Semasa Peristiwa Natrah di Singapura, ramai orang Melayu terkorban. Padahal boleh sahaja mereka melihat isu Natrah sebagai isu peribadi, juga isu rumah tangga melibatkan sekadar beberapa individu. Tetapi pemikiran dan rasa sayang orang Melayu ketika itu kepada kesucian akidah saudara seagamanya, walaupun ketika itu mereka bukanlah faqih dan komited sangat kepada amalan beragama, walaupun saudara seagamanya itu bukan berbangsa Melayu telah menyemarakkan perasaan mereka untuk bangkit menunjuk perasaan. Mereka tentu sedar apalah daya mereka hendak berlawan dan menang menentang kuasa penjajah Inggeris dan Belanda ketika itu, tetapi mereka tidak peduli kerana yang lebih penting mereka mencuba sedaya upaya. Barangkali mereka disorot dengan kisah seekor burung yang berulang-alik membawa air dengan paruhnya untuk memadam api yang membakar Nabi Ibrahim. Nilaiannya bukan kadar, tetapi perbuatan. Sepatutnya apabila amalan beragama semakin kuat, dan negara tidak lagi terjajah, orang Melayu lebih wajar menunjukkan kesepakatannya dalam hal-hal bersama. Malangnya, seperti zaman UMNO Singapura vs. Liga Muslim dahulu lagi, akan ada sekumpulan orang Melayu yang cenderung bersikap dan berpendirian bertentangan dengan satu pihak lain. Isu 'perebutan' kalimah Allah merupakan contoh yang nyata. Dengan keadaan sekarang, katakanlah Mahkamah Persekutuan nantinya yang mungkin sahaja dihakimi oleh hakim-hakim bukan Islam memutuskan bahawa kalimah Allah boleh digunakan dalam penerbitan Herald, penulis tidak nampak akan berlaku rusuhan sepertimana isu Natrah di Singapura dahulu. Memang bukan rusuhan yang kita mahukan, dan rusuhan juga bukan kayu ukur untuk menunjukkan kekuatan dan ketegasan pendirian, tetapi penulis menjangkakan keputusan sedemikian juga akan menghasilkan sambungan siri sikap acuh tak acuh orang Melayu Islam dalam hal perpaduan. Falasi dalam isu kalimah Allah ini ialah sekiranya orang Melayu Islam berkata bahawa Allah itu bukan Tuhan orang bukan Islam. Isu itu satu penyelewengan fakta. Tok Guru Nik Aziz sendiri dalam ucapan dan misi dakwahnya semasa menjadi Menteri Besar Kelantan selalu menceritakan kepada orang bukan Islam termasuk sami-sami Buddha bahawa Tuhan umat manusia ialah Allah subhanahu wata'ala. Soal orang bukan Islam tidak menjadikan Allah sebagai sembahan mereka merupakan isu lain. Isu kalimah Allah sebetulnya ialah usaha nak menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan Herald. Inilah yang perlu diambil perhatian. Bagaimana mungkin Allah yang tidak dijadikan sembahan mereka tahu-tahu hendak digunakan sebagai gantinama 'God' dalam penerbitan; berbahasa Melayu pula tu. Bagaimana sifat-sifat Allah yang suci daripada "beranak dan diperanakkan" digunakan dalam konteks yang menghina kesucian sifatnya. Sudah tentukah orang Melayu Islam menaruh syak bahawa ini usaha dakyah untuk memurtadkan anak-anak Melayu Islam. Sesungguhnya Allah yang Maha Suci tidak akan terjejas sifatnya sama ada dibela atau tidak. Sebaliknya manusialah terutamanya yang beragama Islam yang memerlukan Dia. Dalam usaha menunjukkan bahawa sesungguhnya kita benar-benar perlukan Dia, selain mensucikan sifatnya dari tafsiran songsang, ialah berusaha sedaya upaya sehingga ke penghujungnya menangkis ancaman akidah yang bakal muncul pada masa depan. Beberapa generasi telah menjadi mangsa akibat kesilapan dasar berhubung tulisan Jawi. Jangan biarkan perkara sedemikian berulang lagi. Selemah-lemah kita menunjukkan perpaduan atas halangan keterikatan dengan konsensus sebuah pakatan, jangan sampai generasi akan datang dan sejarah mengenang kita sama spesies macam cicak, yang sedemikian kecil masih tergamak menyumbang tenaga menghembus api supaya marak membakar seorang Nabi.
Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts
Friday, 18 October 2013
Allah Tuhan Semua Umat Islam Termasuk Kristian, Tetapi Penggunaan Yang Menghina Kesucian Allah Mesti Ditentang
Orang Melayu dulu sangatlah daifnya. Daif dari segi ilmu agama, kehidupan ekonomi, berbuasana dan banyak yang lain. Tapi apabila tercetus peristiwa Natrah, semuanya membulat kata mengambil tindakan sedaya upaya untuk mengembalikan Natrah kepada ibu angkatnya, kepada suaminya dan kekal dalam Islam. Dalam kedaifan ilmu, ekonomi dan status kehidupan itu pun orang Melayu tidak teragak-agak menentang Brtish. Ramai terkorban. Zaman itu memang tak maju tegha mana, tetapi semangat jihad itu disambut oleh seluruh warga Melayu walaupun tahu mereka bakal syahid. Sekarang ini, sudah ramai orang Melayu Islam berpendidikan tinggi. Tapi tengoklah apabila perjuangan menghalang kalimah suci "Allah" hendak digunakan oleh Herald Tribune menggantikan "God". Sebahagian besar lagi orang Melayu Islam bukan sahaja tidak terdetik untuk pergi malah melekeh-lekehkan perjuangan tersebut. Inilah yag paling dikesali sekali kerana benteng pertahahanan kita menjadi terlalu rapuh.
