Pernah dengar nama Masaru Emoto? Sebagaimana orang Jepun yang lain, beliau juga salah seorang yang hebat dalam bidangnya. Hasil usahanya dan rakan-rakan semakmal, 3 buah buku bergambar telah diterbitkan; “Messages from Water 1” (1999), “Messages from Water 2” (2002), “Messages from Water 3” (2004) dan “Messages from Water 4” (2008). Sebuah buku lagi, bukan bergambar sebaliknya bersifat penjelasan, November 2001, telah diterbitkan pada November 2001 dengan tajuk “Water Knows the Answer”. Laris serata dunia khabarnya.
Seorang saintis, beliau memulakan usahanya yang begitu terkenal sekarang pada tahun 1994 lagi. Pada masa itu, ideanya adalah membekukan air dan melihatnya menerusi mikroskop. Beliau percaya dapat melihat sesuatu seperti kristal salji.
Pemerhatian terhadap molekul air melibatkan sekurang-kurangnya 4 cara. Pertama, memperlihatkan huruf-huruf. Kedua, memperlihatkan gambar-gambar. Ketiga, memperdengarkan muzik. Keempat, memperdengarkan doa.
Dalam keempat-empat cara itu, berkenaan cara keempatlah yang sering diriuh-rendahkan oleh umat Islam di Internet. Dikisahkan dalam riuh-rendah penyebaran kisah di Internet, Masaru Emoto telah menayangkan dalam satu seminar yang dikendalikannya berkenaan satu molekul air yang paling bersinar dan bercahaya. Dikatakan juga, ada peserta yang hadir meneka dengan tepat bahawa itulah molekul air zam zam.
Peristiwa itu melorongkan aku untuk mengesyorkan pendekatan dakwah yang tidak berbentuk memaksa sebaliknya mendorong manusia berfikir. Pada hemat aku, wajar sekiranya didapatkan sampel air yang paling suci mengikut agama-agama yang ada di dunia ini. Contohnya, Islam dengan air zam zam, Hindu dengan air Sungai Ganges, Kristian dengan Holy Water (barangkali) dan begitulah seterusnya bagi agama-agama yang lain. Kemudian jalankanlah ujikaji mengikut piawaian Masaru Emoto dan bandingkan hasilnya. Sebagai seorang Islam, aku penuh percaya keberkatan yang Allah kurniakan pada air zam-zam akan membolehkan molekul airnya senang-senang saja mengalahkan molekul air paling suci bagi agama lain. Bukankah itu salah satu hujah paling kukuh untuk membuktikan kebenaran dan kesucian agama Islam secara saintifik pada zaman moden ini? Tak payah keluarkan kata-kata kesat dan mencela di antara agama. Buat secara bertamadun. Cuma tunjukkan bukti dan terpulang kepada umat manusia yang ingin berfikir untuk buat rumusan sendiri.
Persoalannya, bagaimana kalau ada molekul air paling suci bagi agama lain yang lebih bersinar dan bercahaya berbanding air zam-zam. Ada kemungkinan benda itu berlaku, dan boleh menjejaskan reputasi Islam. Tetapi kalau kita yakin, sesungguhnya Nabi pernah bersabda, “Aku ini hamba Allah, Dia takkan mengecewakan”. Insya-Allah, kebenaran tetap akan menyerlah.

Bukankah bidalan Melayu juga menyebut, “berani kerana benar”?
RUJUKAN:
No comments:
Post a Comment