Pages

Showing posts with label hutang. Show all posts
Showing posts with label hutang. Show all posts

Wednesday, 11 April 2012

PTPTN dari Kaca Mata Seorang yang Tidak Berkepentingan

Pertama sekali premis hujah dan niat kena betul. Kalau asasnya berhutang dah tu tak mau bayar, hat tu spesies tak bertanggungjawab. Tak masuk buku dalam entri ini. Logik dan pragmatik lah sikit, dengan segala macam subsidi yang diberi oleh kerajaan Malaysia, sedangkan berapa kerat sangat negara di dunia ini yang memperuntukkan tu dia nala punya banyak macam-macam jenis subsidi untuk rakyatnya, takkan nak belajar sampai PhD pun nak free. Sentiasa ada opportunity cost di dalam ini dunia. We get some, we lose some.

Aku pernah terdetik bahawa pihak mana pun yang berjaya menangkap keluh-kesah anak muda tentang PTPTN ini akan beroleh untung politik. Nampaknya PR tembak dahulu; di luar imaginasi yang ada sehingga ke peringkat membatalkan sama-sekali. Aku cuba melihat secara objektif. Tak payah minta PR beri biasiswa kepada semua pelajar IPT di negeri tadbiran masing-masing pun pada peringkat awal ini. Cukup kalau mereka dapat sediakan dana pinjaman (menerusi yayasan pendidikan negeri atau peruntukan khas), lagi cantik tanpa caj pentadbiran, bunga, atau apa sahaja namanya yang bermaksud keuntungan pada kadar yang menekan seperti PTPTN sekarang. Bagi kat semua anak negeri yang nak masuk atau sedang belajar di IPT. Buat itu dahulu, kalau mampu. Kalau itu pun tak mampu, maka mai mana kemampuan untuk hapus kira pinjaman PTPTN untuk semua dan bagi biasiswa kepada semua pelajar IPT seluruh Malaysia. Tang mana nak ambil dana? Duit KWSP? Duit Petronas? Amboi, nak cover duit mansuhkan tol seluruh Malaysia pun hari tu kata nak guna duit KWSP juga. Dah tu sikit-sikit nak korek duit Petronas. Kalau betul lubuk emasnya KWSP dan Petronas, jelas tak sihat untuk ekonomi negara,  tak amanah,  juga tak kreatif. Agaknya kalau Jomo K.S. tak sibuk berkempen nak jadi Pengarah ILO apalah agaknya kata dia tentang benda ni semua.

Kalau ada yang kata BN khususnya UMNO tak peka dengan masalah ini, sebenarnya mereka silap. Masa timbul isu-isu lain susulan kadar ujrah 1% itu (leverage dll.), UMNO respons menerusi Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia yang mendengar keluhan pelajar tentang bebanan melangsaikan hutang PTPTN. Serius, aku ada sekali di sebuah IPTA dalam sebuah majlis dialog semasa seorang pelajar meluahkan kekesalannya berhubung amaun pembayaran balik pinjaman PTPTN yang dirasakannya sangat menindas (pelajar itu istilahkan sebagai "along berlesen") kepada Dato' Azeez yang berjanji membawanya ke mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. Isu-isu susulan itu selesai, dengar ceritanya bertekak dalam mesyuarat kabinet.

Cuma, diulangi, cuma, UMNO dan BN boleh berbuat lebih banyak lagi bagi mengurangkan bebanan lepasan IPT yang berusaha bersungguh-sungguh nak langsaikan hutang PTPTN, tapi selalunya kecewa sebab hutang macam tak luak-luak. Merekalah golongan majoriti dalam isu PTPTN ini yang perlu disantuni. Mereka tak minta pun kerajaan hapus kira hutang PTPTN mereka. Mereka cuma minta lebih bertimbang-rasa. Apatah lagi sekarang susah nak dapat kerja, sedangkan hutang PTPTN perlu dibayar 6 bulan selepas tamat belajar. Tolong selami perasaan mereka, yang bertungkus-lumus menghantar resume, menghadiri temuduga, mencari apa sahaja kerja sungguhpun tak setimpal dengan kelayakan mereka demi sebuah harga diri di mata masyarakat dan kaum keluarga, serta bagi membayar hutang PTPTN. Sangat sedih keadaannya. Baru-baru ini seorang kawan sekuliah terserempak rakan seijazah pertamanya di sebuah pusat membeli-belah ibu kota sedang mempromosikan pakej broadband. Masing-masing kelu untuk berbicara, belajar tinggi-tinggi tapi itu natijahnya. Sayu memang sayu, apakan daya hutang PTPTN perlu dibayar.

