Ketika itu tahun 1997/1998. Waktu aku pertama kali menjejak kaki ke Sintok. Bersama lepasan SPM yang lain dari seluruh negara. Pelajar lelaki ditempatkan di Kolej MISC, pelajar perempuan pula di Kolej Telekom. Tiada seorang pun dari sekolah lamaku yang masuk ke situ, hanya aku.
Sebab terlalu ramai, maka diperosok satu bilik empat orang. Yang tiga lagi sebilik denganku; Akhtar, Aidil, Asman. Mereka, terutama Akhtar dan Asman ramai kawan sedari awal memandangkan kawan-kawan sesekolah pun ikut masuk bersama. Aku hanya menumpang dengar cerita dan berkenal-kenalan dengan kawan-kawan mereka yang selalu lepak di bilik.
Dalam ramai-ramai yang sering datang bertandang, ada seorang yang tembun. Dia tak nampak garang, nampak jenis lemah-lembut walaupun tidak menjurus ke arah keterlaluan, cuma tak banyak cakap. Aku yang memang tak banyak cakap juga hanya mengenalnya dengan panggilan Wan. Mungkin kami ada bertegur-sapa berbahasa seadanya, tapi selebihnya aku tak ingat, mungkin tak ada.
Beberapa tahun berlalu. Aku pun sudah berkerjaya tetap. Suatu masa, terdengar dan terbaca cerita tentang seorang artis lelaki baru yang tengah top dengan sebuah lagu. Kata orang itu lagu saduran daripada sebuah drama Korea yang popular susulan Winter Sonata. Aku layan juga lagu itu.
Lama-kelamaan apabila aku perhati, eh, eh, macam pernah ku lihat dia ini, tapi di mana ya? Oh, patutlah kurang diperasan kerana dia telah tidak tembun lagi. Sejak itu aku sering mengikuti perkembangannya di media-media massa, termasuk apabila ada program yang diacarakannya, banyknya di RTM. Sangat petah dia berkata-kata, jauh berbeza zaman-zaman setakat ku kenali dia di Sintok dulu.
Masa berlalu lagi. Tiba-tiba terdengar berita bahawa dia telah pun pergi menghadap Ilahi. Meski tak banyak kenangan, solidariti sebagai ex-Matrikulasi UUM yang sama-sama berbaju kemeja lengan pendek atau panjang, berseluar slack dan bertali leher fabrik tebal corak seragam tertentu sentiasa di ingatan.
Al-Fatihah buat Allahyarham Izwan Pilus, semoga engkau tenang di sana.

No comments:
Post a Comment