Ihsan: http://luckycol.blogspot.com/2007_05_01_archive.html |
Seingat-ingat aku, penaja utama yang namanya tertera pada jersi Liverpool sebelum ini ialah sebuah syarikat arak. Jadi walaupun Liverpool tengah kuat pada masa itu, ramai penyokong keberatan untuk menunjukkan solidariti dan sokongan dengan memakai jersi berkenaan. Iyalah, memakai jersi yang tertera nama syarikat arak itu bukankah tergolong dalam golongan yang terlibat dengan arak juga; bezanya dengan cara mempromosi sungguhpun secara tidak langsung. Pada masa itu, penyokong The Reds yang die-hards memilih mengelak dosa tapi tetap menzahirkan sokongan. Caranya? Depa beli jersi cetak rompak atau Made In Siam yang ditukar nama penaja utama kepada "Liverpool". Pandai juga hamba Allah yang mereka corak tulisan yang seakan-akan nama syarikat arak itu.
Sekarang, Liverpool sudah bertukar penaja utama kepada sebuah institusi perbankan. Kelihatan hilanglah keraguan dan dilema para penyokong The Kops untuk kembali menyarung jersi pasukan kesayangan mereka. Tapi bagaimana kalau aku cadangkan satu perspektif baru. Institusi perbankan tersebut berorientasikan konvensional. Dalam erti kata yang lebih mudah difahami, sah-sah mengamalkan riba.
Perspektif yang ingin dicadangkan adalah, di antara mempromosi minuman keras dan riba, yang mana lebih besar dosanya? Setahu aku, ada ayat Al-Quran yang menyuruh diperangi orang yang terlibat dengan riba. Secara logiknya, dahsyat lagilah dosa riba.
Amacam penyokong Liverpool?
p/s: Setiap kali iklan Nuffnang yang bernuansakan kurang mesra agama dan keluarga keluar, aku juga terfikir akan dosa.

3 comments:
Namun arak adalah ibu segala maksiat. Dua2 parah, Tuan
~A.R~
Kalau macam tu, banyak lah kelab yang penyokong tak boleh pakai jersey mereka termasuk lah Aston Villa dgn Genting, QPR dgn AirAsia ... duit judi & haram. Tapi kena ingat - kita sokong pasukan bola bukan sponsor nya.
Thanks A.R, and anon too, though you do not have a name.
Adapun ia satu lontaran pandangan untuk difikirkan bersama. Nak sokong atau tidak, cara sokongan yang bagaimana, itu hak masing2. Saya kan cuma mengemukakan dimensi lain, ditujukan kepada Muslim. Hukum haram atau tidak kita serahkan kepada bijak pandai agama. Sokong pun banyak caranya, tak semestinya pakai jersi. Tapi kalau nak pakai juga, ya silakan. Cuma sepengetahuan saya yang tak seberapa, "the end does not justify the means."
Post a Comment