Have A Try. Have A Clik!

Pages

Monday, 19 September 2011

Liga Perdana Inggeris 2011/1012 vs Piala Malaysia 2011

AMARAN: Berjudi haram di sisi Islam.
Ada satu teka-teki. Dua ekor ayam jantan bersabung, ayam jantan manakah yang menang? Jawabnya, tengoklah warna ayam jantan itu. Kalau warna merah memang buang karan saja bersabung. Tak padan dengan kos perubatan yang nak ditanggung. Baka ayam jantan terbaik saat ini ialah yang berwarna hitam dan putih.
Tanah Pemutus Hubungan Persaudaraan (mangsa terbaru ialah Mat Gyan) memberi inspirasi kepada skuad bola sepak Olimpik Malaysia, bahawasanya kekemetotan tidak menjadi soal, asalkan kena teknik dan taktik permainan. Atas sebab itu Bandaraya Marak yang rakyat jelatanya renjong belaka macam galah pun boleh kalah. Tapi kalau dok main bola tinggi lagi alamat memang menempa masalah.
Teori perancangan bandar ada menyebut, sekaya mana pun sesebuah Bandaraya, tak akan mampu mengalahkan bandaraya yang tak berapa nak kaya tapi Bersatu. Itulah yang berlaku. Walaupun tetap tak kalah, tetaplah kurang berSERI.

Setan Merah juga bergelak ketawa hahahaha! (Nama pun syaitan, kerjanya tentulah ketawa). Walaupun singa jantan seberat 50 juta pound akhirnya mengeluarkan kuku, tapi cedera parah dibuatnya dek Setan Merah, maka menangislah haiwan Boas itu sambil mengalunkan lagu-lagu Blues.

Kedah? Huh, Kedah dalam saingan Piala Malaysia pun menunggu masa untuk terima nasib seumpama Selangor; juara yang tersungkur.

Buat Safee Sali, perjuangan berterusan walau sebahagian telah dimenangi, terima kasih kepada pemegang saham tertinggi.

No comments: