Apa perasaan anda, apabila anda hendak keluar dari rumah, tapi ada kereta entah siapa-siapa suka-suki mak bapak dia parking betul-betul melintang depan pintu pagar rumah anda?
Apa perasaan anda, apabila tong sampah yang terletak di luar rumah anda, yang apabila anda nak buang sampah anda masukkan dalam plastik sampah dan ikat elok-elok, tiba-tiba entah sampah siapa-siapa suka-suki mak bapak dia dimasukkan ke dalam tong sampah anda? Lebih teruk ada juga sampah dalam bentuk pampers bersalut najis, tulang ikan, ayam dll., pinggan dan cawan polisterin, air kotak, bekas minuman dan sebagainya dilempar bukan sahaja sekeliling tong sampah, bahkan sampai tersangkut di tembok hadapan rumah anda, apa perasaan anda?
Apa perasaan anda kalau semua ini berlaku selalu?
Apa perasaan anda kalau semua ini berlaku di kawasan kejiranan yang 99% orang Melayu profesional?
Apa perasaan anda kalau suatu hari terbukti bahawa perangai paling keji ini dilakukan oleh sama ada para pembantu rumah warga asing, atau kalangan anak-anak jiran Melayu profesional tersebut, atau ibu-bapa yang menghantar dan mengambil anak di nurseri berhadapan rumah anda, atau paling teruk oleh ibu-bapa kejiranan ini sendiri? Apa perasaan anda?
Aku terasa nak lekatkan sticker di bawah ini ke dahi mereka.
No comments:
Post a Comment