Pages

Showing posts with label Sukan SEA 2011. Show all posts
Showing posts with label Sukan SEA 2011. Show all posts

Saturday, 19 November 2011

Salam 1Malaysia, 0Indonesia, Eh, 0Myanmar


O.K., telahan aku terdahulu terbukti silap. Peluang yang kerap terlepas kemudiannya hadir juga dan disudahkan pada waktu yang tepat, lalu Malaysia mara tahap demi tahap sehingga melangkah ke final. Tahniah kali berikutnya. Kejayaan suatu perjalanan, bukan destinasi. Bagus keyakinan barisan penyerang semakin meningkat, walaupun penyudah perlu diasah lagi. Siap sedia untuk menghadapi pembalasan dendam. Dari Vietnam.

Bukan Indonesia ke? Mereka akan berjuang menentang Myanmar, untuk merebut pingat gangsa. Bagaimana jadi begitu? Oh, mereka tertekan dengan sorakan penyokong sendiri, lalu tewas di separuh akhir.

Kemas kini:

Final: Malaysia vs. Indonesia

Sekali lagi pasukan Malaysia akan naik Barracuda. Kalau itu kenderaan rasmi Malaysia dari hotel ke stadium setiap kali ke sana, serius aku tak tau ancaman keselamatan merangkap misconduct bagaimana lagi sebenarnya yang boleh menyebabkan perlawanan dimainkan di stadium tanpa penonton, atau stadium berkecuali, atau dikenakan denda ke atas tuan rumah dalam kurungan PSSI. 'Menariknya', tiada pernyataan kesal atas sikap penonton pun diungkapkan oleh PSSI atau mana-mana pegawai tuan rumah. Bunyinya tak berbaik sangka, tapi aku syak angkara penonton memang disengajakan dan dimotivasikan. God bless Malaysia!  

Thursday, 17 November 2011

1-0: Jakarta Dilanggar Garuda, Ooopsss, Ditokak Harimau


Bagi penggemar acara sukan yang melibatkan Malaysia, adalah logik jika aku juga menonton perlawanan Malaysia menentang Indonesia sebentar tadi. Seperti biasa juga, adalah normal jika aku mahu Malaysia menang sebab aku rakyat Malaysia. Iya, aku mengkritik Harimau Muda sebelum ini, dan apa yang telah aku katakan masih relevan dalam perlawanan tadi seperti barisan hadapan yang kurang tajam walaupun peluang terbentang luas. Tapi sesungguhnya ada satu lagi motivasi terbesar mengapa aku mahu Harimau Muda membenam Garuda di depan penonton mereka sendiri.

Dalam hidup ini, sekalipun dalam memberi sokongan tidak berbelah-bahagi kepada pasukan kesayangan, perlu ada batasan. Tapi apabila penyokong pasukan Indonesia sudah tidak dapat memastikan diri dalam keadaan bertamadun walaupun ghairah menyokong pasukan kesayangan mereka, sempadan itu sudah dicerobohi. Sorakan, ataupun boo sepanjang perlawanan boleh dikira wajar, perang psikologi kata orang. Namun kalau waktu lagu Negaraku dikumandangkan pun penyokong Merah Putih gagal tunjukkan rasa hormat, malah bising, boo, dan menjerit kata-kata kesat, ternyata mereka golongan biadab.

1-0 tak cukup banyak bagi aku sebagai jawapan kepada golongan penyokong kampret macam tu, tapi memadai menjadikan Jakarta sunyi sedikit malam ini.

Tahniah, Harimau Muda! 

Friday, 11 November 2011

Ibu Negara Kita, Ibu Negara Depa


PREMIS 1: Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur.

PREMIS 2: Ibu Negara Indonesia ialah "isteri kepada Bapak Presiden". 

KESIMPULAN: Habis tu, Jakarta? 



Sumber:

Siaran langsung upacara perasmian Sukan SEA ke-26. Di Malaysia, kalau acara bertaraf antarabangsa sebegitu ketara sangat gangguan audio semasa ucapan, memang 'masak' lah jawabnya pegawai yang bertanggungjawab. Tak sound check dulu ke hape.

Monday, 7 November 2011

Harimau Muda Pulang Awal

Hero ni, kalau betul dia hero, mai la sapa pun dia tenyeh semacam jugak. Gentar tiada, bak kata oghang Nogoghi, "Musuh eh habih binaso". Lantak pi la tuan rumah nak manipulasi jadual perlawanan pun. Apa ada hal. Sebab hero awal-awal lagi dah layak. Pasukan lain nak pakat ke hapa, bia' pi la kat depa.

Tapi kalau lawan Young Lions pun nyaris-nyaris kalah waktu masa dah nak tamat, alamatnya siap sedia la nak balik awal. Sebab lepas ni lawan yang menanti memang main agresif tahap maksimum seperti yang telah diketahui umum. Dengan Singa pun tak boleh menang, saja sangat la nak lawan Gajah dengan Garuda pulak.

Meskipun jurulatih berselindung di sebalik helah psikologi bahawa ketiadaan Wan Zack Haikal dan Gary Steven Robbat dapat ditampung dengan pemain lain, hakikatnya dengan keberadaan dua pemain itu sekalipun tak menjamin kemampuan untuk pergi jauh. Sebabnya pada hemat pemerhati dari jauh seumpama aku cukup ringkas; Malaysia seolah-olah ketandusan penyerang tulen yang cukup berbisa. Tengok senarai pemain terutama di barisan hadapan pun dah cukup membuatkan aku gelak, menangis dan hairan pada masa yang sama. Aku gelak sebab tau sangat setakat mana kemampuan depa menjaringkan gol seperti rekod prestasi dalam siri perlawanan antarabangsa sebelum-sebelum ini. Berlegar-legar di atas padang, macamlah sibuk sangat, walhal tak tegha mana pun menyumbang. Kot la nak kata lambat ligan bola, ni sah-sah peluang depan mata pun sia-sia. Aku menangis (dalam hati) sebab kasihan kat jurulatih dan negara yang masih mengharapkan pemain-pemain sama yang terbukti tak boleh diharap. Aku hairan sebab dalam pada takdak pemain import pun masih takdak stok pemain penyerang yang hebat dan boleh harap, bayangkan kalau pemain import mewarnai Liga Malaysia musim, depan, pakai tiarap la jawabnya. 

Apa pun hikmahnya adalah tak perlu lagi nak risau kununnya tempoh rehat sebelum menentang Syria tak mencukupi. Sebabnya, Harimau Muda tak akan layak pun ke perlawanan akhir. Tunggu dan lihat. Melainkan ada keajaiban, yang pada hemat aku tak mungkin berlaku dengan set pemain dan corak permainan sedia ada.