Bagi penggemar acara sukan yang melibatkan Malaysia, adalah logik jika aku juga menonton perlawanan Malaysia menentang Indonesia sebentar tadi. Seperti biasa juga, adalah normal jika aku mahu Malaysia menang sebab aku rakyat Malaysia. Iya, aku mengkritik Harimau Muda sebelum ini, dan apa yang telah aku katakan masih relevan dalam perlawanan tadi seperti barisan hadapan yang kurang tajam walaupun peluang terbentang luas. Tapi sesungguhnya ada satu lagi motivasi terbesar mengapa aku mahu Harimau Muda membenam Garuda di depan penonton mereka sendiri.
Dalam hidup ini, sekalipun dalam memberi sokongan tidak berbelah-bahagi kepada pasukan kesayangan, perlu ada batasan. Tapi apabila penyokong pasukan Indonesia sudah tidak dapat memastikan diri dalam keadaan bertamadun walaupun ghairah menyokong pasukan kesayangan mereka, sempadan itu sudah dicerobohi. Sorakan, ataupun boo sepanjang perlawanan boleh dikira wajar, perang psikologi kata orang. Namun kalau waktu lagu Negaraku dikumandangkan pun penyokong Merah Putih gagal tunjukkan rasa hormat, malah bising, boo, dan menjerit kata-kata kesat, ternyata mereka golongan biadab.
1-0 tak cukup banyak bagi aku sebagai jawapan kepada golongan penyokong kampret macam tu, tapi memadai menjadikan Jakarta sunyi sedikit malam ini.
Tahniah, Harimau Muda!

No comments:
Post a Comment