Cikgu aku selalu kata semasa mengajar beberapa penggal lepas, sistem parti di Malaysia ni terlalu kuat. Kalau tak selari dengan pendirian parti, alamatnya mendapat la. Walaupun sanggahan itu memang berasas pun, dan ternyata benar.
Demikian, apabila Tunku Aziz ditahana sedemikian rupa, ia hanya siri pengesahan rupa paras sistem parti yang memang sedia ada, baik di pihak sana atau sinun. Sebab itu juga, setiap kali tokoh berwibawa dan berintegriti, sama ada agamawan, profesional atau sesiapa sahaja yang dihormati dan ternama dalam masyarakat meluahkan hasrat menceburi politik di Malaysia, aku sentiasa berharap hasrat itu terbatal. Satu, kerana aku sentiasa percaya khalayak mereka lebih meluas kiranya mereka tidak berpihak kepada sesiapa kecuali kebenaran, yang belum terjamin ada dan dapat dipertahankan dalam parti yang disertai. Sebaik sahaja seseorang itu masuk mana-mana parti, satu bahagian besar masyarakat yang selama ini mengaguminya mula berpaling daripadanya. Dari sudut dakwah contohnya, ini satu kerugian. Dua, kerana pe'el makhluk-makhluk policencorot dalam parti-parti ini hanya akan mempergunakan mereka. Sampai satu masa bila santan sudah habis diperah, that's it. Good bye and good riddance they bid u.
Persoalan penting: Apa lagi locus standi yang ada jika kebebasan bersuara yang dituntut tidak pun diraikan (apatah lagi diamalkan) pada peringkat lebih bawah seumpama parti sendiri?
No comments:
Post a Comment