Semasa kerajaan negeri Kelantan mula berura-ura untuk melaksanakan hukum hudud pada awal tahun 1990-an, aku yang pada masa itu berada di menengah rendah mempunyai pemikiran yang cukup simplistik. Walau apa pun hu ha hu ha nya, sama ada pihak yang mencadang mahupun yang membangkang, padaku hukum hudud kan hukum Tuhan. Tuhan kan Maha Mengetahui. Sudah tentulah Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Itulah tahap pemikiran budak kanyir macam aku ketika itu.
Masalahnya orang politik, yang kununnya dewasa, jarang berfikir mudah sebegitu. Mereka ada banyak perkiraan untung dan rugi dari sudut sokongan politik. Pada sisi yang lain, pemikiran simplistik aku pula sangat naïf dan idealis sifatnya. Aku tak terterka bahawa sesakral manapun hukum Tuhan, yang melaksanakannya tetap tangan-tangan manusia, yang bukan sahaja banyak kelemahan, bahkan cenderung memanipulasi sewenang-wenangnya untuk kepentingan diri sendiri. Hilanglah matlamat keadilan yang sepatutnya ditegakkan, sepertimana sering berlaku di Pakistan.
Masalahnya orang politik, yang kununnya dewasa, jarang berfikir mudah sebegitu. Mereka ada banyak perkiraan untung dan rugi dari sudut sokongan politik. Pada sisi yang lain, pemikiran simplistik aku pula sangat naïf dan idealis sifatnya. Aku tak terterka bahawa sesakral manapun hukum Tuhan, yang melaksanakannya tetap tangan-tangan manusia, yang bukan sahaja banyak kelemahan, bahkan cenderung memanipulasi sewenang-wenangnya untuk kepentingan diri sendiri. Hilanglah matlamat keadilan yang sepatutnya ditegakkan, sepertimana sering berlaku di Pakistan.
Jungkir ke kira-kira dua dasawarsa ke hadapan, seperti iklan makanan ringan kanak-kanak tahun 90-an, Tora, isu hudud “datang lagi”. Pemasaan cukup cantik, dicetuskan oleh salah seorang strategis politik terkemuka negara ini, Tun Dr. M. Beliau cukup tahu bahawa Pakatan Rakyat ialah pakatan parti-parti pembangkang yang longgar, dan banyak isu yang mereka, walau nama mereka secara zahir seolah-oleh berpakat, namun dalam menangani isu-isu taboo itu mereka jelas tidak sepakat. Hanya perlukan seseorang untuk memetik suis, nescaya ramai yang akan terkena renjatan elektrik. Tun Dr. M cukup tahu itu. Nyata strategi beliau sangat berjaya. Pada sisi yang lain, ini membuktikan bahawa beliau masih pencatur politik utama negara. Walau tidak seperti Lee Kuan Yew yang berperanan dominan dengan cara kekal memegang jawatan rasmi kerajaan, Tun Dr. M memilih pendekatan berbeza. Beliau melepaskan jawatan eksekutif tertinggi negara, tindakan sangat terpuji dan berani bagi seorang negarawan. Tak ramai orang politik di puncak kuasa punya daya untuk berbuat sepertinya. Tapi bukan semudah itu untuk berdiam diri dan melihat sahaja parti pemerintah menuju persimpangan getir menjelang pertempuran besar-besaran yang entah hujung tahun ini atau awal tahun depan. Kegagalan parti yang beliau asaskan sendiri bererti kegagalan beliau. Iyalah, kalau kita pun, anak sendiri dalam kecemasan, takkan kita nak biarkan. Dah fitrah manusia. Isu hudud jadi peluru, ditembakkan dulu. Pakatan Rakyat pun berantakan.
Persoalannya, betulkah hukum hudud hampir mustahil dilaksanakan di Malaysia? Aku malas nak bincangkan dari segi kira-kira politik, sesuai tak sesuai dan sebagainya. Aku lebih suka tengok dari sisi teknikal perundangan. Semalam aku baca akhbar Harian Metro, halaman Setempat, muka surat 15A, ada memuatkan petikan temubual di antara wartawan, Idris Musa dengan Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang. Di bawah tajuk “Isu Hudud Retorik Politik, Perlu lihat konteks semasa, realiti”, Musa Awang berkata mustahil dilaksanakan kecuali Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 dipinda dengan memasukkan peruntukan membenarkan kerajaan negeri melaksanakan undang-undang hudud.
Kata Musa, Akta 355 ialah undang-undang yang diluluskan Parlimen dan berkuat kuasa di seluruh Persekutuan (seluruh negara), termasuk negeri yang membataskan kuasa kerajaan negeri untuk meluluskan undang-undang berkaitan jenayah Syariah. Akta itu memperuntukkan denda tidak lebih RM5,000.00 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau sebatan tidak lebih enam kali sebatan atau mana-mana kombinasi hukuman berkenaan saja. Sebarang pindaan kepada akta itu juga perlu dibuat di Parlimen dan mendapat persetujuan majoriti ahli Parlimen. Malah katanya, undang-undang yang diluluskan kerajaan negeri terbatal jika berlawanan (ultra vires) dengan undang-undang diluluskan Parlimen.
Berdasarkan penjelasan Musa, aku faham 2 perkara. Satu, ertinya undang-undang hudud yang diluluskan DUN Kelantan sebelum ini tak sah la sebab ultra vires dengan undang-undang Persekutuan. Itu jelas, walaupun hakikatnya perit juga sesetengah orang terutama pendokong gerakan Islam nak telan, sebab seolah-olah usaha yang sia-sia dari segi ke-sah-an untuk pelaksanaan (walau dari segi politik PAS score tak ingat).
Dua, tidak mustahil pun nak buat undang-undang hudud ni. Musa Awang pun tak kata majoriti tu kena 2/3, ertinya majoriti mudah seperti selalu diperolehi BN dalam meluluskan undang-undang baru atau meminda undang-undang sedia ada pun dah mencukupi. Cuba tengok komposisi kerusi Parlimen (Dewan Rakyat). Jumlah kerusi ada 222. Majoriti mudah 112. Kita andaikan hanya Ahli Parlimen beragama Islam akan menyokong sekiranya Akta 355 nak dipinda. Daripada sejumlah 222 kerusi, pecahan kerusi yang disandang oleh Ahli Parlimen beragama Islam seperti berikut: UMNO (78), PBB (10), Bebas (4), PAS (22, tak termasuk Titiwangsa), PKR (16). Jumlah mereka 130. Boleh sangat, secara teknikalnya. Nak tak nak saja soalnya. Soalnya, nak ke?
RUJUKAN:
2 comments:
amat tertarik dengan entri ini. dan setuju dgn perenggan akhir entri ini yg mengatakan kita blh laksanakan hukum ini dgn majoriti mudah dgn adanya kesepakatan antara ahli parlimen Islam tanpa mengira ideologi politik.bersatu menyokong perlaksanaan hukum Allah swt ini.
ini saya juga ada mengupas tentang isu sama dalam entri blog saya. :)
ISU : Momokkan Politikus
Ada lagi kupasan tentang majoriti ini, sebab ada juga pandangan bahawa Perlembagaan perlu dipinda, yakni perlu majoriti 2/3. Perlu komen dari yang benar-benar pakar dalam perundangan dan perlembagaan. Wallahua'lam.
Post a Comment