Memandangkan password dah betul tajwidnya, yang mana huruf besar yang mana huruf kecil yang mana underscore, mustahil kalau masih tak boleh log in. ID pun dah betul. Banyak kali dah cuba key in ID dan password ni. 2-3 kali juga aku dapatkan pengesahan daripada dia. Dengan deria intuisi Tujuh Penyiasat Enid Blyton bercampur Detective Conan Edogawa, lalu aku pun bertanya, "Dah sign up ke?".
"Ooo...".
Seketika kemudian kawan yang sama bertanya lagi, "Ni macam mana ni?". Aku melihat di skrin lappy nya. Sepatah h***m pun aku tak faham. "Patutnya tukar ke bahasa Inggeris tadi", nasihatku ringkas. Paling munasabah aku sarankan adalah cuba tekan satu-satunya button yang ada di bawah perenggan berbahasa Jerman itu. Malangnya, tekan-tekan button kat situ pun macam tak jadi apa juga. Lalu aku teringat paparan sedemikian bagai pernah ku alami. Dengan kronologi selepas sign up, telahan ku nampak logik. "Kena check e-mail untuk verify pendaftaran tadi", aku mencadangkan.
"Ooo...".
Nota:
Hari Buruh tahun ini cikgu menyuruh kami ke udara pada pukul 9.30 malam waktu Malaysia Barat thru Moodle. Kami akan berdiskusi isu-isu hak asasi manusia bersama bebudak sekolah di Jerman (2.30 petang) dan Afghanistan (6.30 petang). Harapnya aku tak pengsan selepas sampai dari Pulau Pinang melalui Lebuh Raya Utara-Selatan. Sama deadline untuk upload problem statement isu hak asasi manusia terpilih dari Universal Declaration of Human Rights 1948.
No comments:
Post a Comment