Semasa menunggu kawan serumah mengikuti kelas pengajian bahasa asing secara talaqqi, aku menyambung pembacaan bab 2 buku Fukuyama. Ada banyak bab kecil di bawahnya. Pembacaan itulah yang perlu aku jadikan synopsis untuk dibentangkan bersama rakan-rakan yang lain dalam tempoh 2 minggu lagi sewaktu kelas Dr. L. Pening juga nak menghadam pembicaraan Fukuyama tentang Penamat Sejarah, sementelahan buku itu terjemahan Institut Terjemahan Negara. Satu usaha yang terpuji, tapi buku genre apa pun paling terbaik dibaca dalam bahasa asalnya. Apatah lagi buku Fukuyama ini bercampur-baur dengan penjelasan tentang hasil kajian dan pandangan tokoh-tokoh sains politik dan sains sosial. Dicampur pula dengan fakta-fakta sejarah. Serta pandangan Fukuyama sendiri. Dah macam baca buku falsafah dah rasanya. Banyak ketika aku perlu rujuk silang dalam minda sendiri tentang istilah-istilah tertentu yang diMelayukan supaya aku faham konteks perbincangan. Contohnya, hulubalang pada hemat aku merupakan terjemahan untuk warlord dalam erti kata pemimpin yang berpengaruh di kalangan kumpulan masyarakat tertentu, bukannya panglima yang memimpin peperangan.
Dekat dua jam, leher pun lenguh. Sambil mengeliat-ngeliat, aku berdiri meregangkan kelenguhan sambil membaca artikel di papan notis. Ada satu cerita yang aku terjemahkan berdasarkan kekuatan ingatan yang sederhana dari sudut kronologi dan matan penceritaan.
“Di sebuah pulau, tinggal beberapa orang sekawan. Mereka ialah Kekayaan, Kegembiraan, Kesedihan, Cinta dan Ilmu Pengetahuan.
Suatu hari, pulau itu semakin tenggelam. Sementara yang lain meninggalkan pulau, Cinta masih tetap di situ. Apabila pulau semakin teruk ditenggelami air, Cinta cuba meminta pertolongan kawan-kawannya.
Cinta ternampak kapal kepunyaan Kekayaan, lalu minta untuk ditumpangi. “Tak boleh”, kata Kekayaan, “kapal aku telah penuh dengan emas, perak dan sebagainya”. Hampa rasanya Cinta.
Kemudian, Cinta ternampak kapal Kesedihan. Sekali lagi Cinta minta untuk ditumpangi. “Oh, aku terlalu sedih, aku perlu bersendirian”, kata Kesedihan. Kecewa lagi Cinta.
Cinta ternampak pula kapal Kegembiraan, lalu menjerit untuk menumpangi. Tapi sia-sia, kerana Kegembiraan terlalu gembira, hingga tidak terperasan jeritan Cinta.
Nasib baik ada sebuah kapal kepunyaan seorang yang agak tua. Cinta buat kesekian kalinya mohon menumpangi, dan diizinkan. Malangnya, Cinta terlupa bertanyakan namanya.

Sesampai di daratan, Cinta terjumpa kawannya yang juga sedikit berusia, Ilmu Pengetahuan. Cinta bertanya siapa gerangan pemilik kapal yang sudi menumpangkan dia ke daratan. Ilmu Pengetahuan tersenyum, ujarnya, “Saat kesusahan, hanya seorang yang tega menanti dengan setia demi membantu Cinta. Itulah dia Masa.”.
No comments:
Post a Comment