Have A Try. Have A Clik!

Pages

Tuesday, 20 September 2011

Mendayai Wanita Dalam Kekangan Budaya

Menurut Dr. L dalam kuliah sore tadi, budaya juga memainkan peranan dalam menentukan maju mundurnya sesebuah masyarakat. Terdapat budaya di sesetengah kelompok masyarakat yang tidak memberi peluang kepada wanita terlibat lebih aktif dalam memajukan diri sendiri. Contohnya, di Swaziland si isteri tidak boleh tidur selagi suami belum tidur. Kalau suami lambat tidur alamat lambatlah si isteri tidur. Sudah si suami tidur, si isteri perlu pula mengipas-ngipas si suami supaya dapat tidur lebih nyaman dan lena. Di kalangan masyarakat Sunda, terdapat istilah 3 UR khas untuk wanita merangkap isteri merangkap suri rumah tangga; SUMUR, DAPUR dan KASUR. Apapun kata-kata dosen tak boleh ditelan bulat-bulat. Semakan dan rujukan silang mustahak. 

No comments: