Pages

Tuesday, 4 October 2011

Menu: Makanan Cina Muslim dan Nasi Arab

Di daerah kediaman aku ini, kalau dibuat pemantauan dari segi kedai makan ada 2 trend yang nyata. Satu kedai makanan Cina Muslim, dua kedai Nasi Arab. Bila dah banyak-banyak macam tu, tak dapat  tidak aku kena buat perbandingan hat mana sedap hat mana dak, dan apa kriteria lain yang menarik minat aku untuk terus berkunjung ke sana. Secara terus-terang, dalam banyak-banyak kedai yang menjual dua jenis makanan tersebut, hampir semua sebenarnya, maaf cakap, hampeh.
Kedai makanan Cina Muslim yang rasanya paling o.k. ialah Red Wok. Ada rasa la kata orang. Saiz hidangan dia pun banyak, walaupun kita order saiz hidangan paling kecil. Secara mudahnya satu jenis lauk bersaiz hidangan kecil boleh dimakan oleh dua orang yang yang slim macam aku dan kawan serumah. Harga pun berpatutan dan masih ekonomi berbanding kedai makanan Cina Muslim lain, walaupun kedai makanan Melayu sudah tentu jauh lebih murah. Cuma yang slack, takat semua kedai makanan Cina Muslim yang aku pi pelayan wanita atau tukang masak wanitanya tak tutup aurat dalam erti kata sederhana sekalipun. Satu lagi yang slack, kali ini merujuk kepada Red Wok, ialah sebab pelayan dia suka berlonggok sambil sembang-sembangkat kawasan meja seperti kaunter tu, makanya bila ada pelanggan angkat tangan untuk pesan makanan selalu depa tak pandang pun. Selalu juga aku lambat dapat buat pesanan. Walaupun begitu, ada ketelusan dari segi kiraan harga makanan. Petugas di kaunter akan cetak dulu resit dan minta pelanggan sahkan jenis makanan yang dimakan. Dah puas hati baru bayar.
Ada satu kedai Nasi Arab kat Seksyen 7 ni, baru sat-sat tadi lepas makan. Dah la tak terus-terang kata kalau order Nasi Arab tapi nasi setengah dia kira satu set penuh, terkejut aku dan kawan serumah bila tiba waktu membayar, dah tu suka-suki dia saja letak harga semua sekali RM50. Padahal kalau nak kira juga Nasi Arab yang dimakan oleh kawan serumahku, yang nasinya setengah sebagai satu set, jumlah yang dimakan baru 2 set, dah tu horlick panas 1, the hijau 1. Aku buat-buat tanya Nasi Arab tu 1 set berapa? Cey, selamba dengan tak dak rasa kira tak betul dijawabnya RM14. Dah lama baru dia terasa nak kira balik, pandai pulak harga tu jadi RM35 lebih. Dengan ada semut gatal yang halus tu kat pinggan dan bawah pinggan tadi, walaupun nasi dia sedap, sungguhpun aku rasa macam nasi tomato saja pun, memang sah aku takkan pi makan lagi kat kedai tu, sepertimana kedai-kedai makan lain yang hampeh makanan dan layanannya.
Ada pula satu kedai Nasi Arab ni, satu deret dengan kedai perabot di kawasan taman perumahan sebelah Hentian Kajang. Kalau nak kira aku dan kawan serumah dah memang regular customer dah sebab selalu sangat makan atau suruh bungkus. Tapi setiap kali datang setiap kali itulah dibuatnya macam tu la kali pertama masuk kedai tu. Brader, atau menghampiri usia pakcik, yang sepatutnya menjadi pemudah cara kat kedai yang kebanyakannya orang Arab tu lambat saja mai ambil pesanan. Aku tau la ralit tengok tivi, atau lapar dan baru nak isi perut, tapi prihatin dan waspada la sikit dengan kehadiran pelanggan, terutama pelanggan tetap. Kali terakhir aku pi sana yang boleh harap sikit pun bila ada pelayan-pelayan baru yang lebih rajin sikit. Teh tarik dia memang sedap, lain daripada teh tarik tempat lain hatta kedai mamak, tapi Nasi Arab dia tak tegha mana pun, kalau lauk kambing tu lemak dekat setengah.   
Apa yang aku dapat dari buat review macam ni? Aku tak dapat apa-apa imbuhan materialistik pun hatta makan free macam hos dan tetamu Jalan-Jalan Cari Makan. Aku buat untuk kepuasan diri sendiri. Selera manusia, sayugia diingatkan, berbeza-beza.

3 comments:

Anonymous said...

kena try khabsa and mandy kat restoran nur zataar danau kota.. Terbaik..

Anonymous said...

kena try mee belacan atau laksa sarawak dulu

adamghedodin said...

Insya-Allah akan cuba menu yang dicadangkan oleh Anon 19:07 & Anon 23:07 jika berkesempatan.