Aku tak ada kepentingan sebab pinjaman aku dah selesai berbayar. (Terima kasih JPA kerana sudi menawarkan pinjaman waktu zaman gawat dulu. Memang tak dapat dah pinjaman macam tu; banyak mana pinjam banyak tu bayar, dengan permulaan bayaran balik dalam tempoh masa yang munasabah berbanding 6 bulan yang kebiasaannya seseorang peminjam itu sudah pun bekerja dan mendapat gaji berpatutan yang membolehkan bayaran ansuran pinjaman dilunaskan, seterusnya nampak lah penyusutan hutang pinjaman.) Hanyasanya aku ingin melihat kebajikan rakyat khususnya generasi muda Malaysia terpelihara. Ini bukan perihal bangsa; segelintir orang kata isu PTPTN ini agenda sulit pihak tertentu terhadap orang Melayu yang akan terjejas sekiranya apa-apa berlaku kepada PTPTN. Sungguh jijik dan terkutuk sesiapa yang menjadikan isu ini isu perkauman. Pada hemat aku, dalam sekian banyak benda yang boleh dipolitikkan dan diniagakan untuk keuntungan, pendidikan harus dikecualikan. Pada zaman moden ini, keperluan asas setiap insan bukan lagi sekadar Roti, Kapada aur Makan, tapi juga termasuk pendidikan, tak kiralah apa pun bangsanya.

Kemas kini baru sat-sat tadi (11 April 2012, 11.00 malam) sempena program Dialog di TV1:

Syabas Pemuda UMNO thru panelis Ustaz Syahrin bekas moderator Forum Perdana Ehwal Islam atas tekad dan gerak kerja pemansuhan secara bukan demonstrasi bagi 1% ujrah (Pengurus Kanan PTPTN kata kadar itu bagi membiayai gaji & kos operasi PTPTN, pergh, macam GST pulak main pindah-pindah beban). Sebab statistik yang disebutnya menyatakan sedikit sangat peminjam yang enggan bayar, dalam erti kata lain majoriti memang nak bayar atau sedang bayar lah. Juga beliau minta peminjam tidak distatuskan sebagai muflis kalau tak boleh bayar PTPTN, serta diberi tempoh masa dan bergaji bersesuaian sebelum diminta bayar (bukannya lepas grad gaji tak seberapa dah kena ligan suruh dibayar jugak-jugak). Terbukti memahami, menjiwai dan memperjuangkan permasalahan sebenar peminjam PTPTN. Salut!

Monday, 5 September 2011

Menjadi Jutawan Yang Hidup Sederhana

Baru sebentar tadi baru balik dari berjumpa KawanKu dan CikBi, tapi aku yang terpaksa membelanjai dia. Yuran semester baru untuk dua orang dekat-dekat RM3 ribu, ansuran kereta dekat RM1 ribu, sewa rumah pun hampir-hampir RM1 ribu (nanti kalau aku jadi beli tiap-tiap bulan kena bayar sipi-sipi RM2 ribu pula). Hujung tahun insurans + road tax dua kereta mahu 3-4 ribu juga. Best giler kan hidup macam ni (baca nada synical)?

Sebab itu aku bercita-cita untuk menjadi jutawan. Bukan untuk bermegah-megah dengan memandu kereta besar yang akan ku buang apabila bercalar. Bukan untuk beli penthouse di Mont Kiara. Kalau aku jadi jutawan aku tetap hidup sederhana dengan apa yang ada sekarang seadanya. Menjadi jutawan bagiku untuk benda-benda macam di atas itulah. Jadi jutawan memampukan aku melangsaikan sekaligus zasss semua hutang-piutang. Kemudian hidup secara lebih berkualiti tanpa perlu ke ofis lagi setiap pagi. 

Walau bagaimanapun, bagi membolehkan perancangan aku berjalan lancar sebagaimana dikehendaki, RM1 juta tidak mencukupi. Aku perlukan at least RM3 juta. Aku tunjukkan bagaimana perancangan aku.

Perancangan aku senang sahaja. Dengan duit RM3 juta itu, aku akan bayar tunai segala hutang-piutang yang ada, sama ada hutang aku, orang serumah, kaum keluarga, adik-beradik. Jumlahnya aku anggarkan mahu mencecah RM1 juta. Sebab itu aku perlukan at least RM3 juta, kalau setakat RM1 juta hutang memang langsai tapi aku still kena masuk ofis hari-hari macam aku dok buat hampir sedekad sekarang, nampak tak? Oleh sebab amaun asal RM3 juta, apabila ditolak RM1 juta masih tinggal RM2 juta untuk langkah seterusnya. RM2 juta itu akan ku simpan dalam Tabung Haji. Sampai masa dapat dividen, puratanya 5 peratus setahun. Kalau RM2 juta kali 5 peratus, ertinya untung RM100 ribu. RM100 ribu itulah aku gunakan untuk setiap bulan bagi tahun akan datang. RM100 ribu bahagi 12 bulan dapat juga sebulan RM8 ribu lebih. Barang harus diingat, RM8 ribu lebih itu bersih tanpa komitmen pembayaran hutang (zakat & income tax tetaplah kena bayar, itu lain kira). Bukankah bahagia namanya tu? Kalau bandingkan dengan gaji aku sekarang pun makan berapa tahun pun tak tau kalau nak cecah RM8 ribu, itu pun setengah habis buat bayar hutang, kerenah di ofis belum ambil kira lagi tu. Mengambil kira kadar inflasi setiap tahun, RM8 ribu lebih memang tak banyak menjelang Wawasan 2020. Namun demikian, dengan keuntungan dividen Tabung Haji sudah tentu aku pelbagaikan pelaburan untuk menambahkan pendapatan bersih bulanan.

Cuma seperti usahawan berjaya yang lain, di mana dan bagaimanakah akan ku temui RM3 juta nan itu?

Sunday, 4 September 2011

Ingin Hidup Selesa Tanpa Hutang 1

Dalam hidup ini, ada orang yang selesa dengan keadaan sedia ada. Ada orang yang cuba mengubah nasib diri ke arah yang lebih baik. Bagi aku, secara zahir dan reputasinya kehidupan aku nampak dan dianggap orang lain sebagai selesa. Tapi pada hakikatnya aku mengushar-ngushar juga peluang untuk beroleh kehidupan yang lebih baik dari keadaan sedia ada.

Aku tak boleh bayangkan, sekiranya panjang umur dan berusia 50-an, aku masih terpaksa bergelut pagi-pagi buta, memakai long sleeves, seluar slack, bertali leher, berstokin dan berkasut kulit, kemudian start kereta dan berjejal-jejal di jalan raya dengan orang lain yang nak masuk ofis pukul 8.30 pagi. Bayangkan pada usia itu, masuk ofis yang silap-silap rakan sepangkat atau silap-silap bos merupakan pegawai junior dari segi umur dan usia perkhidmatannya. Itu belum dikira lagi maki-hamun bos dan orang-orang atasan baik di luar mahupun semasa mesyuarat. Meeting yang kadang-kadang berjam-jam, sampai waktu sembahyang pun tak tentu hala, waktu makan dan pulang kerja apatah lagi terbabas dibuatnya. Ada masa waktu malam pun dibuat meeting juga, walhal minda dah letih seharian menangani kerenah yang bermacam-macam. Tak cukup dengan itu, silap-silap kena stay back sebab ada urusan perlu dibereskan segera dan dikemukakan awal-awal pagi kepada sesiapa yang berkenaan. Hari cuti pula belum tentu free, retreat dan seumpama dengannya boleh sahaja menanti.

Membayangkan semua kemungkinan itu yang membuatkan aku cuba-cuba meneroka kot-kot ada peluang baru. Aku bukannya impikan jadi tycoon seperti Tony Fernandes misalnya. Tak minat aku nak beli QPR dan pasukan-pasukan sukan lainnya. Yang aku impikan hanyalah mempunyai sejumlah wang yang dapat melangsaikan semua hutang-piutang; setidak-tidaknya kepunyaan diri sendiri, kalau tidak pun orang serumah, kaum keluarga, adik-beradik dan sanak-saudara terdekat. Hidup tanpa hutang, alangkah bahagianya. Ini tidak, gaji yang tak seberapa lebih daripada setengah daripadanya habis begitu sahaja buat membayar hutang. Yang baki seciput itulah buat belanja makan-minum, elaun orang rumah, sewa rumah, belanja diapers dan susu anak, belanja kesihatan, balik kampung, duit minyak kereta, serta belanja-belanja lain yang ada kalanya diperlukan bagi tujuan emergency.

Keadaan diburukkan lagi apabila menyambung pelajaran menggunakan biaya sendiri. Setahun dua semester, bermakna dua kali bayar yuran diri sendiri dan isteri. Hujung tahun pula bayar road-tax untuk dua mobil. Nak harapkan loan rumah, banyak pula masalahnya sampai sekarang tak masuk-masuk lagi. Kalau ada bernafas legalah sedikit. Apakan daya, duit loan rumah yang tak kesampaian merencatkan perancangan untuk melabur misalnya dalam emas Public Gold waktu jauh lebih murah berbanding sekarang. Tuhan punya perancangan tersendiri, time ada peluang cantik punya, kedudukan kewangan pula tak mengizinkan. Bukannya tak ada plan untuk buat pinjaman peribadi Islamik dengan CIMB buat membeli sekilo emas, cuma bila dicongak-congak balik risikonya amat tinggi kalau ada keperluan belanja luar jangka sebab dengan pinjaman tersebut gaji akan semakin susut buat membayar pinjaman setiap bulan.

Lalu bermulalah advencerku melihat peluang-peluang perniagaan yang lain.