Pages

Showing posts with label Ricardo. Show all posts
Showing posts with label Ricardo. Show all posts

Wednesday, 14 September 2011

Kuliah Teori Sains Politik: Minggu 1, Episod 3


Ironinya, negara-negara berdekatan Khatulistiwa hancur ekonominya berbanding negara yang sebaliknya. Persoalannya, adakah situasi ini dipengaruhi oleh “division of labour” dan bagaimana? Dalam “Competitive Advantage”, Ricardo berhujah bahawa:
The Division of Labor in Society
(i)               Negara-negara Khatulistiwa mengambil manfaat dari keluaran negara-negara bukan Khatulistiwa.
(ii)          Negara-negara berdekatan Khatulistiwa menubuhkan pertubuhan-pertubuhan yang berfungsi untuk berhutang dengan negara-negara bukan Khatulistiwa.
Berkenaan persoalan utama yang ke-3, iaitu faktor yang paling berperanan dalam menentukan kemajuan suatu negara, terdapat dua faktor iaitu Internal dan External. Faktor Internal menurut McLachlan (ejaan berdasar pendengaran) menerusi Teori yang aku tak sempat tangkap, orang Timur tiada kehendak untuk maju. Dengan peringatan Dr. L bahawa kebanyakan buku teori berbentuk propaganda, kata beliau Robert Gerorbe (ejaan berdasar pendengaran) menghujahkan ilmu pengetahuan tumbuh di Timur tetapi perang media Barat mempengaruhi Timur sehingga mereka hanyut. Faktor External pula disandarkan kepada Teori Dorongan Besar (Push Factor Theory) iaitu dorongan luar dalam bentuk hutang. Malangnya, wang hutang tidak diguna untuk kepentingan rakyat tetapi kroni.
Balkan Genocides: Holocaust and Ethnic Cleansing in the Twentieth Century (Studies in Genocide: Religion, History, and Human Rights)Menyentuh persoalan ke-4, mengapa agama kerap menjadi bahan pertembungan politik yang tidak pernah berkesudahan?, Tesis Mitchel Foucault (ejaan berdasar pendengaran) digunapakai. Sesetengah orang menurut tesis tersebut menguasai hujah, maka tiada yang boleh mengalahkannya kerana pertarungan abad ke-21 bukan secara ketenteraan tetapi ilmu pengetahuan. Agama pula dimanfaatkan oleh sesetengah pihak untuk memperkukuh kekuasaan. Contohnya, kesepakatan Slobodan Milosevic dengan Brigadier Jeneral PBB semasa genocide di Yugoslavia terjadi atas kesepakatan agama.
Adolf Hitler: The Definitive BiographySoalan ke-5, seberapa besar peranan perempuan dalam politik negara?, Teori Feminisme disandarkan. Teori tersebut menyatakan kenapa perempuan nampak tertindas khususnya di negara-negara berkembang / membangun. Perempuan tidak aktif bukan sebab budaya dan agama. Menurut Marx kata Dr. L, negara sebagai candu yang membuat orang tidak menginsafi dirinya.
Sepintas lalu kisah Adolf Hitler semasa kecil, asalnya dari Austria dan mahu memasuki sekolah seni, ingin melukis tetapi diseksa oleh bapanya. Pernah membakar kandang ayam bapanya dan diseksa juga sebagai hukuman oleh bapanya. Kemudian memasuki tentera dan menjadi penghantar surat, menyeksa anjingnya sebagai melepas geram. Ringkasnya, Adolf kecil memahami komunikasi secara kekerasan supaya orang tunduk kepadanya.
Persoalan-persoalan lain:
(i)                 Sampai tahap manakah ‘negara’ boleh ikut campur dalam ruang awam?
(ii)               Mungkinkah ideologi demokrasi digantikan dengan ideologi lainnya?
(iii)             Adakah pertautan antara demokrasi dengan ajaran Islam?

Kuliah Teori Sains Politik: Minggu 1, Episod 2


Jelas Dr. L, ramai sarjana berpendapat bahawa buku Huntington itu merupakan buku teori. Manakala terdapat juga sarjana yang kritis, antaranya Pierre Bourdue dari Perancis (ejaan berdasar pendengaran) dan Hassan Hanafi (ejaan berdasar pendengaran), seorang pemikir Islam kiri mengatakan bahawa buku berkenaan bersifat propaganda terhadap negara yang taksub kepada ilmu Barat.
Hegel and the Infinite: Religion, Politics, and Dialectic (Insurrections: Critical Studies in Religion, Politics, and Culture)Dr. L seterusnya memperincikan latar belakang penulis buku tersebut. Diterbitkan pertengahan 1990-an ketika Perang Dingin telah berakhir. Pemikir Barat taksub kepada pendekatan Hegel iaitu sintesis akan muncul apabila ada tesis dan antitesis. “Balance of Power”; negara akan maju apabila mempunyai pesaing. Misalnya, persaingan ke angkasa lepas dan bulan hasil persaingan di antara Amerika Syarikat dengan Soviet Union. Huntington, ujar Dr. L lagi mengidentifikasikan 7 tamadun yang menjadi antitesis kepada Amerika Syarikat, antaranya China, Islam, Afrika dan sebagainya. Keupayaan ketenteraan China jauh lebih tinggi, selain kekuatan lain seperti ekonomi dan sebaganya. Rekomendasi Huntington oleh Amerika Syarikat dan diagihkan kepada jabatan-jabatan berkaitan hubungan antarabangsa seperti CIA yang mengapi-apikan China sebagai pesaing.
OrientalismThe Israel Lobby and U.S. Foreign PolicySambil mempromosi kulit depan buku “Islam, Secularism & Liberal Democracy” oleh Nader Hashem di slaid, Dr. L menambah bahawa selepas peristiwa 9/11, Amerika Syarikat mengubah paradigma bukan kepada melawan China tetapi terrorisme. Tamadun lain yang perlu diawasi ialah Islam sebab bilangan penduduk Islam semakin bertambah dan menjadi ancaman.
Sebuah lagi buku, “The Israel Lobby and U.S. Foreign Policy” oleh John J. Mearsheimer dan Stephen M. Walt disorot kulit depannya di skrin. Buku yang penting dalam subjek ini, kata Dr. L. Di samping itu, dipaparkan juga “Orientalism” oleh Edward Said.
Beberapa soalan dikemukakan oleh si dosen.
  1. Mengapakah negara pasca kolonial majoritinya bersifat autokratik?
  2. Sejauh manakah peranan IDoL mempengaruhi ketempangan pembangunan?
  3. Faktor apakah yang paling berperanan dalam menentukan kemajuan suatu negara?
  4. Mengapakah agama kerap menjadi bahan pertembungan politik yang tidak pernah ada akhirnya?
  5. Seberapa besarkah peranan perempuan dalam politik negara?
Principles of Political Economy and TaxationDua lagi judul buku dipaparkan juga disebut; “Occidentalism” karya Hassan Hanafi (ejaan berdasar pendengaran) dan “Competitive Advantage” oleh David  Ricardo.
IDoL menurut Dr. L adalah apabila negara-negara 2 musim boleh melaksanakan aktiviti pertanian selama 12 bulan penuh manakala negara-negara 4 musim tidak dapat menjalankan aktiviti pertanian selama 4 bulan dalam setahun. Ertinya, negara-negara 4 musim tidak dapat berbuat apa-apa selama 4 bulan dan aktiviti pertanian mereka terjejas. Kata Ricardo, harus dibuat division supaya tak berlaku ketempangan. Makanya, industri pertanian dikembangkan. Akibatnya, negara-negara jauh dari Khatulistiwa di Utara dan Selatan menjalankan industri berat.