Pages

Tuesday, 27 September 2011

Sesuatu Yang Tak Disangka

Dalam buku pepatah Cina yang sama ada mengisahkan seorang penyair zaman silam yang ingin belajar daripada penyair yang lebih ulung. Suatu hari, di sebuah tempat (kedai atau bangunan aku sudah tidak ingat, buku itu ada di kampung), si penyair tinggalkan sebuah syair yang tidak lengkap sebagai umpan. Terlebih dahulu ia sudah mendapat tahu bahawa penyair ulung berkenaan akan singgah di situ. Sepertimana strateginya, penyair ulung menyedari kewujudan syair yang tidak lengkap itu, lalu disudahkannya. Akhirnya tercapailah hasrat si penyair untuk berguru secara tidak langsung dengan penyair ulung, kerana baris-baris syair yang dilengkapkan sangat tinggi mutunya.

Sayugia diingatkan, walaupun aku mempelajari beberapa strategi zaman purba Cina, tapi tidak bermakna aku mempraktikkannya. Demikian, apabila dahulu Fathi Aris Omar ada meninggalkan komennya susulan sebuah entri di blog lama, maka perasaan aku samalah seperti perasaan si penyair dalam pepatah Cina itu. Teruja. Sama seperti apabila remgold berkenan juga menjadi “rakan Google” bagi blog ini, sesudah aku bertanya soalan ulangan (yang aku tak perasan pula pernah diutarakannya, mohon maaf ya). Walhal seperti cerita membabitkan Fathi, entri dan komenku bukanlah umpan sebagaimana hasrat si penyair dalam pepatah tersebut. Aku masukkan cuplikan dalam entri blog mengenai Fathi kerana perlu, aku bertanya remgold serius kerana tak tahu.

Apa pun, meminjam tanda dagangan Hafizal Hamad (Kedah tak masuk suku akhir Piala Malaysia tahun ni), “Terima kasih, terima kasih, terima kasih”.

p/s: The same appreciation goes to Balqis, the 1st rakan Google for this blog.

No comments: