Pages

Tuesday 1 November 2011

Memahami Singapura: Pelajaran Untuk Malaysia Lagi

Suatu hari aku menonton sebuah rancangan berbahasa Mandarin di saluran NTV 7. Hos berkembarnya lelaki, salah seorang aku cam mukanya sebab salah seorang watak utama dalam filem Money No Enough 1 & 2.

Siaran yang aku tonton memperihalkan kerjaya yang diceburi oleh rakyat biasa Singapura. “Unsung heroes”, wira tak didendang, bak kata Zainuddin Maidin. Orang biasa yang menyumbang kepada kesejahteraan hidup masyarakat. Daripada pest controller, pengurus jenazah, pengurus acara keraian, doktor pakar kanak-kanak dan lain-lain. Setakat yang aku sempat tengoklah. Format rancangan ialah hos bersama itu disangkutkan (attached) dengan mamat atau minat yang terlibat dengan kerjaya berkenaan. Bagi setiap episod, paparan dibuat secara berselang-seli, sekejap adegan hos A dengan mamat / minah A, sekejap lagi adegan hos B dengan mamat / minah B. Babak-babak yang dipaparkan bukan lakonan semula sebaliknya situasi sebenar.

Misalnya untuk pengurus jenazah, memang jenazah betul-betul yang diuruskan; disolek, diawet, diletakkan dalam keranda untuk diberi penghormatan dan sebagainya. Cuma muka dikaburkan. Ada juga adegan di mana pest controller dipanggil untuk menangkap ular. Hos dan pest controller ini sampai dengan van syarikat. Wah, giler ah ding dong. Tuan rumah yang telefon depa minta bantuan tu bukan dok di rumah flat, rumah aku tengok macam banglo setingkat, siap ada laman yang luasnya lebih daripada cukup untuk minum teh makan cuco’ pisang petang-petang, ada hutan semak-samun kat tepi dan kat belakang. Berdasarkan pencarian bahan untuk buat kerja sekolah tentang sistem pentadbiran Singapura aku ditemukan dengan harga flat kelolaan kerajaan yang mahal walaupun bangunan jenis berstrata, ini jenis bangunan atas tanah siap dengan kawasan tanah yang luas aku tak tau la berapa pula harganya. Entah di kawasan manalah letaknya rumah-rumah sebegitu. Entah jutawan manalah agaknya tuan empunya rumah.

Salah satu kerjaya yang dipaparkan ialah yang dahulu di Malaysia dipanggil “merinyu”. La ni depa boh nama hat sedap sikit, “inspektor kesihatan”. Mamat yang buat kerja ni nampak muda lagi, dalam 20-an tak sampai 30-an pada pandangan mata kasar aku. Tiap-tiap pintu rumah flat dia pi ketuk. Tak kira la makcik ka sapa ka, terjah tetap terjah demi satu kepastian. Habis dia check tempat-tempat yang berpotensi membiakkan jentik-jentik, termasuk di tingkap. Makcik Cina tu kantoi pasal ada kawasan air bertakung kat tingkap tu la. Penguatkuasaan tegas dan integriti yang tinggi di situ, walaupun depa sama bangsa. Takdak last warning yang ketujuh ke hapa. Hang salah hang kena. Semangat asobiyah tidak laku dalam hal sebegini.

Dah tu membawa ke hentian bas pula. Si hos pelakon filem merangkap pelawak bersama-sama si merinyu menyorok kot balik tiang. Baju dah tukar ke baju preman. Apabila sampai masa bas yang ditunggu oleh para penumpang sampai, serbuan dilakukan. Seorang bakal penumpang bas, juga seorang wanita Cina ditahan oleh si merinyu yang menunjukkan kad kuasa sambil memperkenalkan diri (atau memperkenalkan diri sambil menunjukkan kad kuasa? Ah, bia’ pi la hat mana satu dulu pun). “Saya tak buang sampah merata-rata pun”, kata amoi ni. “Memang la hang tak buang sampah merata-rata, hang cuma tinggal bekas air minuman hang tu atas kerusi hentian bas. Hang tak buang dalam tong sampah”. Maka amoi ni pun kena la kompaun. Kat sini yang “cantik & mahalnya” kaedah penguatkuasaan di Singapura. Si merinyu ni keluarkan kompaun dan haba’ siap-siap kat si amoi bahawa dia kena hadir ke mahkamah atas kesalahan dia tu. Lagi mengagumkan, si amoi ni diarahkan oleh si merinyu untuk ambil bekas minuman yang dia tinggalkan atas bangku hentian bas tu dan terus masukkan dalam tong sampah yang ada di situ, depan mata si merinyu. Pergh, mantop! Tapi kesian gak kat amoi tu, dah la kena denda, bas pun terlepas.

Selesai kejadian tersebut, si merinyu dan hos berkenaan lepak-lepak minum-minum kat kedai yang macam food court. Si hos bertanya si merinyu, “Macam mana dikategorikan kesalahan tu besar atau kecil?”, lalu si hos memberi contoh, “Kalau buang sampah dalam longkang kira macam mana tu?”.

Sebagaimana jangkaan aku, alah, setakat buang dalam longkang, mesti la kesalahan kecil. Memang betul pun. Memang betul pun jangkaan aku salah. Sebab kesalahan tu rupa-rupanya kesalahan besar. Seperti juga si hos, aku pun kehairanan. Rileks saja si merinyu jawab, “Sebab bila buang sampah dalam longkang, satgi longkang buleh tersumbat. Bila tersumbat buleh banjir”. Wow! Sampai tegha tu depa punya pikia’.

Perjalanan Malaysia masih jauuuhhh…

2 comments:

koloGnyer said...

di Malaysia banyak pembolehubah...
dgn sikap rakyat Malaysia yg terlalu kesian..
penguatkuasa kesian nak saman mak chik sebab org miskin...
org yg kena saman merayu2 sehingga sanggup kaw tim...
klu xdapat kaw tim dgn org yg keluarkan saman...kaw tim pula dgn pihak atasan...
yg lg best ade segelintir yg selambe maki penguatkuasa bila kena saman...xkisah kena saman..malah siap sound gaji penguatkuasa mereka yg bayar..ini org jenis yg xmakan saman...

adamghedodin said...

Tegas, adil dan saksama untuk semua; kata kuncinya. Don't "Bend It Like Beckham".