusi tersendiri. Rupa-rupanya, bahagian kaki mentol iaitu kawasan pemasangan sudah lama meninggalkan teknologi 2 pin sebaliknya menggunakan teknologi relang yang lebih mudah dipasang. Bagi memudahkan pemahaman, teknologi 2 pin yang aku maksudkan ialah sepertimana yang digunakan pada lampu kalimantang, apabila kita memasangnya kita perlu pastikan pin itu tersangkut kemas pada ruangnya, barulah lampu tidak longgar dan terjatuh.
Sebuah kedai menjual lampu di Seksyen 8 Bangi tidak lagi menjual mentol 2 pin berkenaan. Jadi aku membeli mentol jenis itu jenama Super Top penjimat tenaga (18 watt sebiji mentol didakwa = 90 watt kuasa mentol biasa) sebanyak 3 biji di sebuah kedai lain di seksyen lain. Sebii RM10, 3 biji dah RM30. Kalau isi minyak Kancil dah dekat-dekat penuh.
Yang karutnya, sebiji mentol dapatlah aku pasang dengan cantiknya. Dua biji mentol lagi apabila ku pasang patah satu-satu kedua-dua belah pinnya itu. Apa punya meniaga macam itu. Aku tak salahkan peniaga kedai hardware Bumiputera itu sangat walaupun sepatutnya dia ambil inisiatif dengan menguji terlebih dahulu kualiti mentol sebelum menjualnya. Aku salahkan pengeluar mentol lampu itu. Pin-pin yang mudah sangat tanggal itu seolah-olah digam dengan gam murah yang selalu diguna dalam aktiviti murid sekolah rendah. Tahulah bukan jenama terkenal seperti Phillips, tapi takkan cokia sangat sampai tegha tu.
Sat-sat tadi ku beli pula mentol baru jenis sama sebagai ganti, jenama imitos (20 watt sebiji mentol = 100 watt mentol biasa). Separuh branded, kata taukeh kedai entah bangsa Cina atau Myanmar tetapi mesra pelanggan yang kedai hardwarenya selalu ku kunjungi sama seperti kedai hardware Bumiputera tadi. Ku tanyakan tentang pin mentol yang pernah ku beli tetapi tercabut. Jawapannya menyenangkan hati, boleh tukar di sini sebab dia pun boleh maklumkan kepada pengeluar tentang kualiti. Sebagai peniaga yang professional, dia siap menguji mentol pada papan ujian di dinding berhampiran kaunter bayaran. Kan ka baguih lagu tu.
Ternyata, meski separa branded sekalipun mentol imitos ini, apabila ku pasang sekembalinya di rumah tidaklah pin-pin itu tercabut. Maknanya, walaupun mahal sedikit, RM12 sebiji tetap berkualiti.

No comments: