Pages

Showing posts with label bab 2. Show all posts
Showing posts with label bab 2. Show all posts

Wednesday, 26 October 2011

Ringkasan Bab 2, The End of History and the Last Man - Episod Akhir



Bab Kecil 6

1.      Terdapat hubungan di antara pembangunan ekonomi, tahap pendidikan dan demokrasi.

o   Contoh:

§  Eropah Selatan: Kajian Kes Sepanyol

·        Ekonomi: 1958 - liberalisasi, 1960-an – 7% setahun.

·        Pendidikan: meningkat kesan daripada pembandaran pesat; 1950 – 18% di bandar, 1970 – 34% di bandar.

·        Kesan daripada ekonomi pesat + tahap pendidikan meningkat, Sepanyol bergerak ke arah demokrasi selepas kematian Jeneral Francisco Franco.

§        Asia: Jepun, Korea Selatan & Taiwan.

§      Afrika Selatan: 1948-1988 - komuniti Afrikaner berubah menjadi masyarakat kolar putih (tinggal di bandar, berpendidikan & mahir dalam keusahawanan).

o    Pengecualian: Negara Timur Tengah; demokrasi tak stabil tetapi pendapatan per kapita setanding Eropah & Asia, faktor minyak.

2.      3 hujah mengapa pengindustrian maju sepatutnya menghasilkan demokrasi liberal.

(i)                 Penghujahan Fungsi

§     Berbanding sistem diktator, hanya demokrasi mampu menjadi pengantara dalam jaringan rumit akibat kepentingan bercanggah yang dicipta oleh ekonomi moden.

§       Banyak konflik yang wujud antara kumpulan sosial yang baru muncul terpaksa diadili dalam sistem undang-undang dan akhirnya sistem politik.

§       Pasaran per se tidak mampu menangani konflik tersebut, perlu rujuk kepada sistem yang adil dan saksama = demokrasi.

§       Contoh: Isu Alam Sekitar

·       Tanpa demokrasi, kerajaan akan sentiasa menyebelahi firma gergasi yang merosakkan alam sekitar, kerana tiada ruang untuk penduduk / NGO dll. membantah.

(ii)             Kecenderungan sistem diktator / satu parti merosot dalam jangka masa tertentu, & lebih pantas apabila terpaksa mengendalikan masyarakat berteknologi maju.

§      Apabila pengasas meninggal dunia, tiada jaminan penggantinya setanding & cekap menguruskan negara.

§     Jika diktator memerintah lama, personaliti pelik terhasil. Contoh: sewaktu Ceaucescu memerintah Romania, beliau memiliki lampu chandelier 40 ribu watt sedangkan bekalan elektrik negara dicatu.

(iii)            Pengindustrian yang berjaya menghasilkan masyarakat kelas pertengahan yang mahukan penyertaan politik dan kesamaan hak. 

3.      Kekecualian Keberkesanan Demokrasi Liberal

(i)               Kurang berkesan bagi masyarakat yang sangat terbahagi mengikut perbezaan kelas sosial, warganegara atau agama. Contoh: Elit tradisional vs. kelas lain di Filipina & Peru.

(ii)             Kurang cekap menyelesaikan pertelingkahan antara kumpulan etnik atau bangsa yang berlainan. Contoh: kedaulatan sesebuah wilayah yang menjadi rebutan tidak akan dikompromi oleh pihak-pihak berkenaan seperti Armenia & Azerbaijan.

Ringkasan Bab 2, The End of History and the Last Man - Episod 4


Bab Kecil 5

1.     Teori Kebergantungan diasaskan oleh Lenin menerusi risalahnya, “Imperialism: The Highest Stage of Capitalism” (1914).

o     Kapitalisme akan tumbang bukan disebabkan perjuangan kelas di dalam dunia maju tetapi disebabkan pertembungan di antara negara-negara Utara yang membangun dengan “proletariat sejagat” di dunia kurang maju.

2.      Asas aliran Teori Kebergantungan (Dependencia) di Amerika Selatan:

o   Raul Prebisch, ahli ekonomi Argentina.

§    Pertumbuhan lembap di kawasan Dunia Ketiga seperti Amerika Selatan disebabkan susunan ekonomi kapitalis sejagat -> “pembangunan tanggungan” buat selama-lamanya.

§       Kekayaan Utara berkait langsung dengan kemiskinan Selatan.

3.      Prinsip-prinsip asas Teori Kebergantungan.

o      Pembangunan lewat menyebabkan negara mundur selama-lamanya.

o      Syarat-syarat perdagangan dunia dikawal negara maju.

o   Melalui MNC (Multinational Corporation) negara maju memaksa Dunia Ketiga memasuki “pembangunan tidak seimbang” – eksport bahan mentah dan komoditi yang mengandungi kandungan pemprosesan yang rendah.

4.      Kaedah Penyelesaian oleh Teori Kebergantungan.

o   Sederhana: Menggalakkan industri tempatan dengan mewujudkan tarif tinggi = “penggantian import”

o     Radikal: Melemahkan susunan ekonomi dunia; revolusi, menarik diri daripada sistem perdagangan kapitalis & bergabung dengan blok Soviet Union seperti Cuba.

5.      Sanggahan kepada Teori Kebergantungan: NIC (Newly Industrialised Country) di Asia.

o      Negara yang lewat melalui pemodenan sebenarnya mempunyai kelebihan berbanding kuasa perindustrian yang lebih mantap.

o     Contoh:

§    Jepun beli teknologi termoden dari Amerika Syarikat dan Eropah, tanpa dibebani infrastruktur lapuk dan tidak cekap, & mampu bersaing dalam bidang teknologi tinggi bagi tempoh yang lama.

§      Malaysia & Thailand yang lewat membangun berbanding Jepun & Korea Selatan tidak mengalami kekurangan relatif.

6.      Faktor-faktor Kegagalan Ekonomi Berorientasi Pasaran di Amerika Selatan.

(i)                 Budaya

§    Tabiat, adat resam, agama dan struktur sosial bangsa yang menghalang pencapaian tahap pertumbuhan ekonomi yang tinggi.

§       Amerika Selatan mewarisi institusi feudal Sepanyol & Portugis abad ke-17 & 18; kuasa negara digunakan untuk mengawal aktiviti ekonomi untuk kepentingan ekonomi kelas atasan -> merkantilisme.

§     Golongan elit dilindungi daripada persaingan antarabangsa melalui penggantian import; pengeluar tempatan terbatas kepada pasaran dalam negara yang kecil, ekonomi skala tidak tercapai.

(ii)               Dasar

§  Pelaksanaan kapitalisme tidak dicuba bersungguh-sungguh.

§  Contoh:

·        Hernando de Soto, “The Other Path”.

·        Permohonan membuka kilang: 11 prosedur birokrasi + 289 hari + $1,231 yuran & upah hilang termasuk 2 bayaran rasuah.

§       Semua sektor ekonomi utama ada sektor “tidak formal” -> 1/3 atau 1/4 KNK (Keluaran Negara Kasar).

§       Kegiatan ekonomi yang dipaksa memasuki saluran tidak sah = ketidakcekapan ekonomi.

Tuesday, 25 October 2011

Ringkasan Bab 2, The End of History and the Last Man - Episod 1

Tajuk Buku: The End of History and The Last Man

Penulis: Francis Fukuyama

Penerbit: Free Press (New York, Amerika Syarikat)
Tahun Penerbitan: 1992


Bab 2: Zaman Tua Manusia
-         Mengandungi 8 bab kecil.
-         Setiap bab kecil mempunyai beberapa persoalan berkaitan demokrasi liberal yang dibahaskan oleh Fukuyama dari pelbagai sudut seperti sejarah, ekonomi, alam semula jadi dan sains teknologi.
-         Membincangkan kelebihan demokrasi liberal berbanding ideologi lain dengan mengambil kira latar belakang sejarah seawal zaman Yunani sehingga era Perang Dingin, dan falsafah serta hasil penulisan oleh ramai sarjana seawal Pluto dan Socrates sehingga sarjana abad ke-20.
-        Bagi tujuan pembentangan selama 10 minit, hanya beberapa persoalan tertentu dalam bab kecil tertentu sahaja akan dan mampu disentuh.


Bab Kecil 1

  1. Dalam tradisi Barat, sejarah pertama yang benar-benar sejagat ialah sejarah Kristian.
o     Konsep sejarah yang ada penghujung masa, bermula dengan penciptaan manusia oleh Tuhan dan berakhir dengan pentaubatannya.
o     Bagi penganut Kristian, penyudah sejarah di dunia dilambangkan oleh hari kiamat yang akan memulakan alam baqa, dan ketika ini bumi dan peristiwa duniawi betul-betul tidak lagi wujud.
  1. Usaha paling serius untuk menulis Sejarah Sejagat (Universal History)= Immanuel Kant.
o     Esei “An Idea for a Universal History from a Cosmopolitan Point of View” (1784), 16 muka surat.
o    Mencadangkan bahawa sejarah mesti mempunyai “matlamat akhir” -> kebebasan manusia.

3.      Selepas kematian Kant, usaha menulis Sejarah Sejagat diteruskan oleh Georg Wilhelm Friedrich Hegel.

o   Rangkuman kebebasan manusia ialah negara berperlembagaan moden a.k.a. demokrasi liberal.
o     Sejarah sudah berakhir selepas Perang Jena di Jerman (Perancis vs. Prussia; Perancis menang) 1806.
§      Prinsip kebebasan dan kesamaan yang mendasari negara liberal moden telah ditemui dan dilaksanakan di negara paling maju.
§      Tidak ada prinsip atau bentuk organisasi sosial dan politik lain yang lebih tinggi berbanding liberalisme.

4.      Kritikan terhadap Hegel:
o   Karl Marx:
§      Negara liberal tidak mewakili kesejagatan kebebasan tetapi hanya kemenangan kebebasan bagi kelas tertentu iaitu kelas borjuis.
§    Penamat sejarah hanya berlaku apabila “kelas sejagat” iaitu proletariat, menang.