2.3.2 Peranan Presiden Interim
Menurut Pickles (1972), Artikel 7, Perlembagaan Perancis menetapkan Presiden Interim akan menjalankan tugas sebagai seorang Presiden Perancis sebagaimana termaktub dalam perlembagaan, kecuali yang melibatkan perkara-perkara berikut:
(i) Artikel 11:
Mempersetujui atau menolak permohonan untuk mengadakan referendum;
(ii) Artikel 12:
Membubarkan Parlimen;
(iii) Artikel 49 & 50 (dibaca bersama):
Menerima perletakan jawatan Kerajaan (Perdana Menteri dan ahli-ahli Kabinet) apabila National Assembly meluluskan usul tidak percaya, atau tidak menyokong program atau pernyataan dasar umum oleh Kerajaan; dan
(iv) Artikel 89:
Mengusulkan pindaan perlembagaan hasil cadangan Perdana Menteri dan ahli-ahli Parlimen.
Berdasarkan pengalaman Perancis di bawah Republik Kelima, Alain Poher merupakan satu-satunya Presiden Senat yang pernah memegang jawatan Presiden Interim bagi caretaker government sebanyak dua kali. Kali pertama selama 53 hari (29 April 1969 - 20 Jun 1969) iaitu selepas perletakan jawatan Charles de Gaulle sebagai Presiden Perancis pada 29 April 1969. Kali kedua pula selama 56 hari (2 April 1974 - 27 Mei 1974) setelah Presiden Perancis ketika itu, Georges Pompidou meninggal dunia pada 2 April 1974, pukul 9 p.m. akibat waldenström macroglobulinemia, sejenis kanser yang melibatkan sel darah putih.

No comments:
Post a Comment