Perlu ada beberapa persoalan yang memerlukan jawapan sekiranya pihak gereja ingin juga menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan. Pertama, suruh depa define dahulu apa maksud dan sifat Allah yang mereka fahama dan gunakan selama ini.
Kalau Allah didakwa berkonsep triniti, mengutus Jesus untuk mengorbankan diri sendiri bagi menebus dosa sekalian umat manusia yang berdos sejak lahir, tak mungkin akal orang Islam akan masih sanggup menerima.
Ada orang berkata kenapa di negara-negara Arab dibenarkan pula nama Allah diguna di dalam Bible mereka yang diterjemah kepada bahasa Arab. Orang Arab Islam memang bercakap dalam bahasa Arab. Allah itu sendiri tergolong dalam bahasa Arab. Sebaliknya apa tujuan Herald dan Bible lain di Malaysia diterbitkan di Malaysia dengan menukar 'God' kepada 'Allah'. God dalam bahasa Melayu tak mungkin lain dari Tuhan. Teks berbahasa Melayu ini orang Malaysia kaum mana yang simple logicnya akan lebih ramai didorong untuk membacanya. Hakir tak rasa orang Cina, India dan lain-lian yang bahasa Melayu bukan bahasa seharian mereka. Sebaliknya orang Melayu, khususnya orang Melayu di pedalaman yang bahasa dari nenek-moyang mereka sampai ke hari ini ialah bahasa Melayu.
Mahu tidak mahu, cadangan ini pantas dilihat sebagai taktik dakyah Kristian terhadap orang Melayu Islam Malaysia. Di Indonesia mereka mungkin berjaya, tapi tidak semudah itu di Malaysia. Umat Islam Malaysia jangan diasak sampai tak terlebih sangat, kelak betapa pun harganya kami semua sanggup membelinya. Allahu Akbar!
Wednesday, 29 February 2012
Apabila Allah Dihina Apa Tindakan Kita?
Orang Melayu Islam di Malaysia ini sangat bertoleransi dalam banyak perkara. Banyak keadaan, terlalu sangat memberi muka, jaga hati sehingga orang lain pijak kepala.
Apabila sampul putih diberi kepada orang Cina, pung pang pung pang bising kata tak sensitif dan hormat budaya orang lain. O.K., aku setuju, sebab angpow memang warna merah pun.
Apabila Jabatan Kebajikan Masyarakat ucap selamat menyambut Thaipusam kepada penganut agama Buddha, pung pang pung pang bising kata tak sensitif dan hormat budaya orang lain. O.K., aku setuju sebab Thaipusam memang disambut oleh penganut agama Hindu.
Tapi apabila The Star siar gambar Erykah Badu dengan tatu kalimah Allah di bahagian badannya yang separuh bogel, Kementerian Dalam Negeri hanya panggil dan beri amaran, kemudian The Star minta maaf dan semuanya selesai.
Hello, macam tu je ke?
Aku tidak sampai menyarankan kita meniru Arab Saudi yang bakal menjatuhkan Hamza Kashgari dengan hukuman mati kerana menghina Nabi, tapi sudah sampai masanya parti politik, NGO dan individu Melayu Islam mengukuhkan kesatuan suara mereka; menggesa dan mengenakan tekanan paling maksimum terhadap sebarang usaha merendah-rendahkan agama, bahasa, budaya dan bangsa mereka. Boleh berbaris atau berpakat dengan orang lain, tapi bila mai tang kepentingan bersama takkan nak kata takpa lagi kot. Semuanya bermula dengan tak sengaja, tapi sapa boleh pastikan depa tak "test market" tengok tara mana depa nak kena. Lepas ni sapa boleh pastikan perkara-perkara sengal sebegini tak berlaku lagi, kemudian dialas dengan pernyataan "tak sengaja".
Kalau Allah, Tuhan semesta alam, yang kita tunduk sujud setiap kali sembahyang, sampai begitu sekali dihina, dan kita orang Melayu Islam boleh dok buat halai-balai sahaja manakala pihak berwajib tak bagi pengajaran atau hukuman paling setimpal, masih tebalkah muka kita minta doa kepada-Nya mengabulkan macam-macam hajat kita? Kalau manusia yang jadi bos, godfather, ketua bahagian, ketua cabang, presiden parti, pemimpin de facto kita kena tempelak walaupun terang-terang dia buat salah, amboi, bukan main lagi buat demonstrasi, hantar memorandum, kecam di media saban hari saban malam, lantik peguam bawa ke mahkamah dan sebagainya. Tapi bila orang hina Allah, hat ni kita buat bodo saja. Kita ni hamba Allah yang bagaimana? Mempertuhankan manusia dan kepentingan peribadi atau mempertuhankan Dia?
Subscribe to:
Posts (Atom)