
“Sekeping hati dibawa berlari jauh melalui jalanan sepi jalan kebenaran luas terbentang di depan matamu para pejuang tapi jalan kebenaran tidak akan selamanya sunyi ada ujian yang datang melanda ada perangkap menunggu mangsa…” ~ Saujana (lagu asal The Zikr).

Juga lagu-lagu kumpulan Mawaddah yang lebih terus-terang dalam kritikan sosial. Terkadang lucu juga bila dikenang salah satu melodi lagunya mirip lagu filem Hindi, “Chori chori sapno me ata hai koi sari sari ra teja gata hai koi…”. Dulu ada gerai Mawaddah di food court BESTA, Presint D, Putrajaya. Yang berjualan gadis-gadis sunti dengan penampilan muslimah solehah (insya-Allah), sekurang-kurangya berbanding petugas wanita gerai lain. Berjubah seluar warna seragam. Sering terpasang lagu-lagu dari album Mawaddah juga, besar kebarangkalian ahli kumpulannya orang yang berbeza dengan yang menjaga gerai. Ada seorang muka seiras Wani, sewaktu aku membeli makanan seperti balik kampung jumpa adik sendiri. Aku tahu Mawaddah dinaungi Rufaqa’, sekarang Global Ikhwan, penjenamaan semula Al-Arqam, tapi bagi aku depa pun sama-sama Islam juga.
No comments:
Post a Comment