Semester baru sudah bermula minggu ini, tapi aku hanya ada satu kuliah sahaja iaitu pada hari Jumaat, pukul 4 petang hingga 7 malam. Yuran belum berbayar lagi, ikutkan hati nak tunggu hari gaji, maklumlah pembiayaan sendiri, di sini yurannya "flat-rate", hang ambik 1 subjek 3 kredit pun hang bayar sama amaun juga macam hang ambik 10 subjek 30 kredit. Bijak, bijak; bijak kena kat dia. Aku lebih suka sebenarnya kelas hari bekerja yang lain melainkan hari Jumaat, sebab selepas berpeluh-peluh terkena pancaran terik mentari kemudian nak masuk kelas berhawa dingin memerah otak memahami subjek... adui, silap-silap boleh demam.
Selain satu-satunya kelas tersebut, aku perlu langsaikan tesis yang belum bertajuk setakat ini. Merancang-rancang sama ada hendak dibuat tentang Brunei atau Singapura. Menimbang-nimbang, aku pangkah Brunei, bukan sebagai tanda menyokong tapi dikeluarkan dari senarai. Sebabnya tak banyak bahan pun berdasarkan pengalaman lalu. Agak misteri dan tertutup. Masa mula-mula nak menulis tugasan lalu ada juga e-mail kepada parti politik di sana, tetapi "auto-reply", dan berbulan-bulan, sampai lebih setahun berlalu tanpa apa-apa maklum balas. Jadi aku besar kemungkinan akan memilih tema tentang politik Singapura. Ironinya, Singapura yang orang kata tak begitu mesra media, dan agak terbatas hak asasi manusia sangat banyak pula bahan bacaan dan rujukannya, sekurang-kurangnya berbanding Brunei lah. Sesuatu yang menarik tersembunyi di situ, kalau nasib baik dapatlah aku mencungkilnya.
Cuma masalahnya selain tajuk tesis yang lebih fokus dan rinci, ialah koleksi buku berkaitan politik Singapura di perpustakaan universiti yang kurang terkini dan tidak cukup banyak. Malah, koleksi buku berstatus terbaru tentang politik Singapura yang aku ada pun nampaknya tak termasuk di dalam koleksi perpustakaan. Penjimatan belanjawan sangat-sangat mengesankan kelihatannya, itu belum dikira lagi langganan jurnal pun sesetengahnya ketinggalan lebih 10 tahun ke belakang.
Minat aku sekitar PAP, pengaruh parti pembangkang, Lee Kuan Yew, sistem dua parti, dan sewaktu dengannya. Cuma perlu ada perimbangan, sebab tak terjangkau kudrat nak buat tesis semata-mata fasal LKY yang dah terlampau banyak, terperinci dan bersejarah pula, begitu juga dengan PAP. Apapun, Singapura tak boleh lari daripada depa berdua tu.
Silap-silap aku interview juga Tuan Remgold ni kang, haha!
Anda ada info yang boleh membantu?
2 comments:
bro,
not sure if this is relevant to ur thesis writing plan.
if not i can give other suggestions, since u're keen on writing something abt singapore.
one possible topic:
madrasah di spore dan bagaimana mereka terus usaha nak relevan dlm masyarakat super-moden spore, sebagai sekolah kaum minoriti, dan nak jauhkan graduan mereka jadi extremist (kerana marah sebab payah nak dapat kerja, etc).
di spore ada Enam madrasah (!).
http://www.muis.gov.sg/cms/services/Madrasahs.aspx?id=1904
payah beb sebagai minoriti ni nak dapat wang jaga madrasah. plus nak jadikan mereka yg keluar relevant dapat kerja sebagai 'orang biasa' - dan bukan hanya sebagai guru agama atau kerja di masjid.
anda google madrasah singapore ada banyak juga reference.
problem juga kerana orang melayu suka hantar anak pompuan mereka ke madrasah kerana dapat bertudung. sedang yg jantan di hantar ke sekolah biasa.
pemerintah dulu jadikan wajib anak2 di madrasah belajar maths science english dan ambil peperiksaan sama macam sekolah biasa. agar mereka mudah dapat kerja.
ini selain pelajar itu kena ambil exam arabic dan topik agama.
panjang lagi cerita. tapi takut tak relevan pula utk thesis anda. sekian dulu.
Assalamu'alaikum Tuan remgold,
Bila tengok ada komen yang nak kena moderate, dok ingat sapa la pulak yang menjenguk blog yang tidak sepertinya ini. Tapi bila tengok rupanya tuan, waduh, saya sangat berbesar hati. :-)
Singapura antara topik yang menarik bagi saya sebab banyak perkara boleh dipelajari sebagai penanda aras kelas dunia, tak payah pi jauh2 pandang ke timur ke Eropah ke, seberang tambak je.
Tajuk cadangan tuan tu sangat menarik dan segar, hanyasanya saya perlu bincang semula dengan penyelia supaya tidak tergelincir ke haluan bukan politik, seperti sejarah dll., sebab gaya penulisan & pendekatannya tak sama. Juga sama ada termampu atau tidak nak selesaikan dalam semester ini. Kalau terheret ke semester depan tak dayo den ai sobab dah masuk kojo, biasiswa pun takdo, haha!
Apapun, saya sangat berterima kasih kepada tuan atas maklum balas yang sangat berinformasi ini. Kiranya ada kemusykilan nanti saya bertanya lagi, insya-Allah. :-)
Post a Comment