Monday, 28 November 2011
Puisi Nasib Sebuah Madrasah
Dek kurang jemaah
(katanya)
Dirobohkan sebuah madrasah
sekurun usia
Dibina gedung niaga
Siapalah aku mahu menyanggah fatwa agamawan
Tapi aku masih mahu melontar persoalan
Apakah si pewakaf redha
kiranya selain madrasah ditegakkan
sesudah tanah diratakan
(sudahkah dia atau waris dimohon kepastian)
Mengapakah bilangan jemaah jadi perhitungan
sedang gereja di puncak St. Paul
berabad-abad tegak berdiri
meski kini langsung nihil fungsi
Benarkah serupa Taliban
meruntuh patung Bamiyan
semata pupus ritual sembahan
Malang
andai menuding seteru siasah
menggadai tanah milik bangsa
Walhal (kununnya) fuqaha
secara sengaja memperhelah dalil
(lebih buruk)
demi melebur sejarah islami
milik leluhur sendiri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment