Hero ni, kalau betul dia hero, mai la sapa pun dia tenyeh semacam jugak. Gentar tiada, bak kata oghang Nogoghi, "Musuh eh habih binaso". Lantak pi la tuan rumah nak manipulasi jadual perlawanan pun. Apa ada hal. Sebab hero awal-awal lagi dah layak. Pasukan lain nak pakat ke hapa, bia' pi la kat depa.
Tapi kalau lawan Young Lions pun nyaris-nyaris kalah waktu masa dah nak tamat, alamatnya siap sedia la nak balik awal. Sebab lepas ni lawan yang menanti memang main agresif tahap maksimum seperti yang telah diketahui umum. Dengan Singa pun tak boleh menang, saja sangat la nak lawan Gajah dengan Garuda pulak.
Meskipun jurulatih berselindung di sebalik helah psikologi bahawa ketiadaan Wan Zack Haikal dan Gary Steven Robbat dapat ditampung dengan pemain lain, hakikatnya dengan keberadaan dua pemain itu sekalipun tak menjamin kemampuan untuk pergi jauh. Sebabnya pada hemat pemerhati dari jauh seumpama aku cukup ringkas; Malaysia seolah-olah ketandusan penyerang tulen yang cukup berbisa. Tengok senarai pemain terutama di barisan hadapan pun dah cukup membuatkan aku gelak, menangis dan hairan pada masa yang sama. Aku gelak sebab tau sangat setakat mana kemampuan depa menjaringkan gol seperti rekod prestasi dalam siri perlawanan antarabangsa sebelum-sebelum ini. Berlegar-legar di atas padang, macamlah sibuk sangat, walhal tak tegha mana pun menyumbang. Kot la nak kata lambat ligan bola, ni sah-sah peluang depan mata pun sia-sia. Aku menangis (dalam hati) sebab kasihan kat jurulatih dan negara yang masih mengharapkan pemain-pemain sama yang terbukti tak boleh diharap. Aku hairan sebab dalam pada takdak pemain import pun masih takdak stok pemain penyerang yang hebat dan boleh harap, bayangkan kalau pemain import mewarnai Liga Malaysia musim, depan, pakai tiarap la jawabnya.
Apa pun hikmahnya adalah tak perlu lagi nak risau kununnya tempoh rehat sebelum menentang Syria tak mencukupi. Sebabnya, Harimau Muda tak akan layak pun ke perlawanan akhir. Tunggu dan lihat. Melainkan ada keajaiban, yang pada hemat aku tak mungkin berlaku dengan set pemain dan corak permainan sedia ada.
No comments:
Post a Comment