PAS sekali lagi gagal mengambil kesempatan untuk menjarakkan organisasi politik itu ke tahap baru, jauh meninggalkan rakan2 pakatan mahupun pesaing politik dalam barisan.
Ada yang mau debat dibudayakan dalam pemilihan parti, sama seperti kebanyakan golongan atas pagar dan golongan rakyat yang mahukan politik misi dan visi bukan politik caci-maki mengata mengeji. Tapi sebab ada calon2 yang tak mau berdebat maka debat dibatalkan. Sepatutnya diteruskan sahaja, lantak pi la sapa2 yang tak mau pi berdebat tu.
Atas sebab itu, penulis tidak melihat akan ada perubahan corak kepemimpinan kalau golongan seperti ini naik sebagai pemimpin. Betul, tak semua orang pandai berdebat, seperti juga penulis. Bezanya, penulis sedar diri akan keterbatasan yang dimiliki. Itu antara sebab penulis tidak teringin pun menjadi pemimpin. Masalah depa2 yang nak bertanding jawatan tertentu dalam PAS ni, jawatan nak, berdebat tak mau. Salah satu ciri pemimpin berwibawa ialah kemampuan berdebat. Kalau tak mau berdebat ertinya penakut. Apa bentuk kepemimpinan nak diharapkan daripada pemimpin yang penakut? Walhal berdebat sesama pesaing separti sahaja pun, bukannya berdebat dengan parti lawan atau pemerintah yang zalim. KJ yang hampa dok kutuk rapat tu pun berani pi berdebat kat kubu kuat hampa, that was Kota Bharu dulu. Kalau penulis jadi ahli parti PAS rasanya gelap masa depan lagu ni.
Anehnya, mereka yang tak mau berdebat dengan menyatakan pelbagai alasan ini katanya mewakili golongan ulama. Kalau betullah mereka berasakan mereka mewakili paksi ulama, maka mereka seharusnya malu kerana telah mencemarkan imej ulama. Sebabnya, tradisi keulamaan sejak dahulu kala ialah kemampuan berdebat. Daripada hujah-hujah ulama tersebutlah kebenaran ditegakkan, dan orang ramai dapat menilai daya fikir, idea, intelektualiti. Tak perlulah penulis petik kisah-kisah karisma ulama-ulama silam dan kontemporari yang berdebat dengan macam2 orang termasuk kafir mahupun pemerintah zalim seperti Hajjaj; paksi ulama yang tak mau berdebat ini lebih arif. Persepsi yang timbul di sini adalah, mungkinkah yang mendakwa mewakili paksi ulama ini sebetulnya bukanlah ulama pun?
PAS telah terlepas satu flight yang cukup penting. Flight pengukuhan imej di mata pengundi menjelang PRU-14. Orang Melayu Islam yang melugai dengan UMNO dan mengharapkan PAS menawarkan alternatif lebih baik pastinya kecewa.
No comments:
Post a Comment